Sambutannya mungkin tak seperti siaran hiburan yang boleh menjadi fenomena tapi program Qari Junior 2017 terbitan TV3 yang berakhir Ahad lalu sangat menginspirasikan.
Melihat anak-anak kecil lancar membaca al-Quran cukup memberi kesedaran pada kita yang dewasa namun masih ramai merangkak membaca kitab suci ini.
Tak banyak diuar-uarkan dalam media tapi Johan Qari Junior 2017 dimenangi oleh adik Haikal Firdaus Mohd Jaafarudin,12 tahun, yang berasal dari Mersing Johor.
Pelajar Sekolah kebangsaan Teluk Lipat ini mengetepikan sembilan peserta lain di pentas akhir Qari Junior 2017.
Sebenarnya ada cerita menarik yang pernah dirungkai oleh wartawan dari TV Al-Hijrah tentang anak ini ketika sesi pencarian peserta untuk program ini tahun lalu.
Perkongsian dibuat oleh Syukri Ibrahim tentang anak ini sangat menyentuh hati. Buat ibu bapa yang bercita-cita mahu menjadikan anak tahfiz boleh menjadikan rutin adik ini dan juga neneknya, Asmah binti Jusoh sebagai panduan.
Al kisah Interview Budak Tahfiz 11 Tahun
Sy: Sejak bila adik kenal dan mula membaca alquran.
Tahfiz: Sejak umur 4 tahun bang, Sy belajar muqaddam dan alquran tahun yg sama.
Sy: Mula menghafaz bila ye? Dan mcmana cara adik ingat hafazan?
Tahfiz: Sy start baca betul2 dan khatam alquran umur 10 tahun bang, eh silap, 8 thn bang, Sy baca hari-hari. lepas tu nenek sy kata ulang pembacaan hari-hari dlm setiap solat. Sy amalkan.
Sy: Termasuk solat sunat ke?
Tahfiz: Ye bang, termasuk dalam tahajud, taubat dan lain2.
Sy: Tak tinggal ke solat tahajud semua tu?
Ads
Tahfiz: Tak bang, start umur 10tahun sy amal kan dan tak tinggal.
Sy: gulp
(Ya allah…Malunya aku dgn dia ya Allah. Dia mampu amalkan tahajud setiap malam tanpa GAGAL)
Kisah nenek, penjaga adik Haikal
Interview pula Nenek (penjaga) adik Haiqal (tahfiz tadi).
Sy: Ceritakan sikit pasal cucu puan..
Nenek: Dia anak pertama drpd 5 adik beradik. Dia tinggal dgn sy sejak mak ayahnya berpisah. Bermula umur setahun lebih..
(Ya Allah…lagi sekali sy tersentap, meskipun dilanda ujian perhatian dan kasih syg ibu ayah, namun adik haiqal kuat menghadapinya?)
Sambung neneknya, dia tiada kelebihan apa pun cuma nampak kemahiran dia dlm pembacaan al quran apabila dia cepat belajar dan dia berminat mengulang kaji sendiri. Sekurang kurangnya 5 kali sehari dia akan mengaji dan menghafaz.
Ads
Sy: Macamana puan sendiri bantu dia?
Nenek: Bila kita suruh dia buat sesuatu. Kita perlu turut serta. Takkan suruh dia mengaji, kita tak mengaji kan? Jadi sy akan luang masa dan ajar setiap sesi dia mengaji. Dia siang sekolah kebangsaan, petang sekolah agama. Di sekolah agama tu lah sebenarnya dia banyak belajar mengaji. Sy cuma bantu pantau pembacaannya je..
Sy: Setiap hari ke puan akan pantau dia?
Nenek: Yup, sy sendiri perlu tunjukkan komitmen sy sebelum sy minta komitmen dia utk mengaji. Kadang sy sakit…pening…tak larat.. sy tetap luang masa mengaji dgn dia. Sampaikan pasar malam dekat rumah sy pun sy xpenah pegi dah semenjak dia mula mengaji.
(Ya Allah… ini komitmen penjaga ya Allah… aku sebagai seorang bapa juga kadang xmampu luang masa melihat anak mengaji
Aku betul-betul sebak kali ini. Air mata mula memenuhi empangan.
