Tengah panas, dapat makan kelapa jeli mememang sejuk tekak. Bukan anak-anak saja suka kita yang dewasa pun sama.
Jika selalu beli di kedai makan, kali ini cuba buat sendiri sebab nak membuatnya semudah ABC. Kalau di rumah ada banyak pokok kelapa kelapa jeli ini boleh buat berniaga pula.
Boleh ikut resipi kelapa jeli yang dikongsi oleh Nora Atikah ini.
Buat kelapa jeli semudah ABC
Bahan-bahan:
10 biji kelapa muda ambil airnya
3000 ml air
Sepaket serbuk Jeli Kelapa
2 senduk gula
Bekas kecil
Isi Kelapa – dihiris
Cara membuat
1. Didihkan air Kelapa bersama air 3000ml (saya guna 3000 ml air kelapa tak campur air).
Ads
2. Masukkan gula 2 senduk, biar gula larut.
3. Gula dah larut masuk sepaket serbuk jeli kelapa.
Ads
4. Masak hingga mendidih kemudian terus tutup api.
5. Sediakan bekas kecil, letak siap-siap isi kelapa yang dihiris. Tuang air kelapa tadi.
Ads
6. Biarkan sejuk kemudian tutup bekas. Simpan dalam peti ais semalaman. Esok bolehlah di makan waktu tengah hari yang panas. Memang sedap!
Hampir setiap wanita mahu nampak kurus dan langsing. Tapi hakikatnya badan berisi.
Kalau itu yang anda inginkan dan nekad, boleh ikut apa yang dilakukan oleh gadis bernama Meenie.
Gadis manis ini berkongsi tip menurunkan berat badannya lebih 30 kg dalam masa lebih setahun.
Cara yang dilakukannya pula kalau diperhatikan memang jimat. Takde makan makanan sihat bagai.
Ujar Meenie yang masih belajar ini dia cuma mengamalkan minum air kosong, elak makan dan minum manis, makan nasi tapi sikit dan juga bersenam.
Nak tahu lebih lanjut? Ini tip dari beliau.
Ok, I lose +- 30kgs. 12 kgs in one year sebab on off (malas). Another 20kgs in 5 months.
Basic tips:
WORK YOUR ASS OFF! WORKOUT GUYS WORKOUT. DIET JE TAK JALAN sangat. i didnt go to the gym because i dont have money hahah but you can do simple workout, cari on YouTube/google. i spend 2 hours max for 6 days in a week (sehari rehat).
Just nak tanya beforehand, apa motivational korang? nak kurus untuk apa?
Mine i am definitely tired of being fat (read: sebab nak pakai baju cantik je)
If you guys mana yang dah start diet, atkins or keto or whatever diet you do, teruskan je usaha. jangan stop separuh jalan. Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
So, here a briefly things that I do for the past 5 months. All you need to do is make sure consistent sampai reach target. Kalau baca 1001 tips & tak work for it pun tak jadi apa huhu.
P/S: Em guys, i eat nasi and telur everyday (tbh) not because of diet, tapi nak jimat duit. Maximum i spend money on food daily is RM5.
Exercise can be in many form: kemas rumah, cuci toilet, mop lantai masa mandi boleh squad or do any legs exercise sebelum tidur buat sit up 20 kali cuci kereta jalan jalan dan jalan kalau tak nak lari cycling swimming anything yang korang prefer. Ok tu je!
Moga korang semua dapat inspirasi daripada kisah Meenie ni ya!
Antara persiapan menyambut Aidilfitri yang wajib ada, adalah baju raya. Tapi sekarang ramai yang memilih beli baju raya secara online. Tak perlu bersesak-sesak, design pun banyak yang menarik.
Cuma masalah bila beli secara online ini, ada masa baju yang sampai saiznya tak kena. Rasa macam dah ukur betul tapi salah saiz juga.
Mungkin juga kerana cara kita ukur pada badan tak tepat. Dikongsi oleh Ida Ismail yang juga seorang tukang jahit ini cara mengambil ukuran badan yang tepat supaya ngam-ngam muat di badan kita
Seelok-elok nya diambil ngam-ngam , jadi mudah untuk mengagak dan mengubah kelonggaran.
1. BAHU :
Diukur di bahagian belakang dari tulang bahu kanan ke tulang bahu kiri. Lalukan sedikit di atas pangkal leher.
2. DADA:
Ukur keliling dada dari belakang melalui mercu dada.
