Step By Step Potong Sendiri Ayam Supaya Tak Tunggu Lama. Peniaga Ayam Tunjuk Caranya

Share

Walaupun pun hari hari masak lauk ayam tapi ramai sebenarnya tak tak tahu cara nak potong ayam.

Kadang-kadang terpaksa beratur lama untuk tunggu ayam dipotong bila beli di pasar raya.

JAdi elok juga jika kita belajar cara potong ayam. Caranya boleh ikut perkongsian peniaga ayam Krboyy Asnizam II.

Cara potong ayam basic, potong 14

Hari ini nak ajar cara amatur potong ayam, potong 14. Potong basic untuk peniaga ayam macam saya. Tapi sebelum potong pastikan beberapa perkara;

  • Ayam dah disembelih
  • Pisau tajam, kalau besar dan berat sikit lagi bagus. Kalau takde pisau besar, carilah batu lesung utk hentak sikit kat pisau nanti.

1. Potong bahagian belakang ayam, antara tulang belakang dan peha.

2. Dah potong, tarik ayam hingga jadi dua bahagian. Ambil bahagian kaki macam ni dan potong dua. 

3. Ini hasilnya.

4. Potong antara bahagian peha dan tight di bahagian sendi.

5. Potong 2 bahagian tight.

6. Ambil ayam bahagian atas pula dan tarik keluar isinya. Kosongkan.

7. Potong jadi 2 bahagian.

8. Ambil bahagian kepak tadi dan potong. Bahagian ini banyak isi. Untuk mudah potong, kelar dulu ikut saiz yang diingini, kelar sampai tulang dalam. Dah kelar barulah hentak sikit supaya ayam mudah putus. Ulang proses ini bahagian kepak satu lagi.

Selamat mencuba.

Sumber: Krboyy Asnizam II.

IKLAN