Malu aku pd adik haiqal..
Ads
Malu aku pd anak isteriku..
Malu aku padamu ya Allah..)
Akhlak budak berusia 11 tahun
Selesai sesi interview, adik haiqal bangun, salam neneknya dan sy terdengar…
“Nenek, Haikal minta maaf ye sbb tak jawab soalan abg tu elok-elok mcm nenek cakap”
Ya allah… berlinang air mata aku terus mengenangkan akhlak seorang budak berumur 11 tahun ini Ya Allah. Mampukah aku mendidik anak ku seperti didikan seorang nenek pd cucunya Haikal ini?
Haikal juga adalah juara hafazan negeri Johor tahun sebelum ini dan dia adalah peserta termuda yg bertanding acara hafazan peringkat kebangsaan .
Semoga Allah permudahkannya
Semoga Allah beri ibu bapa seperti kita kekuatan nenek Haikal dlm mendidik al-Quran.
Semoga anak kita juga mahir al -Quran seperti adik Haikal.
Bulan puasa ni ramai yang berharap berat badan turun, maklumlah kurang makan, waktu berbuka dan sahur saja. Tapi kalau tak kena caranya walaupun kurang makan berat takkan turun jugak makin naik ada.
Buat korang yang nak turunkan berat badan 5-10kg bulan puasa ni sampai boleh pakai baju kebaya kenalah ikut cara pemakanan dari Norafiza Mahmud ni. Anak tiga tapi badan maintain langsing uols.
Bestnya dia sertakan sekali dengan jadual makan,senang kan!
Ini jadual diet sepanjang Ramadhan. Boleh pakai kebaya saiz S raya ni. Jom buang 5kg-10kg. Apa ada hal!
Jadual ini tidak di pengaruhi oleh gula, garam, santan ataupun minyak yang tinggi. Kau orang boleh rasa garam di dalam sambal belacan atau air asam. Juga merasakan gula di dalam jus buah-buahan.
Ye, dalam menu ni xda kueh langsung. Tapi kau orang boleh memilih 1 atau 2 jenis setiap kali berbuka dengan kuantiti 2 ketul sahaja. Jika kau orang memilih nasi maka, terpaksa meninggalkan kueh.
Jika memilih kuih, lupakan nasi untuk hari itu. Alasannya adalah, kau orang perlu set jadual makan dan memilih yang mana perlu. Ala bukan tiada hari esok untuk makan.
Nak bersenam atau mengeras rumah atau apa pun yang mampu memberi signal “berpeluh”. Cara ini dapat memenuhi keperluan 8 gelas sehari dalam tempoh berpuasa.
Gunakan “non stick pan” dan ⅓ sudu makan “butter”. Sama ada untuk memasak barang basah atau sayuran. Butter sudah cukup untuk memberi rasa sedap.
Percayalah, berbuka tanpa nasi dapat mengembalikan tenaga yang hilang. Malah, kau orang akan lebih segar dan cergas. Nasi hanya akan melemaukan aktiviti selepas berbuka.
Boleh. Awak taruk beberapa ketul ais di dalam jus epal, jus timun dan sebagainya. Pastikan semua jus bebas daripada campuran gula.
Tea detox start dari awal berbuka. Sepanjang sebelum tidur wajib minum. Ini akan memberi kesan optimum untuk slim. Kulit juga akan cerah di pagi raya.
Boleh sayang. Pakai je bengkung setiap hari. Gunakan bengkung biasa. Ala, rm25 je di lazada. Bengkung ini untuk support tulang belakang, kurangkan rasa lapar. Ini bukan bengkung untuk “shaping” ok.
Kalau ada soalan atau kemusykilan dengan diet ni boleh saja ke Facebook Norafiza Mahmud, Mother of 3.
Kala dipanggil menjadi tetamu Allah, pasangan suami isteri ini ingin melaksanakan lagi satu hasrat. Mahu menjadi sukarelawan untuk membantu jemaah haji sementelah diri masing-masing masih muda.
Meski tahu akan cabarannya namun Noramira Amiuddin dan suami tekad mendaftar sebelum bertolak ke Jeddah.
