Selepas hampir 14 hari berada di Tanah Suci Makkah menunaikan ibadah umrah, 26 Mei lalu Siti Sarah dan suami, Shuib pulang ke tanah air.
Menunaikan ibadah umrah kali pertama sebagai suami isteri, pengalaman berada di sana sudah tentu meninggalkan kesan cukup mendalam buat mereka berdua, sebagai mana jemaah lain yang pernah menjejak kaki ke Makkah.
Ini dapat dilihat dari penampilan Siti Sarah sendiri. Sejak pulang daripada menunaikan ibadah umrah dia masih lagi kekal berhijab.
Semua posting di instagram yang dimuat naik mengenakan hijab. Tapi tak dapat dipastikan sama ada ia penampilan kekal Siti Sarah atau hanya berhijab di bulan Ramadan seperti yang dilakukan Fazura.
Apa pun imej baru Siti Sarah itu mengundang reaksi dari peminatnya. ‘Cantik dan manis’, itu reaksi kebanyakan mereka selepas melihat penyanyi yang popular dengan lagu Kesetiaan ini berhijab.
Dalam pada itu mereka juga mendoakan agar Siti Sarah terus kekal berhijab mengikut jejak langkah beberapa artis wanita yang lain yang tampil lebih sopan menutup aurat.
Semua wanita mengidam kulit yang flawless malah ada yang sanggup habis wang beribu ringgit membeli produk berjenama hebat di kaunter kecantikan yang dikatakan berkesan.
Tapi sebenarnya di farmasi biasa saja ada banyak produk yang murah dan berkesan untuk merawat kulit. Boleh baca perkongsian Sara Damia yang berjaya memiliki kulit flawless dengan hanya menggunakan produk dari farmasi yang selalu kita kunjungi seperti Guardian dan Watson.
Ni semua apa yg sis sendiri guna dan amal. Kalau korang guna skincare lain pun boleh, takde masalah. Post ni agk panjang, byk benda sis share,nanti kalau korang free baru baca k..semoga lepas ni semua org dpt kulit yg sihat dan cantik,selamat mencuba! #product #best #drugstore
So ni kulit sis sekarang..gambar ni tiada sebarang edit, kalau zoom boleh nampak jelas tahi lalat dgn kedut2 bawah mata tu sebab tak cukup tido bulan puasa haha.
Kalau nak ckp pasal jerawat,biasa kalau dtg bulan mmg akan naik seketul dua, tp percayalah sis ckp ni, takde org yg muka dia langsung tak pernah tumbuh pimple dan jgn gelakkan muka org yg tgh breakout,sbb kite tak tau bila hari kita, mana tau Allah nk uji. Utk mereka yg tgh ada masalah kulit tu,korang boleh try tips berikut..let’s start!
Utk pencuci muka sis pilih Cetaphil,takpelah mahal sikit asalkan puas hati..sebelum ni pernah guna local product,ok juga takde masalah,cuma berminyak, tak boleh tahan so bila jumpa je cleanser ni alhamdulillah sgt sbb mmg berkesan. Byk function tau,nak guna jd makeup remover boleh, moisturizer pun boleh
TIP : Cuci muka 2 kali sehari, waktu pagi lepas bangun tidur dan malam sebelum masuk tidur. Utk kulit normal boleh guna air suam,lebih cepat serap ke dlm kulit muka. Utk kulit berminyak pula kena cuci guna air suhu bilik,tak boleh guna air suam tau skin korang akan jd lebih cpt berminyak.
Sambil cuci tu urut sikit muka, usap menghala ke atas,tu tips awet muda. Pernah jumpa sorang aunty, dia cikgu umur 50++ tapi muka dia satu kedutan pun takde. Dia ckp mmg dr muda dia amalkan cuci muka mcm tu,jgn sesekali lurut muka ke bawah kalau tak nk kulit berkedut.
Lepas dah siap cuci tu, jangan lap muka guna tuala atau apa-apa sekalipun,biarkan muka kering sendiri,duduklah depan kipas ke aircond ke kalau nak cepat kering.
