Siram Dengan Air Campuran Yakult & Telur! Tip Supaya Tanaman Berbuah Lebat, Manis & Subur

Share

 

Bagi yang hobi bercucuk tanam, mesti tak puas hati kalau tanaman yang diusahakan tak menampakkan hasil, buah tak lebat, nampak kurang subur, tak berbunga dan sebagainya.

Jika dah letak baja masih tak lihat hasilnya mungkin boleh cuba pula buat air penggalak/ air baja daripada campuran minuman probiotik, Yakult & telur.

Kebaikan air pengalak campuran Yakult & telur

  • Menghasilkan bunga banyak
  • Menghasilkan buah manis
  • Suburkan tanah
  • Agar buah lebih besar

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 botol Yakult
2 biji telur ayam
1 unit botol mineral 500ml kosong

Cara penyediaan :

1. Campurkan yakult dan 2 biji telur ayam.
2. Gaulkan campuran tersebut sehingga sebati.
3. Simpan campuran baja di dalam bekas botol mineral.


4. Perap campuran baja 3 – 7 hari. Pastikan botol tidak ditutup terlalu ketat untuk elakkan gas yang terhasil mudah keluar.

5. Selepas 7 hari, air baja boleh digunakan.

Cara menggunakan

  • Tuang 20ml campuran baja ke dalam bekas lain sama ada untuk tujuan semburan atau siram ke tanah.
  • Campur campuran baja dengan air biasa sebanyak 1 liter – 1.5 liter.
  • Sembur atau siram larutan baja ke daun dan media tanaman.
  • Semburan atau siraman larutan baja boleh dilakukan selang 2-3 hari, pada waktu petang.

 

Selamat mencuba!

Sumber: Az Azmeerudin & Izham Alias

IKLAN