Selama ini ingatkan susah buat mi kuning, kena ada mesin bagai tapi bila baca cara yang dikongsi Norain Naim ada cara mudah rupanya.

Cuma guna 4 bahan yang sememangnya ada di rumah, hiris mi pula pakai pisau saja. Percubaan kali pertama buat tapi dah menjadi katanya.

Bagusnya mi ini tak guna apa-apa bahan kimia, kapur, pengawet atau asid borik. Selamat dan sihat untuk kita makan.

Mi homemade 4 bahan

Bahan-bahan

300 gram tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam
Air suam

Cara membuat:

1. Satukan semua bahan dan tambah air suam (tambah sedikit serbuk kunyit kalau nak mi nampak kuning).  Air agak-agak saja tau, sampai doh tak melekit pada tangan. Jangan lebih air nanti lembik. Kalau lembik tambah sikit lagi tepung.

2. Uli doh dan canaikan bagi nipis senipis mungkin.

3. Waktu canai nipis doh tabur tepung sedikit supaya tak melekat. Dah canai nipis lipat doh tadi. Sila tengok gambar ye. Lipat untuk mudah potong. Kalau yang ada mesin tak perlu lipat.

Buat Mi Kuning Homemade, Cuma Guna 4 Bahan. Tak Perlu Ada Mesin, Hiris Dengan Pisau Saja

4. Ok dah boleh potong nipis-nipis. Guna pisau saja, kita suruh suami yang potong. Ikut cita rasa masing-masing nak nipis mana.

IKLAN

Buat Mi Kuning Homemade, Cuma Guna 4 Bahan. Tak Perlu Ada Mesin, Hiris Dengan Pisau Saja

5. Rebus 5 minit atau sampai mi lembut

Buat Mi Kuning Homemade, Cuma Guna 4 Bahan. Tak Perlu Ada Mesin, Hiris Dengan Pisau Saja

6. Toskan mi tadi dalam air sejuk atau berais supaya mi terlebih kembang. Letakkan minyak sikit supaya mi cantik berderai.

Buat Mi Kuning Homemade, Cuma Guna 4 Bahan. Tak Perlu Ada Mesin, Hiris Dengan Pisau Saja

IKLAN

Elok je mi homemade ni, tanpa bahan kimia, selamat untuk dimakan.

Sumber: Norain Naim

Nak beli mesin mi kuning pun boleh juga. Klik SINI

IKLAN

Artikel berkait

Cara Buat Mee Sizzling Sebijik Macam Makan Di Food Court

Cara Goreng Bihun Agar Elok Lembut, Sedap & Tahan Sampai Malam

Selain itu:  DIY 'Grand Mirror' Bajet Untuk Cantikkan Dinding Kosong. Modal RM150 Saja

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI