Kunyit selalu kita guna untuk masak. Buat bumbu untuk goreng ikan atau masak lemak cili padi. Perghh memang sedap. Namun ada rahsia manfaat kunyit yang bagus untuk kesihatan dalaman wanita.
Dipetik dari Facebook Noorihan Abd Halim, wanita ini menerangkan manfaat kunyit yang bagus apabila dah dijadikan jamu.
Apabila sebut tentang jamu, sinonim dengan Indonesia kan. Asal jamu pun memang dari sana. Asem pun perkataan Jawa, dalam bahasa kita Asam.
Kenapa kunyit? Sebab kunyit salah satu rempah antiinflamatori (peradangan) dan antioksidan. Kebanyakan wanita amalkan jamu kunyit asam untuk jaga kesihatan dan kecantikan dalaman. Ha yang dah kahwin kena belajar buat nih!
5 manfaat jamu kunyit asem
1) Menyingkirkan toksik dari badan
Kandungan senyawa kurkumin (bahan yang membuatkan kunyit berwarna kuning) dalam kunyit boleh mengeluarkan racun dalam badan dan meneutralkan toksik hasil dari pemakanan dan badan yang terdedah pada bahan kimia.
Ads
2) Pengubat natural luka infeksi
Kunyit salah satu agen antiradang dan boleh membantu mengatasi luka infeksi bakteria secara semula jadi.
3) Melancarkan kitaran haid
Jamu kunyit asam boleh membantu melancarkan kitaran haid wanita. Malah turut membantu boleh mengurangkan sakit senggugut. Boleh ditambah dengan daun sirih untuk kurangkan nyeri sakit senggugut dan menghilangkan keputihan.
4) Mencerahkan kulit
Bila toksik dikeluarkan dari badan, secara automatik badan akan sihat, kulit akan kelihatan cerah, bersih dan sihat.
5) Membakar lemak dan menguruskan badan
Selain dapat mengurangkan selera makan, jamu kunyit asam dapat membakar lemak berlebihan dalam badan. Seterusnya membantu melangsingkan badan selepas bersalin.
Ads
Cara buat jamu
Bahan-bahan:
100 gram kunyit hidup
50 gram asam jawa
200 gram gula melaka
1 liter air.
Cara Membuat:
1) Kisar kunyit sehingga halus.
2) Masukkan kunyit, asam jawa dan gula melaka ke dalam air.
3) Rebus sehingga pekat.
4) Tapis.
Cara pengambilan:
Ads
1 liter air apabila sudah direbus, anda boleh dapat antara 1 hingga 2 cawan jamu. Anda disarankan minum jamu ini 1 atau 2 kali sahaja dalam seminggu. Boleh letak ais namun lebih berkesan jika diminum secara suam.
Ayam goreng kunyit antara menu yang banyak dijual di gerai atau restoran sekarang. Ringkas tapi sedap. Cuma hairannya bila kita buat di rumah tak sesedap macam yang dimakan di restoran.
Kalau nak rasa sedap macam tu anda mungkin boleh cuba resepi yang dikongsi Puan Haja Saleh yang mendapat ribuan share dalam Facebook miliknya.
Cepat tapi sedap!
Lama betul tak share resipi kan. Ayam Goreng kunyit ni kira feveret anak anak termasuklah bapak dia sekali, senang cepat tapi tetap sedap!
Bahan bahan untuk ayam:
600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam (tak perlu banyak sebab dah ada kiub ayam)
1. Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya.
2. Pastikan ayam tenggelam dalam minyak sepenuhnya.
3. Goreng ayam sampai masak. Masukkan carrot, bawang dan kacang panjang. Angkat dan toskan.
Bahan untuk sambal:
5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah (Haja guna cili padi hijau sebab merah takde)
Sedikit belacan
Sedikit gula
Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.
Dah agak halus bahan-bahan di atas boleh masak sekejap atas api. Ambik sedikit minyak goreng ayam tadi. Masak sekejap dalam 5-8 minit. Siappp!
Makan dengan nasi panas renjis kicap. Walah… sedap terangkat lagi lagi kalau sambal tu pedas berapi
Bila nak minum teh tarik yang sedap, kita biasanya terus ke kedai mamak. Kadang-kadang dah jadi rutin harian pula malah ada juga yang ketagih teh tarik mamak.