*Cuci muka penting utk refresh muka dan hilangkan kotoran yg lekat pd wajah, barulah kulit boleh bernafas.Kalau tbersih,liang roma akan tersumbat dan halang pertumbuhan sel-sel kulit baru seterusnya mengundang kpd pembentukan pigmentasi.
Dah mcm ayat kamus pun ada. Pointya kalau cuci muka pun malas,balik kerja terus tidur,tak disiplin mcm sis suatu ketika dahulu,berangan jelah nk flawless, hi hi. Ok,next.
This is my new bae,soothing facial toner for sensitive skin. Toner ni mmg sesuai utk semua jenis kulit. Best tau, wangi pun wangi,lepas pakai muka rasa fresh giteww
TIP : Lepas dah cuci muka tadi,ambil kapas, tuang toner kat kapas, usap pd muka pastu jgn tinggal gitu je, picit muka guna jari supaya toner tu absorb betul-betul dalam kulit. Tunggu lebih kurang 2-3 minit kalau nak apply apa-apa kat muka lepas pakai toner
*Toner wajib ada utk balance kan balik pH level kulit kita. Toner lah yg menutup semula liang roma terbuka waktu kita cuci muka tadi.
Ok,tak kesah lah serum apa pun yg korang guna, tp serum ni serum paling magic yg sis pernah try,highly recomended. Dia ada dua,lagi satu tu anti kedut,tp sis pilih yg ni Bio essence rose gold for glowing skin. Hari-hari guna sampai tak perasan dah nak habis haha.
TIP : pilih serum yg sesuai dgn masalah kulit kita. Pakai serum lepas pakai toner tadi, kalau siang sis cuci muka+toner+serum n then baru makeup,malam repeat step yg sama cleanser+toner+serum pastu tidur. Kena konsisten ye syg, buat hari-hari baru dpt result yg positif. Serum ni kira mcm pengganti krim siang n malam sbb sis tak boleh pakai krim nanti oily teruk dan naik pimple.
Dulu 1st time try ni sebab ada sorang kakak tu muka dia macam kulit telur even tak makeup sekalipun,dia tak guna apa-apa skincare tau, serum ni je. Cara apply letak sikit kat tapak tgn, sapu dan ratakan ke seluruh wajah, buat urutan muka perlahan-lahan smpai serum meresap ke dalam kulit.
Serum penting utk merawat kulit kita yg semakin kurang kolagen seiring dgn peningkatan usia. Serum menjadikan kulit muka lebih halus dan lembut.Biasanya mua akan apply serum sebelum makeup org utk dpt effect makeup lebih flawless, utk makeup taha lama pulak korang boleh try sapu ais kt muka bfore makeup.
Haa utk scrub pap pap sis pilih Fresh skin from St Ives. Actually dia ada tiga, pilih ikut masalah kulit masing-masing, yg green tea tu utk org yg nak clearkan blackhead & whitehead,apricot blemish control tu utk kulit berjerawat,so skin yg ada masalah selain drpd tu boleh guna yg apricot fresh skin ni. So far guna ni ok,tak rasa nak tukar.
TIP : Skrub muka at least seminggu sekali kalau mcm sis, buat selang seli,minggu ni scrub mnggu dpn masker. Kalau rajin dan ada masa buat lah 2 kali seminggu,tp jgn too much,exfoliate skin mmg bagus,tp kalau over nt kulit boleh meradang dan semakin nipis.
Scrub muka lepas cuci muka guna cleanser,before pakai toner. *Scrub digunakan utk menanggalkan sel-sel kulit mati,memudarkan parut dan melicinkan kulit..org yg sering makeup sgt memerlukan scrub utk mencegah pori pori muka dprd tersumbat.
Masker memang sis guna bahan-bahan semulajadi je,ha ha ha. Ada byk tapi ni lah 3 benda yg selalu repeat. Yogurt asli, tomato yg dibekukan dan madu (baru beli semula madunya, maklumlah guna 1 rumah.
