Suburnya Pokok Kesum Tanam Tanpa Tanah, Letak Sikit Baja Pun Dah Elok Kembang Daunnya

Share

Kalau tanam kesum atas tanah selalu tak menjadi, mungkin boleh tukar cara pula. Tanam dalam air seperti yang dipraktikkan oleh Mie Atur Aniyah ini.

Menggunakan bekas/ storage yang ditebuk penutup dan diisi air, pokok kesum yang ditanam elok subur.

Malah pokok kesum miliknya ini sudah dibiakkan tiga kali menggunakan kaedah yang sama.

Ini generasi ketiga dibiakkan dengan cara yang sama. Netpot boleh beli di Shopee.

Caranya cuma keratan batang kesum diletakkan dalam netpot atau boleh juga menggunakan pasu paling kecil yang ditebuk banyak lubang.

Ini pokok yang kali pertama ditanam.

Pokok kesum yang ditanam cara ini penjagaan pun lebih mudah, tak perlu siram. Letak sedikit saja baja AB daun kesum akan kembang elok.

Dengan menggunakan bekas berpenutup ini nyamuk juga tidak membiak.

Selamat mencuba!

Sumber: Mie Atur Aniyah

 

IKLAN