Memang tepat telahannya, pelbagai dugaan dilalui sepanjang menjadi SAHABAT Tabung Haji namun semua ini jadi pengalaman paling manis buat mereka.
Ikuti pengalaman menarik yang dikongsi oleh Noramira Aminuddin sebagai panduan dan pengajaran kita.
Sebelum kami bertolak ke Jeddah, kami baru dimaklumkan mengenai satu program sukarelawan yang dipanggil sebagai SAHABAT Tabung Haji(TH). SAHABAT ditubuhkan bagi meringankan beban pegawai tabung haji yang sedikit jumlahnya untuk mengendali ratusan mahupun ribuan jemaah haji Malaysia dalam satu maktab. Dalam maktab saya contohnya, hanya ada 10 pegawai sepenuh masa untuk mengendalikan lebih kurang 2700 jemaah haji.
Saya dan suami ambil keputusan untuk menjadi sukarelawan SAHABAT TH. Jadi sebaik kami sampai ke hotel, kami terus ke pejabat maktab untuk memberitahu bahawa kami berminat mahu menjadi SAHABAT. Alhamdulillah kami dipilih.
Dalam SAHABAT ada tiga kategori yang kita boleh pilih iaitu sama ada bahagian perubatan jika anda seorang doktor, bahagian agama dan bahagian umum. Saya dan suami tahu dan sedar, kami ini bukan pakar bab perubatan mahupun agama.
Walaupun kami telah diberi skop kerja kami, saya dan suami telah berazam apa sahaja kami boleh bantu kami bantu. Nama pun suka-rela-wan.
Senario yang paling mencabar adalah semasa berwukuf di Arafah. Berlaku kacau bilau semasa penghantaran makanan, minuman tak cukup, kipas tak berfungsi, air kipas tak cukup, jemaah pengsan dan pelbagai lagi. Once you dah sarung jaket ni, semua orang cari jaket ni.
Padahal kalau ikutkan logik akal, sekiranya kipas rosak, seharusnya lapor kepada technician. Bukan kepada SAHABAT yang tak tahu menahu mengenai anggota peralatan kipas yang keluarkan air bagi menyejukkan tubuh badan jemaah.
Tetapi saya dan suami layankan kerana kami tahu majoritinya di sini adalah mak cik pak cik. Inilah sumbangan yang kami mampu berikan.
Mungkin ada yang tertanya,
“Tak letih ke? ”
“Bila masa nak berdoa dan bersendirian?”
Ditakdirkan saya ‘cuti’semasa tiba di Arafah pada hari pertama. Saya fikir, takkan saya nak duduk berzikir saja. Saya bukan orang yang reti duduk diam. Mesti ada aktiviti. Dari saat itu, saya keluar dari khemah dengan berjaket dengan berazam kalau yang perlukan bantuan kita bantu.
Alhamdulillah boleh dikatakan setiap jam suami akan tanya,
“Ok lagi ka? Jangan push.”
Saya kata ok lagi. Masih bertenaga. Dari pagi selepas Subuh uruskan makanan dan minuman pagi hingga ke makan dan minum tengah hari.
Sepanjang masa di Arafah, masalah utama ialah minuman air sangat kritikal. Minuman air botol sangat limited. Ditambah pula dengan cuaca yang sangat panas. Setiap kali saya berjalan, pasti ada jemaah bertanyakan pasal air minuman.
Saya memohon maaf awal-awal lagi, memang air tidak ada. Cumanya ada satu cara, iaitu isi air panas dalam botol kosong, kemudian letakkan dalam peti sejuk. Peti sejuk boleh dikatakan ada di setiap penjuru khemah.
Ditambah pula dengan masalah penghantaran makanan. Kami menghantar makanan mengikut alphabet khemah daripada A hingga ke S. Disebabkan troli yang sedikit, maka agihan agak lambat.
Selepas khutbah, kemudian solat lebih kurang pukul 1.30 petang, masa ini adalah waktu yang sangat-sangat panas dan getir. Elok sahaja imam beri salam, ada jemaah panggil saya, katanya ada orang nak pengsan.
