Gelang, cincin dan rantai emas antara aksesori yang kebanyakan wanita pakai setiap hari. Disebab itu haruslah ada banyak kotoran yang melekat terutama peluh, minyak, habuk yang melekat.
Kita pula tak rajin nak mencucinya dengan kerap. Jadinya sebaiknya setahun sekali kita buat deep cleaning barang kemas yang selalu kita pakai.
Setahun sekali dan tak lama pun nak buat cuma ambil masa 10 minit saja.
Tutorial deep cleaning dikongsi oleh Dr. Hani Mynis. Esok cuti jomlah ambil masa untuk buat.
Sebelum cuci
Selepas cuci
Langkah 1 – sediakan cecair pencuci pinggan, garam, baking soda
Ads
Langkah 2- letak satu sudu semua bahan
Langkah 3 – tuang air suam, kacau semua sampai berbuih dan letak barang kemas
Ads
Langkah 4- berus sikit-sikit
Langkah 5 – biarkan 10 minit
Ads
Langkah 6 – dah cukup masa bilas dengan air bersih, gosok sikit.
Langkah 7 – akhir sekali tekap dengan tisu untuk keringkan.
Sempena fenomena Istiwa A’dzam yang akan berlaku petang ini, bagi yang mahu menyemak arah kiblat di kediaman atau premis masing bolehlah berbuat demikian.
Istiwa A’dzam berlaku pada hari ini 15 Julai 2024, Isnin bersamaan 9 Muharram 1446H jam 5:27 PM (waktu Malaysia).
Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah. Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun. Oleh itu, seluruh umat islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing.
Cara semak arah kiblat
“Kita boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek.
“Pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung/hujan) supaya bayang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda.
“Kaedah semakan boleh merujuk kepada infografik yang disediakan dan pastikan waktu yang dirujuk diselaraskan dengan waktu sirim (mst.sirim.my),”demikian penerangan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi akaun Facebook.
Selesai membuat penandaan arah kiblat, maka kita bolehlah menyemak semula arah kiblat yang sedia ada atau membuat semakan arah kiblat di aplikasi telefon pintar masing-masing. (tertakluk kepada keadaan fungsi sistem GPS di telefon dan gangguan magnet disekitarnya).
NJOI menawarkan pelbagai genre untuk tontonan daripada drama Melayu, program hiburan, filem seram, kanak-kanak, sukan, filem blockbuster dan banyak lagi.
Ia didatangkan dalam bentuk pek dan juga ala carte dengan harga berbeza dan tempoh masa tertentu.
Anda boleh memilih program kegemaran, tambah nilai kredit dan anda hanya bayar apa yang anda tonton saja.
Cukup mudah dan mampu milik. Lebih menarik tanpa kontrak dan juga tiada bil bulanan.
Terdapat 4 pek terlaris NJOI yang menjadi kesukaan ramai dan sesuai untuk tontonan sekeluarga.
Buat peminat drama Melayu dan komedi tempatan boleh memilih Pek Kombolicios dan hiburkan hati dengan menonton program seperti Cina Buta, Ratu Suntik Sepahtu Reunion Live atau pun Gegar Vaganza. Boleh hilang stres layan program ini.
Bagi yang suka lepak sambil layan movie, langgan Pek Popcorn dan tonton filem- filem antarabangsa blockbuster sepert Fast and Furious, Psych 3, White House Down. Memang syok layan terutama hujung minggu, satu famili boleh tonton.
Penggemar sukan antarabang pula jangan lepaskan peluang mengikuti aksi-aksi hebat pasukan pilihan di Premier League, Motor GP, NBA secara LIVE. Semua ini boleh ditonton dengan pembelian Pek Sports Mega.
Ini pula pek no. 1 terlaris NJOI, semestinya untuk anak-anak. Melalui pek kanak-kanak ini si kecil mesti akan terleka melayan kartun dan filem animasi popular seperti Bola Kampung The Movie, Transformer The Last Knight, Bumblebee dan banyak lagi yang menarik.
Pelbagai rancangan, pelbagai pek dan variasi untuk dipilih dan NJOI
Berikut adalah cara mudah untuk membeli program kesukaan anda ataupun pek.
Muat turun aplikasi My NJOI dan anda akan boleh melakukan semua perkara di bawah ini dengan hanya satu klik.
Mudah sangat, satu klik saja anda boleh NJOI rancangan kegemaran bersama keluarga. Lebih NJOI, lebih jimat. Memang berbaloi.
Klik My NJOI untuk muat turun aplikasi dan tonton program kegemaran anda.
Sekiranya anda tak mampu berdiri dengan satu kaki sehingga 20 saat terutama jika sebelum ini berjaya melakukannya ia mungkin menandakan anda mengalami masalah vaskular.
Masalah vaskular ini berkait dengan arteri, saraf dan kapilari yang membawa darah dari dan ke hati. Apabila arteri tersumbat atau terhalang ia akan menyebabkan serangan jantung dan strok.
Dalam pada itu satu kajian dijalankan dengan menguji berapa lama dua orang boleh berdiri sebelah kaki. Dua peserta terlibat dalam ujian ini yang masa seorang sihat dan seorang lagi yang pernah mengalami strok.
Individu yang pernah mengalami strok gagal untuk berdiri sebelah kaki selepas 10 saat dan tidak dapat mengimbangi diri sehingga 20 saat. Manakala individu yang sihat boleh berdiri lebih dari seminit.
Dalam satu kajian lain sekumpulan pengkaji di Jepun juga telah mengumpulkan 14,000 lelaki dan wanita berumur 67 untuk melakukan ujikaji tersebut.
Pengkaji ini kemudian mengambil imbasan MRI otak dan keputusannya 34 % peserta ujikaji mengalami 2 infarctions berdepan kesukaran untuk mengimbangi tubuh mereka lebih dari 20 saat.
(Infarctions keadaan di mana tisu mati akibat daripada kegalalan mendapat bekalan darah yang salah satu sebabnya akibat arteri tersumbat).
Ada kaitan dengan kerosakan saraf pada otak
Kajian juga mendapati kegagalan untuk mengimbangi diri itu ada kaitan dengan kerosakan terhadap saraf pada otak.
Lagi banyak kerosakan yang mereka ada dalam saraf di otak lagi sukar untuk mereka berdiri mengimbangi diri.
Oleh adalah penting untuk mengesan tanda strok pada peringkat awal . supaya rawatan boleh dilakukan dan tidak menyebabkan. Ujian yang ringkas ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...