Sudah Move On Tak Jadi Kahwin, Zulin Aziz Dedah Rahsia Kurus Turun 12 kg Dalam Masa Dua Bulan

Share

 

 

 

Baru-baru ini pelakon, Zulin Aziz memuat naik gambar perbezaan bentuk badannya di instagram. Memang terbukti nampak perbezaannya. Dulu gemuk, tapi sekarang Zulin nampak lebih langsing dan cantik. Memang Zulin akui yang dia bersungguh-sungguh menguruskan badan sebab hendak mendirikan rumahtangga. Namun pelamin angannya musnah kerana tidak jadi berkahwin.

Pun begitu ada hikmah di sebaliknya apabila kini Zulin tampil lebih cantik dan menawan. VK menghubungi Zulin untuk mengetahui rahsia badannya kini lebih kurus.

 

Usaha 2 bulan

Hilang 12 kg dalam tempoh dua bulan ialah satu kejayaan besar. Mengakui bukan mudah untuk berbuat demikian namun Zulin percaya semuanya boleh jika impian itu sudah terpahat dalam diri.

“Saya bermula dengan berat 82 kg. Selepas amalkan diet, berat saya tinggal 70 kg. Tak ada jalan singkat nak kurus. Saya amalkan rutin aktiviti fizikal di gimnasium.”

Menurut Zulin, dia pergi ke gimnasium sebanyak 4 kali seminggu. Latihan work out biasa dan juga muay tai atau boxing. Latihan ini diajarkan oleh jurulatih bertauliah di gimnasium.

“Kalau sibuk dengan shooting, saya tetap cari ruang untuk pergi ke gimnasium. Kalau tak dapat langsung pun, sekurang-kurangnya sekali seminggu. Kena pergi.

Kurangkan gula

Menurut Zulin, perkara yang ditekankan oleh jurulatihnya ialah pengambilan gula. Ini kerana gula mudah buat seseorang itu jadi gemuk.

“Memang tak ambil gula langsung. Kena biasakan diri. Ketika awal-awal diet memang saya disiplin bab gula ni. Namun selepas dah semakin turun, jurulatih bagi ambil sikit. Dah terbiasa tak ambil gula, jadi tak ada rasa nak ambil pun.”

 

Pentingnya diet dipantau jurulatih

Ada yang suka diet secara bersendirian. Ada juga yang suka diet bersama rakan-rakan. Namun Zulin memilih diet dipantau oleh jurulatih kecergasan yang turut memantau dietnya.

“Apabila ada trainner, ada orang yang ingatkan kita mengenai diet. Ada yang memantau. Kalau tanpa trainner, kena ingatkan diri sendiri. Kalau saya, nak ingatkan diri sendiri mengenai misi diet ni memang tak jalan. Jadi, saya pilih ada trainner untuk jadi lebih disiplin.

Jurulatih bukanlah terlalu bertegas. Ada cheat day yang saya dibenarkan untuk makan apa yang saya nak makan. Tapi bila dah terbiasa dengan pemakanan yang disuruh oleh trainner, pada hari cheat day pun kita dah tak nak makan sangat.

 

Wow! VK kagum dengan Zulin yang boleh turun 12 kg dalam masa 2 bulan. Takpelah tak jadi kahwin pun dik. Asalkan badan lebih sihat, hati senang. Insya-Allah yang datang nanti orang yang hebat untuk adik.

Sumber: Zulin Aziz

IKLAN