3. PINGGANG BAJU :
Ukuran pinggang untuk baju sahaja iaitu keliling pinggang yang paling ramping.
4. PINGGANG KAIN:
Ada yang sama, ada yang tidak dengan pinggang baju. Bagi yang memakai ‘low waist’ ukur di bahagian tersebut
5. PUNGGUNG:
Ukuran dari puncak punggung yang paling menonjol sehingga ke perut . Bagi yang perut agak buncit atau mengandung, ukur dari belakang punggung hingga perut yang aling tinggi . Jika tidak sendat nanti kain bahgian perut
6. LABUH LENGAN:
Bengkokkan sedikit tangan dan ukur dari tulang bahu ke labuh lengan yang dikehendaki. Tangan dibengkokkan untuk memberi labuh yang sebenar.
7. LEHER:
ukur dari belakang leher sehingga ke tulang leher hadapan
8. LABUH BAJU:
Sebaik2 ukur dari hadapan melalui dada dan ke labuh yang dikehendaki. Ukuran melalui dada supaya baju tidak terjongket.
9. LABUH KAIN:
Ukur dari pinggang kain terus ke lantai/ bawah tapak kaki ( tidak memakai kasut ) . Kalau untuk kasut tumit tinggi, lebihkan untuk tumit.
10. LABUH JUBAH :
Ukur dari bahu bersebelahan dengan pangkal leher melalui dada dan terus ke labuh yang dikehendaki.
Tanam pokok buah dalam pasu antara cara yang dilakukan oleh mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai halaman terhad seperti di taman perumahan atau kediaman bertingkat.
Kebiasaannya yang ditanam adalah pokok limau, mangga atau jambu. Tapi sebenarnya ada beberapa lagi jenis tanaman yang sangat sesuai ditanam dalam pasu.
Dengan menggunakan teknik yang betul dan penggunaan pasu yang sesuai (sekurang-kurangnya 50 liter, pokok buah ini mampu menghasilkan hasil yang memuaskan seperti di ladang. Berikut adalah antara buah-buahan yang paling sesuai ditanam dalam pasu besar:
1. Limau (Citrus)
Limau kasturi, limau purut, limau nipis, lemon dan mandarin sangat sesuai kerana pokoknya bersaiz sederhana dan akarnya tidak terlalu agresif. Ia mudah dijaga dan cepat berbuah jika cukup cahaya matahari.
2. Jambu Batu & Jambu Air
Kedua-dua jenis jambu ini sesuai untuk pasu besar kerana pokoknya boleh dikawal saiz melalui pemangkasan. Ia juga cepat matang dan menghasilkan buah walaupun dalamruang terhad.
3. Buah Tin (Fig)
Pokok tin sangat sesuai dalam pasu kerana akarnya pendek dan tahan cuaca panas. Ia cepat mengeluarkan buah, terutama jika dijaga dengan siraman dan pembajaan yang konsisten.
4. Anggur
Walaupun anggur memerlukan sokongan seperti trellis atau para, ia boleh tumbuh subur dalam pasu besar. Penjagaan seperti pemangkasan dan pencahayaan cukup penting bagi memastikan penghasilan buah.
5. Mangga Kerdil
Mangga jenis kerdil contohnya Chokanan Dwarf boleh hidup dalam pasu, tetapi perlu dipangkas dan dijaga dengan rapi. Ia sesuai untuk mereka yang ingin menikmati buah mangga di halaman rumah sendiri.
6. Delima
Delima mudah tumbuh dan tahan lasak. Ia mempunyai akar yang tidak terlalu besar, menjadikannya sesuai ditanam dalam pasu untuk kegunaan hiasan dan juga penghasilan buah.
7. Strawberi
Walaupun kecil, strawberi menghasilkan buah dengan cepat dan sesuai untuk kawasan berangin dan redup. Ia boleh ditanam dalam pasu bertingkat atau pasu gantung.
8. Ceri Barbados (Acerola)
Pokok renek tropika ini bukan sahaja menarik dipandang, tetapi juga mudah dijaga dalam pasu. Ia menghasilkan buah kecil yang kaya vitamin C.
9. Belimbing
Belimbing sesuai untuk ditanam dalam pasu jika dipangkas selalu. Ia juga cepat berbuah dan boleh menjadi pokok teduhan mini di halaman.
Menanam buah dalam pasu bukan sahaja menjimatkan ruang, tetapi juga memberi kepuasan apabila hasilnya boleh dituai sendiri.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...