Oleh sebab terlalu panas, saya mengambil sikap sambil lewa kerana kepenatan. Lepas settle jemaah ini, datang lagi seorang jemaah katanya neneknya sakit. Saya masih lagi ambil sikap sambil lewa. Ada satu detik yang mana tiba-tiba saya tersedar, “Eh, ramai pulak yang pitam. Serius ni.”
Saya cuba panggil nenek. Tapi tiada sahutan. Panik. Saya tidak mampu nak mengangkat nenek ke kerusi roda. Mujur ada cucunya yang membantu. Masalah datang. Kaki nenek tidak boleh diletak elok di atas penggalas kaki.
Mahu saja saya minta cucunya dukung sehingga ke klinik. Kami ramai-ramai tolak juga. Ada seorang jaga kaki nenek supaya tidak jatuh ke tanah. Seorang lagi jaga handle sebelah kiri, manakala saya sebelah kanan. Dalam perjalanan ke klinik, nenek sudah semakin lemah. Kepalanya sudah longlai. Saya tepuk pipi nenek.
“Nek! Bangun! Buka mata! ”
Banyak kali saya panggil nenek tetapi tiada sahutan. Air mata si anak sudah mula mengalir. Saya berdoa moga nenek diberi kesembuhan. Itu sahaja yang mampu saya lakukan buat pada masa itu.
Daripada saat itu saya, suami dan SAHABAT berlari ke sana ke sini bawa jemaah ke klinik. Ramai yang pitam akibat kepanasan. Selepas seorang sedar, datang seorang lagi memerlukan bantuan. Sampai jemaah maktab lain pun dihantar ke situ.
Ada satu ketika, jemaah yang dihantar ke klinik terpaksa kami hentikan penerimaan pesakit kerana klinik sudah penuh dengan jemaah yang sakit. Klinik serba kekurangan, tetapi dimanfaatkan sebaik mungkin. Pesakit yang berada di luar klinik, kami spray air di seluruh muka dan kepala sehingga boleh masuk ke khemah klinik. Ada yang ok, kami hanya beri ruang kepada mereka untuk berehat sebelum kembali ke khemah mereka. Selepas reda, urus makanan malam pula.
Saya tahu, saya tidak akan berlama di Arafah. Saya berdoa pada Allah pinta satu waktu walaupun sekejap mahu bersendirian. Hanya Allah dan saya sahaja. Alhamdulillah saya diberi kesempatan walaupun tidak lama. Yang sedikit itu saya dan suami cuba manfaat sebaik yang mungkin..
Di Muzdalifah, cabarannya lain pula. Roughly maktab kami tiba di sana dalam lingkungan pukul 11.00 malam ke atas. Perhentian kami hanya sementara sahaja. Tepat jam 11.45 malam bermula perjalanan jemaah daripada Muzdalifah ke Mina.
Hanya 5 buah bas yang disediakan oleh muassasah kerana perjalanan antara kedua destinasi ini tidak jauh. Jemaah akan diangkut mengikut nombor bas masing-masing. Saya dan suami menaiki bas yang paling akhir iaitu pada pukul 8.00 pagi keesokan harinya.
Memang penat, kami hanya tidur-tidur ayam, bila dah azan Subuh, solat Subuh kami mengambil alih tugas SAHABAT yang lain kerana mereka belum lagi berhenti kerja dari tengah malam sehingga ke Subuh. Kami perlu memastikan jemaah menaiki bas yang betul dengan nombor bas yang betul.
Setiba di Mina, secara peribadi tenaga saya tinggal 10 peratus. Ingat boleh la berbaring sekejap. Tetapi belum sampai ke khemah, ada jemaah beritahu penghawa dingin tak berfungsi. Tak habis setakat itu, seorang lagi jemaah datang beritahu ada rakan sekhemah hampir nak pitam. Saya minta bawa ke khemah beliau.
Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya jemaah ni daripada maktab lain. Bukan maktab saya. Allahu…. Nak elak daripada pertelingkahan berlaku, saya minta jemaah tersebut pimpin kawannya ke kerusi roda. Saya bawa ke klinik maktab saya.