TIP : masker ni pakai seminggu sekali dah ok. Kalau rajin set lah hari,contoh ambil hari Isnin & Khamis.Isnin scrub,khamis masker so setiap minggu hari khamis tu tukar lah,minggu ni yogurt,minggu depan madu pulak.
Yogurt tu terus apply gitu je lepas cuci muka,biarkan 15 minit dan bilas, nak campur sikit yogurt dgn soda bikarbonat pun boleh. Selalu berangan kalau ada suami kt rumah, apa yg kita sapu kt muka kita sapu sekali kat muka dia, ha ha hah. Ok, maaf lari topik, jom sambung.
Tomato tu pulak sis tonyoh setiap malam kat muka sebelum tidur time dtg bulan. Kalau hari biasa nak jadikan masker, sis campur dgn madu,biarkan 15 minit dan cuci. Kalau nak apply just madu sahaja atas kulit pun boleh. Sis ada kazen muka dia breakout,dia rawat pakai madu je, hari-hari dia sapu madu kat muka sampai sekarang dh gebu gebas dah..
Kandungan dlm yogurt mampu mencerahkan kulit dan memudarkan parut. Madu tu pula ada 1001 khasiat, antaranya termasuklah menghilangkan jerawat dan menghaluskan kulit.Keistimewaan tomato pula dpt mengatasi kulit berminyak,melembut dan glowing kan wajah.
Masker ni umpama treatment utk kulit,sama juga mcm rambut,kenapa kita kena buat treatment? Sbb tak nak rmbut rosak,so mcm tu jugalah dgn kulit muka kita ye tuan puan.
Jangan terperanjat, korang tau tak bedak ni boleh hilangkan jerawat pasir? Alaa yg tumbuh byk tp kecik-kecik tu. Ha ya,boleh hilang! Dulu waktu mula pakai tudung, bila buka tudung ada jerawat kecik kat bahagian muka yg tertutup dgn tudung. Mungkin kulit tak dpt bernafas, gatal-gatal pulak tu,sampailah satu hari gatal tak menahan sis tepek bedak tu kat bahagian jerawat pasir and then bawa tidur.
Bangun je pagi tgk cermin, suprise sgt sbb dah tak gatal n better, pastu buat research dan rupanya mmg betul pun bedak ni boleh hilangkan jerawat pasir. Dlm hati ckp kalau tau dr dulu lgi sis buat gitu.
So start dari hari tu setiap malam sebelum tidur mmg tepek bedak ni kt area yg bermasalah,alhamdulillah berkesan smpai sekarang tak pernah lagi ada jerawat pasir kt muka.Korang kena try!
*Jgn risau, kulit takkan jadi kasar,lagipun bedak ni just sapu kt sebahagian area je,bukannya satu muka.
Yang ni korang kena ada 1, tak kesahlah brand apapun, tapi sis prefer to Oxy, acne pimple medication. Yg ni guna dia kalau korang tumbuh jerawat batu yg besar tu tak memasal,sapu je tebal-tebal kat atas jerawat n then bawa tidur. Insha’Allah esoknya bangun dah okay
TIP : Kalau tumbuh jerawat jgn picit, ni ckp dr pengalaman,mmg akan merebak kecuali jerawat tu dah smpai stage 3,di mana bila kita picit sikit je gunung berapi tu akan meletus dgn jayanya,itu korang boleh usik,sbb dia takkan tinggalkan parut yg kronik.
Tapi kalau baru nak tumbuh, gatal nak picit juga, proses baikpulih skin akan jd lebih lama,jerawat tu akan tinggalkan kesan hitam yg makan minggu baru nak hilang dan lebih teruk boleh tinggalkan lubang kt muka kita..sam juga dgn blckhead kat hidung, tlglah jgn picit hari-hari nanti terkopek kulit kat area tu, I’ve been there.
And after all, this is my only choice to remove dirt from face,tak nak lain, ha ha. Ada dua, 1 lagi colour pink but i choose the blue one utk oily skin. Sis guna ni before cuci muka balik kerja sebelum tidur,kalau time pagi nk cuci muka tu tak usah ler.
