Selalunya setiap minggu kita akan buat stok cili kisar untuk memudahkan kerja memasak. Tapi kan nak buat stok ini memanglah ‘bercinta’.Ramai yang kurang rajin sebab kerjanya agak renyah.
Kena potong, buang biji rebus itu belum lagi tangan pijar. Tapi cara yang dikongsi oleh Nur Atiqah Othman ini sangat mudah. Tak payah buat semua tu. Senang kan!
Cara paling sesuai untuk yang kurang rajin
Hari ini saya nak share cara membuat cili kisar. Ini cara mak saya yang memang saya praktikkan. Sesuai untuk orang yang kurang masa campur ‘kurang rajin’.
Bila buat cili sendiri lagi sedap masakan kita. Cuma nak buat cili ini ramai yang guna macam-macam cara. Boleh share cara mudah ini supaya ramai orang tahu. Okay jom tengok cara mak saya di bawah.
Ads
1. Pilih cili kering. Ambil banyak mana yang nak guna atau disimpan jadikan stok. Ambil yang cili kerinting untuk kurang pedas. Kemudian basuh dan mesin. Tak perlu gunting. Tak perlu rebus. Masuk semua , letak air dan mesin.
2. Gambar mesin cili tak sempat tangkap. Dah mesin ambil tapis macam gambar di atas . Tapis biji dari cili. Itu tapis mak, jadi rare sikit.
Ads
3.Tadaa…Haa dah ada cili sahaja .Tak ada biji. Mudahkan. Sesuai sangat untuk orang yang tak rajin tapi bijak.
Ads
4. Lepas dari itu keringkan cili di dalam periuk. Pasang api perlahan sahaja. Tunggu sampai air kering. Nanti sejukkan kemudian simpan dalam peti ais. Bila nak guna, ambil sahaja. Jimat masa.
Bagi wanita berhijab, koleksi tudung memang selalunya banyak. Jadi dilema nak susun dan menyimpannya.
Jika nak koleksi tudung ini tersusun dan kemas boleh buat sendiri almari khas untuk hijab. Seperti yang dilakukan oleh Shafiq Abdul Hamid sebab caranya tak susah mana.
1. Sediakan paip PVC, potong enam inci setiap satu. Boleh dapat dapat 70 buah. Kos lebih kurang RM76.
2. Papan lapis 12mm untuk buat almari, yang ini menggunakan plywood sedia ada. Jika beli almari kos dalam RM65. Ukur dan potong, pintu dan almari disatukan guna gam dan skru.
3. Enam buah engsel untuk pintu, kos RM9.
4. Pemegang pintu, dua buah. Kos RM4.
5. Supaya almari nampak lebih menyerlah, guna syelek. Untuk 1 liter kos dalam RM20.
Banjir yang berlaku baru-baru ini memang menyebabkan banyak kerugian. Selain kediaman, kenderaan, perabot rumah antara yang banyak rosak akibat ditenggelami air.
Bagi mangsa banjir untuk menggantikan perabot baru dalam masa terdekat bukan sesuatu yang mudah. Banyak kos yang harus dikeluarkan apatah lagi ada perkara lain yang lebih utama perlu dibaiki.
Tapi nak tak nak sedikit perabot dalam rumah kena ada untuk kemudahan dan kekemasan. Cuma jadi dilema bagaimana kalau banjir lagi?
Pernah berdepan pengalaman kediaman dilanda bah satu ketika dulu, berdasarkan pengalaman ibunya Wan Chu memberikan tip untuk mangsa banjir membeli perabot selepas banjir.
Tip beli perabot untuk mangsa banjir
Saya kongsikan tip berdasarkan pengalaman ibu saya yang melalui banjir paling teruk sekitar 1971 dulu.
1) Mulakan dengan beli perabot yang ringkas tapi tahan lasak. Seperti kotak-kotak plastik, almari plastik, meja dan kerusi plastik. Tidak perlu fikirkan perhiasan-perhiasan buat masa sekarang.
2) Sasarkan pembelian perabot plastik ini untuk penyimpanan sementara yang baik dan dapat digunakan dengan efisien. Keselesaan di tempat kedua.
3) Mula membuat target kewangan tertentu untuk miliki perabot yang lebih baik. Jangan terburu-buru dengan pelbagai tawaran yang disediakan di kedai perabot.
