Kari ayam antara hidangan yang selalu kita buat di rumah. Kesukaan ramai juga. Ada macam-macam tip untuk masak kari ayam sedap.
Tapi kalau nak buat kari ayam yang pekat, likat boleh ikut perkongsian dari Khabbab Jamalludin ini. Kari ini sesuai sangat untuk cicah dengan roti waktu pagi dan hidang dengan nasi waktu tengah hari. Jadi buat waktu pagi supaya tak perlu masak tengah hari dah! Jimat tenaga.
Langkah demi langkah buat kari ayam kentang yang pekat likat
1. Sediakan bahan-bahan ini ya.
Bahan untuk tumis :
1 biji bawang besar sebiji
1-2 tangkai daun kari
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Serbuk kari
Cili kisar
Bahan lain :
1 batang serai
2 biji tomato
Air
2. Ini dua jenis serbuk kari yang digunakan. Serbuk kari ini campurkan sekali. Tambah air dan gaul sebati sampai jadi pes macam dalam gambar.
Ads
3. Gaul ayam dengan serbuk rempah kari, sikit saja asal ada warna kuning. Saya guna ayam saiz besar.
4. Kemudian goreng sekejap. Jangan lama nanti air ayam kering dan rempah akan kurang meresap. Kelebihan lain masak sekejap dan potong kecil kecil adalah supaya bahagian isi tak mengembang dan tawar bila masak lama. Angkat ayam, ketepikan.
5. Gunakan minyak goreng ayam tadi untuk tumis bawang merah yang dihiris sampai kekuningan.
Ads
6. Lepas itu boleh masukkan 1 sudu cili kisar.
7. Kemudian masukkan pes serbuk kari tadi. Waktu tumis ini api kena besar. Kemudian perlahan sedikit api bila bunyi desiran pes kari ini mulai hilang dan mula berbuih buih. Perlahankan api untuk bagi rempah pecah minyak.
Ads
Tips untuk memudahkan pecah minyak adalah kita gunakan minyak yang banyak. Jangan risau, minyak yang terlebih boleh dikeluarkan sebelum makan nanti.
8. Kemudian tambahkan air, jangan banyak cukup sampai tenggelam potongan ayam saja. Masukkan tomato, serai, dan kentang (saya dah rebus siap siap) dan biarkan masak dalam api sederhana besar. Kacau bila perlu. Bila kuah dah sebati, tambahkan garam dan gula (saya pakai gula melaka).
Bila usia dah meningkat sikit, ramai yang mengeluh sakit belakang.
Selain faktor usia, salah satu sebabnya adalah posisi tubuh salah yang selalu kita praktikkan. Ini termasuklah cara kita bangun dari katil selepas bangkit dari tidur.
Selalu berkongsi tip tentang rawatan fisioterapi, Ainphysio melalui akaun TikTok beliau berkongsi info tentang kesalahan yang selalu dilakukan ketika bangkit dari tidur hingga boleh menyebabkan sakit belakang.
Cara bangun yang salah
Menurut beliau daripada keadaan baring, ramai yang terus bangkit dan menegakkan badan bahagian atas yang mana cara ini salah.
Cara bangun sebegini kata Ain akan memberi risiko pada tulang belakang dan lama kelamaan ia akan menyebabkan sakit pada bahagian tersebut.
Cara bangun yang betul
Cara betul bangun selepas tidur baring adalah dengan mengiring ke sebelah dan menggunakan tangan untuk tolak dan bangun.
Kalau makan di restoren Siam, sementara tunggu hidangan lain sampai kita selalu juga pesan colek buah ni.
Bahagian yang paling sedap dah tentu kuah atau sos colek Thai ini. Gabung dengan buah yang masam-masam lagi mantap rasanya. Confirm kuahnya kita ceduk sampai licin.
Dan jika terasa nak makan colek buah ini di rumah, kita boleh saja buat sendiri kuah ini. Cara membuatnya ada dikongsi oleh Fia Sofia.
Cara buat colek buah Thai
Bahan-bahan
1 cawan air
6 ketul gula Melaka
Sedikit belacan
1 sudu garam
1 sudu sos ikan
4 biji bawang merah-hiris halus
Udang kering
Cili padi ikut citarasa- hiris halus
Cara masak colek buah
1. Masukkan air dan gula Melaka sampai mendidih.
2. Masukkan belacan, garam dengan sos ikan.
3. Tutup api kemudian masuk bahan lain udang kering, bawang merah cili padi. Kacau sampai sebati.
4. Biar sejuk kemudian boleh mula menyicah dengan apa jenis buah pun.
Cara buat serbuk colek Thai
Makan colek kena ada juga serbuk colek. Cara buatnya pun senang.
Bahan-bahan
3 biji cili api -buang biji tumbuk dulu cili merah
4 sudu gula
Setengah sudu garam
Cara membuat
Gaul saja semua bahan ini sampai sebati. Siap boleh hidang dengan kuah colek dan buah-buahan yang ada.
Nasi goreng kerabu ini tak sama dengan nasi kerabu yang digoreng. Bukan ya, yang ini nasi putih biasa yang digoreng bersama dengan sayur dan daun-daun yang wangi.
Aromanya memang harum dan menyelerakan. Kalau suka nasi kerabu confirm akan suka nasi goreng kerabu ini. Tambah pula ada petai di dalamnya.
Hidangan ini lagi sedap dimakan bersama dengan telur mata dan sambal belacan. Cara membuatnya ditunjukkan oleh Nurul Ateekah.
Cara buat nasi goreng kerabu yang harum dan menyelerakan
Bahan-bahan
3 cawan nasi (diperoi)
Udang
2 sudu besar ikan bilis (digoreng)
1 biji bawang merah ( dihiris)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 batang cili hijau (dihiris)
1 batang serai (dihiris)
1 kuntum bunga kantan(dihiris)
3 helai daun limau purut(dihiris)
Petai
2 batang kacang panjang(dipotong)
2-3 biji telur
Garam
Serbuk perasa
Serbuk lada putih ½ sudu kecil
SoS ikan 2-3 sudu besar
Cara membuat
1. Panaskan minyak masak, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan. Kemudian pecahkan telur masak sehingga masak. Ketepikan.
2. Menggunakan minyak yang sama umis bawang putih, bawang merah dan cili hijau.
3. Kemudian masukkan udang, serbuk pada putih dan goreng sehingga masak.
4. Masukkan lada putih, bunga kantan, kacang panjang, petai, daun limau purut dan serai.
5. Masukkan serbuk perasa, garam, nasi ikan bilis dan telur.Gaul rata.
6. Akhir sekali, masukkan sos ikan dan goreng sehingga sedikit berasap.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...