Cara dia ambil kapas,tuang sikit pstu usap kat muka,maka akan keluarlah segala kotoran, minyak dan makeup tertanggal kat kapas tu. Makeup remover kena ada sbb cuci muka sahaja mmg tak cukup bersih, kalau tak percaya boleh buat testimoni,cuci muka mcm biasa,pastu ambil wet tissue n try lap sikit kat muka, mesti ada lagi kesan minyak dan lain-lain so kena buang dlu kotoran kat wajah guna makeup remover,baru guna cleanser.
The last one is vaseline, semua org wajib ada.Sis guna ni setiap hari sebagai pelembap bibir dan setiap malam sebelum tidur sapu kt bulu mata atas dan bawah,hasilnya sekarang bulu mata bwh dah ada dan tumbuh dgn lebatnya,hihi.
Jarang dah pegi work pakai mascara,adalah sometimes tp tak selalu,mugkin setiap ahad baru pakai mascara,saje melaram sbb pakai baju jalan,hari-hari lain kena pakai uniform. Vaseline ni serbaguna,termasuklah mencerahkan siku dan melembutkan kulit kasar di tumit.
Sekian utk perkongsian kali ni semoga bermanfaat utk semua. Tak perlu habis beribu2 utk dapatkan kulit yg bersih jgn lupa minum air kosong at least 1 hari 2 Liter utk kulit yg sihat dan cantik,mana tau semua sempat flawless sebelum raya,hihi,gudluck gais!
Sejak semalam, beg tangan Birkin dari jenama terkemuka dan mewah Hermes jadi bualan di laman sosial negara ini. Puncanya kerana ia antara barang yang dirampas dalam satu serbuan di kediaman bekas pemimpin negara.
Sebanyak 284 kotak berisi beg ini telah dirampas. Ia mengejutkan netizen kerana harga sebuah beg ini mencecah ratusan ribu ringgit.
Pasal apa beg ini mahal sangat? Ini 11 perkara tentang beg Birkin yang perlu kita tahu.
Jangan keliru, Birkin adalah model dan Hermes adalah jenama. Beg tangan Birkin oleh Hermès bukanlah sembarangan jenama atau koleksi yang ada boleh beli di pusat beli-belah mahupun butik.
Ia kerana harganya yang mahal dan sukar dimiliki. Ia dinamakan sempena nama penyanyi dan pelakon Jane Birkin.
Secara kasar, harganya bermula dari AS$9,000 (RM20,902) sehingga AS$150,000 (RM 348,369). Tapi setiap satu beg mempunyai harga berbeza mengikut material diguna, jahitan, aksesori tambahan dan masa buatan.
Anda tak boleh membelinya sesuka hati di mana-mana kerana ia hanya dijual mengikut tempahan. Jualannya mengikut jadual yang sukar diramal dengan kuantiti terhad. Kepada mereka yang membeli dari pihak tengah, kena tunggu lama untuk mendapatkan satu unit beg, sekitar 6 bulan hingga 3 tahun!
Ia berasal daripada pelakon dan penyanyi Jane Birkin yang mengeluh betapa sukarnya mendapat beg kulit mengikut citarasanya pada 1981. Kebetulan keluhan itu disampaikan kepada ketua eksekutif Hermès, Jean-Louis Dumas yang duduk bersebelahan dengan Jane Birkin dalam penerbangan ke London dari Paris.
Menurut berita, ilham dan reka bentuk asli Hermès Birkin dilakar di atas beg muntah dalam kapal terbang yang dinaiki mereka.
Pada tahun 1984, Dumas membuat sebuah beg kulit lembut untuk Birkin, berdasarkan satu rekaan 1892. Birkin menggunakan beg itu untuk dirinya sendiri namun kemudian mengubah fikirannya dan sejak itu ia menjadi ikon fesyen mewah.
Jane Birkin memperoleh beg Birkin secara percuma selain royalti secara tahunan yang dilapor sekitar £30,000 (RM166,890) pada tahun 2012.
