Seluar Hitam Dah Pudar, Lakukan Langkah Ini Untuk Hitamkannya Semula. Hasilnya Macam Baru Beli

Share

Seluar hitam terutama jeans bila dah lama pakai selalunya akan pudar warna. Kalau masih elok takkan nak masuk stor, lagi pulak jika seluar hitam ini selesa dipakai.

Supaya boleh terus mengenakannya, kita boleh hitamkan kembali seluar yang dah pudar ini. Caranya dikongsi oleh Erene__

Cara hitamkan semula seluar hitam yang pudar warna

Bahan diperlukan
  • Fabric dye dan pemati warna (klik SINI untuk beli di Shopee. Beli dye dapat sekali pemati warna)
  • Garam
  • Air panas
Langkah hitamkan seluar
  1. Rendam atau basahkan dulu seluar.

2. Tuang air panas dan masukkan garam. Kacau

3. Kemudian masukkan fabric dye. Kacau rata.

4. Rendam selama 30 sambil kacau.

5. Jemur kering. Waktu ini memang seluar pun dah nampak hitam, tapi kena buat proses matikan warna supaya tak luntur. (Boleh klik SINI

untuk lihat video)
@erene__ Anak syurga je kacau pakai hanger … #tipsbuatkamu #dyebaju #dibannedtrops #tipsandtricks ♬ Anymore – 전소미

6. Sediakan air dalam bekas, tuang garam dan masukkan pemati warna. Kacau.

7. Rendam selama 2-3 jam. Angkat dan jemur hingga kering.

8. Dah siap. Macam seluar baru beli hasilnya. Tag tak jejas pun, hanya seluar yang hitam (boleh klik SINI

untuk lihat video)

 

@erene__ Reply to @itsmeursweetie SELAMAT MENCUBA 😜 Jimat wehhh 🤏🏻😛 #replyingtocomments #dyebaju #part2 ♬ TWINNEM – Coi Leray

Selamat mencuba.

Sumber: Erene__

 

IKLAN