4) Buatlah pilihan yang menjimatkan bajet anda. Kedai barang terpakai juga ada menjual barang barang yang masih baik dan boleh digunakan.
5) Jika anda sudah bersedia untuk membeli perabot yang lebih baik pilihlah perabot berasaskan jati. Umumnya perabot jati kurang popular kerana berat, rekaan yang kurang menarik, agak sukar diperoleh serta harganya yang agak kayangan.
Namun jati adalah perabot paling tahan lasak. Dalam situasi banjir ada kemungkinan yang rosak cuma span sahaja tapi binaan asas jati tetap kuat.
6) Anda masih punya pilihan lain seperti perabot solid wood. Kayu keras yang berat dan padu. Juga merupakan pilihan yang tidak popular kerana kurang menarik dan berat.
7) Selain itu jika anda seorang yang kreatif mgkin boleh hasilkan perabot daripada paip pvc sahaja. Ringan cuma agak kurang tahan lasak jika disasarkan untuk penggunaan jgka masa panjang.
Pembelian sofa berasaskan full leathers juga membantu mengurangkan risiko rosak dalam air. Pastikan kulit yang asli dan bukan campuran tekstil yang lain.
9) Pembelian perabot berasaskan papan partikel (chip board) boleh dibuat jika anda mempunyai bajet yang agak terhad. Namun perlu diingatkan perabot chipboard berisiko tinggi untuk mudah rosak jika terendam di dalam air dan agak merugikan untuk jangka masa panjang.
10) Ambillah masa untuk bertenang dan kumpul semula tabung untuk pembelian perabot anda. Tidak perlu membeli kesemuanya sekaligus. Beli sedikit-sedikit mengikut bajet Dan keperluan terdesak anda.
11) Sebaiknya elakkan berhutang semasa membeli. Ingatkan diri sendiri bahawa pembelian perabot baru bukanlah keutamaan dalam masa musibah ini.
10) Musibah banjir memberi pengajaran pada kita bahawa sederhana itu perlu. Mungkin dekorasi rumah Kita selepas ini lebih kepada minimalis di samping mengurangkan habit menyimpan yang tidak perlu.
Jika ditakdirkan Kita ditimpa musibah ini sekali lagi Insya-Allah Kita tidak panik dengan barang yang terlalu banyak di rumah di samping mudah dan cepat untuk dikemas.
Berbelanjalah mengikut keperluan Dan bajet Kita. Utamakan keperluan asas hidup seperti makanan pakaian Dan tempat berteduh. Keselamatan diri Dan yang tersayang adalah lebih utama.
Nak makan ayam goreng crispy yang sedap mesti kita pergi ke dua restoren makanan segera ini.
Tapi apa kata lepas ini cuba goreng sendiri di rumah. Boleh ikut resipi yang diberi oleh Chef Hafiz Zam ini.
Tak memerlukan tepung serbaguna sebaliknya resipi yang diberi chef ini hanya menggunakan tepung yang biasa ada di rumah saja untuk buat salutan tepung yang garing. Boleh cuba ya!
Buat sendiri ayam goreng crispy ala KFC & McD
Bahan-bahan:
1kg ayam -dipotong
Bahan perapan:
Bawang putih -kisar
150gm tepung gandum (ikut kuantiti ayam)
80gm tepung jagung atau tepung beras
Garam – secukupnya
Stok ayam
6 biji telur
80gm serbuk cili (jika nak pedas)
Lada hitam (jika suka)
80ml air
Cara penyediaan:
Gaul semua bahan hingga sebati dalam mangkuk besar
Ambil ayam yang dah dipotong dan masukkan dalam bahan perapan yang siap digaul.
Perap selama satu jam supaya bahan perapan menyerap sempurna.
Bahan tepung untuk salutan menggoreng:
300gm tepung gandum
150gm tepung jagung atau tepung beras
Serbuk cili (jika mahu pedas)
Garam secukup rasa
Stok ayam
Lada hitam (jika suka)
Cara menggoreng:
Gaul semua bahan di atas hingga rata dalam mangkuk.
Ambil ayam yang diperap tadi dan salut dengan tepung.
Panaskan minyak dan goreng. Api jangan kuat.
Goreng lebih kurang 15 minit atau lebih ikut saiz ayam.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...