Tapi selepas tahu cara buat teh tarik yang sedap ini anda tak tak perlu lagi ke sana. Buat sendiri saja di rumah.
Malah kalau ikut perkongsian dari Zaim Ahnaf Sufi ini, teh tarik yang dibuat mengikut cara ini lebih sedap dari air tangan mamak.
Apa lagi, jom cuba petang ini. Kalau dah berjaya suami juga mungkin kurang melepak di kedai mamak.
Bahan-bahan:
Serbuk teh
Susu pekat atau susu cair
Secubit garam
Air secukupnya
Periuk
Cara membuat:
Tuang air dalam periuk, masukkan sekali teh dan susu.
Masak atas api hingga menghasilkan warna teh yang pekat dan wangi teh naik. Biarkan hingga mendidih.
Rasa air teh dan sesuaikan manisnya.
Selepas warna teh nampak pekat, masukkan secubit garam untuk memberi rasa lemak pada teh.
Padamkan api lalu tuang atau tarik dalam cawan sebelum dihidang.
Info
Teh tarik yang disediakan dengan cara ini tidak akan menyebabkan perut kembung walau pun diminum beberapa cawan.
Boleh juga ditambah sedikit hirisan halia untuk menambah keenakannya.
Hari-hari berlauk gulai dan sambal, boleh bosan juga. Sekali-sekala layan selera panggang atau bakar. Cicah dengan air asam atau sambal kicap memang terbaik. Tak perlu banyak lauk.
Sajian bakar pun lebih sihat, untuk yang diet atau acah-acah diet juga sesuai. Hari ini VK kongsi tiga resipi panggang, ada ikan, ayam dan daging. Pilih mana suka.
1. Daging Panggang Air Asam
Bahan-bahan: 200gm daging batang pinang 1/2 sudu teh serbuk ketumbar 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 3 ulas bawang putih Sedikit daun pudina Garam secukup rasa
Bahan Untuk Air Asam: 3 biji cili merah I dikisar 2 biji cili padi l dikisar 1 sudu teh belacan I dikisar 1 biji bawang besar I dihiris halus 1 biji tomato 2 biji cili merah Sedikit air
Cara memasak: 1. Gaulkan daging bersama kesemua rempah dan biarkan diperap selama 30 minit. 2. Apabila sebati bakar daging pada suhu 170 C sehingga masak. Ketepikan. 3. Untuk penyediaan air asamnya, gaulkan kesemua bahan dan gaulkan rata. 4. Hidangkan bersama daging panggang.
2. Ikan Terubuk Sumbat
Bahan A: 1 ekor ikan terubuk | dibelah belakang dan dibasuh bersih 1/2 biji kelapa parut 1 helai daun kunyit | dihiris halus 3 biji limau kasturi
Bahan B: 1 sudu teh jintan halus 1 sudu teh jintan kasar 12 cili padi 3 biji cili merah 5 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2sm kunyit hidup 3 batang serai | dihiris halus 1 kiub pati ikan bilis 1/4 sudu teh gula
Cara memasak: 1. Kisarkan kesemua bahan B sehingga halus kemudian perahkan air limau kasturi. 2. Gaulkan bahan kisar bersama kelapa parut dan juga hirisan daun kunyit rata. 3. Kemudian sumbatkan ke dalam ikan terubuk yang telah diperap dengan serbuk kunyit dan garam. 4. Bungkus ikan di dalam kertas aluminium dan bakar atas api sederhana selama 30 minit. 5. Sedia dinikmati.
3. Ayam Panggang Bersos
Bahan-bahan: 1/2 ekor ayam 1/2 labu bawang putih I dikisar 2 batang serai I dikisar 1 sudu makan serbuk lada hitam 2 sudu makan kicap manis 1 sudu makan madu Secubit garam
Cara memasak: 1. Campurkan bahan kisar bersama kicap manis, serbuk lada hitam, madu dan juga garam. Gaulkan rata. 2. Lumurkan pada ayam dan biarkan diperap selama 2 jam. 3. Selepas dua jam, panggang ayam pada suhu 180 C selama 20 minit. 4. Lebihan bahan kisar tadi dimasak semula untuk dijadikan sos.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...