Selesai semua, saya ke khemah, letak beg, perut berkeroncong. Apa lagi, saya pergi cari suami. Suami kata sepatutnya saya dapat satu beg yang ada makanan. Pihak muassasah kata dah habis. Jadi cari alternatif lain. Mujur ada kawan suami bawa maggi lebih. Elok nak balik khemah untuk bersarapan, ada mak cik sesat pula. Allahu…
Ditambah pula mak cik tersebut daripada maktab lain. Saya tak tahu menahu lagi bagaimana maktab-maktab ini disusun. Apa-apa pun kita bantu mana kita boleh bantu sampai SAHABAT bising saya tak rehat-rehat lagi. Macam mana nak rehat, orang minta tolong dalam perjalanan balik ke khemah. Kes mak cik ni saya serah terus kepada SAHABAT lain kerana saya tahu saya sudah tidak ada kemampuan.
Ada kala kita kena lepaskan. Bukan tidak mahu membantu tetapi diri sendiri sudah tidak termampu.
Ujian di Mina berbeza dengan Arafah dan Muzdalifah. Di sini jemaah-jemaah senang sesat, air pula terlebih banyak, tidak mandi berhari-hari, makanan tidak disentuh kerana nasi tidak berkuah, tandas pula limited, dan ada jemaah yang hilang selepas melontar. Silap melontar pun ada.
Kejadian yang berlaku di ketiga-tiga tempat ini tidak lari daripada kata-kata kesat daripada kalangan jemaah. Tapi saya pesan kepada diri saya, hanya Allah yang tahu situasi kita yang sebenar. Biarkan kata-kata itu. Tiada manfaat dalam kata-katanya.
After all, saya tidak menyesal dengan apa yang saya pilih. Kerana penglibatan sukarelawan ini saya semakin rapat dengan jemaah-jemaah di sini. Kadang-kadang mereka tanya khabar. kadang-kadang ada jemaah wanita ajak ziarah bilik berbual-bual sambil makan buah cicah kicap dengan cili.
I’ll never forget these moments. Memang penat. Memang susah. Tapi akhirnya, semua manis. Saya berimpian mahu kembali ke sini sekiranya diizin oleh Allah.
Gambar di atas adalah gambar yang paling bermakna buat kami suami isteri semasa di Mina. Banyak cerita yang terkandung dalam gambar ini yang tidak mampu saya ungkapkan. Pada masa ini handphone saya dan suami, masing-masing rosak. Hanya mampu pinjam daripada kawan.
Mesin basuh kalau buat hal memang memeningkan kaum wanita. Kena betulkan cepat kalau tidak bertimbunlah pakaian tak berbasuh.
Selalunya masalah mesin basuh di rumah sama ada air yang keluar terlalu kecil, putaran perlahan atau langsung tidak berputar.
Nak membaiki kerosakan ini selalunya kena sedia modal dalam RM200. Ini caj tukang baiki alat elektronik dan biasa makan masa dua hingga tiga hari baru siap. Waktu itu dah tentu kain bertimbun bukan.
Tapi rupanya nak baiki kerosakan mesin basuh seperti ini mudah sangat. Boleh buat sendiri saja, modalnya cuma RM30, jimat RM200 .
Caranya ditunjukkan oleh Mazuan Lin.
—
Nak share sikit pengalaman betulkan sendiri mesin basuh rosak. Mesin basuh ni hadiah Kakchik masa baru kahwin dulu. So far, jarang ada problem tapi kali ni ada problem air masuk slow sangat pulak.
Kalau hantar kedai mau dekat dua ratus juga agaknya, silap2 lebih. Tu belum masuk nak pikul benda alah ni pergi kedai pulak. Padahal, kos beli barang baru tiga puluh ringgit je dekat Jalan Pasar, Pudu.
Since darling aku dah berceramah sebab tak boleh nak basuh baju dan mood Macgyver aku pun tengah ada maka aku pun bukaklah youtube dan blog tentang cara nak betulkan mesin basuh ni.
Rupanya senang aje, perempuan pun boleh buat sebab tak ada pun kena angkat tunggang terbalik.
AMARAN! JANGAN LUPA CABUT SOKET DAN TUTUP PILI AIR SEBELUM MULA!
Sebab aku rajin, aku ambik gambar siap letak caption sekali untuk korang ikut kalau ada problem yang sama.
Ok dah siap ya. Senang saja kan. Rasanya memang orang perempuan boleh buat.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...