Setiap unit beg tangan Birkin mengambil masa minimum 48 jam, disiapkan oleh seorang pakar terlatih dalam pembuatan beg yang bukan sahaja cantik tetapi berkualiti.
Ia diperbuat daripada kulit buaya rona merah jambu fuschia dilengkapi kancing berlian serta logam emas putih 18 karat.
Kajian menunjukkan beg Birkin yang unik (rare) mempunyai purata 14.2% pulangan tahunan sejak beberapa dekad lalu. Purata pulangan yang lebih tinggi daripada emas.
Nampak macam kecil tapi bila isi telefon, dompet dan barang mekap ia mengembang.
Victoria Beckham antara penggemar beg Birkin, dan beliau dikatakan mempunyai 100 beg Birkin (saja!)
Kalau anda perasan, ketika hamil selalunya wujud garisan hitam di bahagian perut hingga ke ari-ari. Ada sesetengan individu yang risau akan garisan itu yang semakin lama semakin jelas di perutnya, terutama ketika hamil.
Hal ini menyebabkan Doktor Perubatan, Blogger, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan, Dr Zubaidi Hj Ahmad mendapat banyak soalan berkaitan dengan garisan hitam ini. Melalui Instagram, Dr Zubaidi menjelaskan sekali gus merungkai persoalan.
Pagi ini saya mendapat email. Seorang wanita yang hamil begitu risau tentang garisan hitam di perut (abdomen) beliau. Tanda hitam semakin jelas kelihatan setiap hari. Berbanding dengan rakan beliau yang juga hamil, tanda garisan hitam itu tidak begitu ketara.
Sebenarnya tanda garisan begitu disebut sebagai Linea Nigran adalah tanda yang normal, bukan bermakna mengalami apa-apa masalah kesihatan semasa hamil. Jadi jangan risau.
Garisan ini sebenarnya lebih jelas bagi wanita yang sebelum hamil pun mempunyai garisan ini, cuma mungkin ia tidak berapa jelas. Ia mungkin lebih cerah dan disebut sebagai linea alba.
Ada sesetengah wanita garisan ini tidak kelihatan jelas pun. Garisan ini bermula dari pusat di abdomen sehingga ke tulang ari-ari (public bone). Semasa hamil ia kelihatan lebih gelap. Ia lebih kelihatan apabila seorang wanita menghampiri bulan ke lima usia kehamilan.
Tidak diketahui punca sebenarnya garisan ini berlaku. Cuma ada teori yang mengatakan ia disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil. Pada masa ini melanocyte-stimulating hormone yng dikeluarkan oleh uri (placenta) menyebabkan garisan ini menjadi lebih gelap. Ia juga menyebabkan kawasan di sekitar puting (areolar) menjadi lebih gelap.
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Family Medicine and Primary Care di India mendapati wanita yang mempunyai garisan kehamilan seperti ini berlaku pada wanita yang mengalami masalah kekurangan asid folik semasa hamil.
Sebenarnya kajian ini memberitahu bahawa kekurangan asid folik bukanlah penyebab masalah ini. Cuma wanita yang mengalami kekurangan asid folik akan menunjukkan garisan kehamilan yang lebih jelas.
Ia juga bukan sebagai tanda bahawa anak dalam rahem adalah anak lelaki. Jika ia berlaku, ia mungkin hanya kebetulan saja.
Jadi jangan risau dengan garisan ini. Ia adalah normal berlaku semasa hamil. Garisan ini akan semakin hilang apabila selepas melahirkan anak.
Sapukan sedikit minyak kelapa dara (VCO) atau serum vitamin E, garisan ini akan lebih cepat hilang. Pengambilan vitamin E juga membantu mencantikkan kulit selepas melahirkan anak. -Dr Zubaidi Hj Ahmad
VK pun perasan gak ada garisan macam ni kat perut. Mujur ada penjelasan daripada Dr Zubaidi ni. Hilang segala persoalan. Yalahkan, takut gak kalau bahaya ke, apa ke.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...