Cara maniskan buah tak semestinya dengan penggunaan baja saja. Sebenarnya kita hanya perlu faham fungsi dan keperluan pokok supaya hasil buah manis semula jadi.
Ramai yang tanam buah sendiri dekat rumah, tapi bila tiba musim, rasa buah tak semanis yang diharapkan. Padahal baja dah bagi, siram pun rajin. Sebenarnya, untuk dapatkan buah yang manis, kita kena faham asas proses semula jadi tumbuhan: fotosintesis.
Gula dalam buah bukan datang terus dari baja, tapi dihasilkan oleh daun melalui bantuan cahaya matahari, karbon dioksida (CO₂) dan air. Kalau mana-mana elemen ni tak cukup, buah tetap tumbuh, tapi rasanya akan tawar. Jom faham cara ‘dapur pokok’ bekerja perkongsian ilmu Mohd Sukeri supaya buah yang kita tanam lebih manis secara semula jadi.
Daun perlukan cahaya matahari yang cukup untuk proses fotosintesis. Kalau tanam bawah teduhan, atau pokok terlalu rimbun sampai tutup cahaya, gula yang terbentuk akan berkurang. Pastikan pokok terdedah terus kepada cahaya, terutama waktu pagi hingga tengah hari. Tanaman di kawasan terbuka (open field) memang lebih sesuai.
Anggap daun sebagai ‘dapur’ kepada pokok. Kalau daun rosak, tua, diserang serangga atau penyakit, hasil penghasilan gula pun terganggu. Jaga daun supaya hijau, segar dan aktif jalankan tugasnya. Elak guna racun secara berlebihan yang boleh menjejaskan fungsi daun.
Karbon dioksida (CO₂) diserap melalui daun semasa fotosintesis. Lebih banyak daun sihat, lebih tinggi penyerapan CO₂. Sebab tu waktu pagi hingga tengah hari penting – masa ni fotosintesis paling aktif. Pastikan aliran udara baik di sekitar tanaman.
Akar yang sihat bantu bekalkan air dan oksigen untuk hasilkan tenaga (ATP). Kalau media tanaman terlalu lembap atau sentiasa bertakung, akar akan ‘lemas’. Bila akar lemah, tenaga tak cukup untuk angkut gula ke buah. Jadi, siram ikut keperluan dan pastikan saliran baik.
– Terlalu basah → akar gagal hasil ATP → gula tak sampai ke buah
– Daun tak cukup atau rosak → kurang tempat hasilkan gula
– Cahaya kurang → penghasilan gula rendah
– Baja terlalu tinggi nitrogen → daun lebat, tapi gula ‘lari’ ke daun, bukan ke buah
Nak buah manis, bukan sekadar tabur baja. Baja bantu tumbesaran, tapi gula hanya terbentuk dengan cahaya, CO₂, air dan daun sihat.
Kawal air, pastikan cahaya cukup, dan jangan biarkan daun jadi tua atau rosak. Bila pokok sihat luar dalam, manis buah pun terasa.
Ramai dalam kalangan kita membuat tabungan atau simpanan di Tabung Haji. Bukan setakat untuk kegunaan mengerjakan haji kelak tapi juga simpanan kecemasan.
Namun kejadian kehilangan wang akibat perbuatan scammber yang berleluasa sekarang menimbulkan kerisauan apatah lagi ada kes yang tular turut melibatkan simpanan di Tabung Haji.
Buat mereka yang bimbang tentang keselamatan wang simpanan di Tabung Haji, antara alternatif yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko kecurian wang secara online ini adalah ‘unlinked’ akaun TH dengan akaun perbankan lain.
Dikongsi oleh Azila Abu Kasim berikut adalah cara untuk unlinked akaun Maybank2U dengan akaun TH.
Saya kongsikan cara linked dan unlinked akaun Maybank 2U daripada Akaun Tabung Haji.
1. Buka website Maybank 2U yang baru. Bukan yang classic ya. Log in, masukkan password.
2. Pergi setting.
3. Tekan Accounts.
4. Tekan Tabung Haji
5. Tekan Accounts
6. Boleh Linked – bagi sesiapa belum pernah linked akan nampak ini ATAU BOLEH UNLINKED bagi yang telah linked kan.
Unlinked
INFO
Bagi pemegang akaun CIMB, perlu pergi ke ATM mesin bank untuk unlinked ke Tabung Haji.
Akaun Bank lain-lain mungkin sahabat sekalian boleh hubungi customer service bank masing-masing. Jangan panik ya.
Nota: Jika akaun perbankan online kita memang mempunyai link dengan TH, risiko untuk diceroboh sentiasa ada. Ini antara cara untuk kita mengurangkan risiko.
Cara memasak kita sehari-hari memang guna banyak minyak. Menjadi masalahnya bila nak buang minyak masak terpakai yang dah hitam legam ni.
Memang boleh jual semula minyak tapi tak semua tempat ada. Nak buang kat singki nanti tersumbat, nak buang kat longkang jadi kotor.
Mahu tak mahu kena buang juga dalam tong sampah. Tapi selalunya minyak akan meleleh dan lagi stres kalau menitik atas lantai. Satu kerja nak bersihkan kembali minyak ni. Renyah betul!
Tapi tip yang dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad ini boleh membantu selesaikan masalah kaum ibu kat dapur.
Ramai yang tak tahu rupanya ada produk dijual di pasaran yang boleh digunakan untuk membekukan minyak masak terpakai supaya proses membuang bahan ini lebih mudah.
Produk yang dipanggil cooking oil harderner atau pengeras minyak masak ini boleh dibeli di Daiso dengan harga RM5.90, setiap kotak mengandungi 5 pek.
1. Beli “hardener” @ pengeras minyak masak (boleh beli di DAISO RM5.90/kotak ada 5 pek).
2. Panaskan minyak masak dan masukkan hardener.
3. Tunggu sehingga sejuk dan minyak akan membeku.
4. Masukkan dalam plastik ikat kemas dan buang dalam tong sampah.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...