
Kuih sekaya telur ini memang sedap cuma nak jumpa orang jual terutama di Lembah Klang memang payah. Kalau jumpa pun, bulan puasa saja.
Kalau ada yang teringin sangat nak merasa kuih favourite orang pantai timur ini kita buat je sendiri. Caranya dikongsi oleh Norimah Rahman.
Buat sendiri sekaya telur
Bahan-bahan
10 biji telur gred B/C
1 gula atau nisan kerek/1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan santan pekat
Secubit garam
Sedikit esen vanilla
Cara membuat:
1. Potong kecil nisan atau gula kerek kemudian kisar. Kemudian campurkan santan dengan gula dan nisan sehingga larut.
2. Masukkan telur, kacau sampai sebati (jangan dipukul hanya kacau perlahan sampai sebati). Masukkan secubit garam dan esen vanilla.
3. Tapis dan masukkan ke dalam loyang.
4. Kukus lebih kurang 25 ke 30 minit atau sehingga masak (nak tahu serikaya dah masak, cucuk lidi, kalau tak melekat tanda dah masak).
5. Simpan seketika di dalam peti ais kerana sekaya ini lagi sedap di makan ketika sejuk.
Info: Jika nak guna santan kotak pun boleh (pilih Kara). Campurkan dengan sedikit air, jadikan satu setengah cawan.
Selamat mencuba.
Sumber: Norimah Rahman.
Nak beli pengukus elektrik murah klik SINI
Mak-mak Amal 8 Tip Dari TNB Ini Di Rumah Untuk Elak Bil Elektrik Melambung Setiap Bulan

Isi Kandungan
Toggle
Setiap bulan dapat saja bil elektrik mesti ramai mak-mak yang merungut. Biasanya akan cecah ratusan ringgit bila dah berkeluarga apatah lagi kalau yang tinggal di bandar. Jarang sangat dapat bil bawah 100 kan.
Tapi ada saja cara untuk menurunkan bil elektrik dan kuncinya terletak kepada kaum ibu kerana andalah yang mengawal kebanyakan urusan rumah tangga. Bagusnya cara ini dikongsi oleh Tenaga Nasional Berhad sendiri ya.
1. Pilih perkakas elektrik label 5 bintang
Sama ada nak beli mesin basuh, peti sejuk, pendingin hawa dan sebagainya pilih perkakasan yang ada label 5 bintang. Produk direka untuk fungsi yang lebih efisyen dan juga menjimatkan elektrik.
2. Baju penuh baru basuh
Jangan tak tahu mesin basuh menggunakan banyak tenaga elektrik untuk beroperasi. Memastikan mesin basuh diisi dengan baju secara penuh akan mengurangkan kekerapan kita menggunakan alat ini sekali gus mengurangkan bil elektrik. Dengan kata lain tunggu bakul baju penuh baru basuh ya!
3. Gosok baju banyak sekaligus
Seperti mesin basuh, penggunaan seterika yang banyak memang akan membuatkan bil meningkat. Jadi sebaiknya atur jadual menggosok baju anda dengan menggosok dalam jumlah yang banyak sekali gus. Contohnya gosok baju satu atau dua kali seminggu saja.
4. Kedudukan peti sejuk jauh dari dinding
Letak peti sejuk sekurang-kurangnya 10 sentimeter dari dinding dan letak jauh dari alatan elektrik yang panas seperti ketuhar. Kedudukan ini akan membolehkan ia berfungsi lebih baik.
5. Susun barang dalam peti sejuk
Kalau barang dalam peti sejuk berterabur eloklah ambil masa susun dengan teratur. Sebabnya ia juga antara penyebab peti sejuk menggunakan banyak tenaga elektrik. Peti sejuk yang barang di dalamnya tersusun elok membolehkan udara di dalamnya beredar secara efisyen.
6. Penuhkan air dalam cerek baru masak
Sekiranya anda menggunakan cerek elektrik, letakkan air hingga penuh dan untuk lebih jimat simpan air panas dalam flask untuk memastikan ia kekal panas. Jadi tak perlulah masak atau memanaskan air banyak kali.
7. Tutup tingkap & pintu bila pasang pendingin hawa
Bila menggunakan pendingin hawa pastikan tingkap dan pintu di tutup.Cara ini akan mempercepatkan ruang sejuk lebih cepat dan setkan suhu pada 23-23 darjah selsius untuk suhu yang optimum dan merendahkan penggunaan elektrik.
8. Jangan biar komputer, tv terpasang
Tutup komputer, tv, radio, kipas bila tidak digunakan. Kebiasaan kita yang selalu membiarkan perkakas ini terus berfungsi walaupun tidak digunakan adalah sangat merugikan tenaga elektrik.
Sumber: TNB
Cara Kreatif Ubah Suai Dapur Dengan Bajet RM200. Hasilnya Tetap Wow, Kemas & Nampak Luas!

Isi Kandungan
Toggle
Jika kreatif, dengan bajet seadanya pun mampu dapat kesan yang diimpikan. Tak percaya lihat apa yang dilakukan oleh Mcyah Joanjett.
Hanya bermodal lebih kurang RM200 dia mengubah suai dapur rumah yang sebelum ini kurang tersusun jadi kemas, praktikal dan sedap mata memandang.
Menariknya semua barang yang dibeli mampu milik dan dilakukan sendiri oleh cik suami. Korang yang teringin nak transform dapur kecil boleh ikut caranya.
Bajet RM200 termasuk wall paper ya!
Actually rumah aku ni takde dapur (biasalah rumah orang have-have mana masak). Jadi aku ubahsuai bilik kosong jadi dapur. Semua barangan yang digunakan adalah dari kedai Eco RM2 dan Mr.Diy sahaja. Bajet keseluruhan lebih kurang RM200 termasuk wallpaper.
Takdelah wow sangat, janji nampak luas, bersih dan tak bersepah. Yang penting banyak benda suami DIY sendiri saja.
Setiap harga dan detail barangan ada pada setiap gambar. Wall paper beli kedai Eco RM2.
Sebelum ubah suai



Selepas, cantik kan!





Cara buat langsir tutup bawah singki



Korang yang teringin nak ubah dapur tapi bajet terhad boleh ikut cara ni ya.
Sumber: Mcyah Joanjett
Rutin Penjagaan Kulit Wanita Korea Ini Mampu Buat Wajah Nampak 10 Tahun Lebih Muda

Isi Kandungan
Toggle
Menjaga kulit wajah nampak remeh tapi sebenarnya sangat penting. Kulit wajah yang terjaga rapi selalunya boleh memberikan kesan lebih muda. Wow sangat ni kan? Nah, VK kongsikan tip nak nampak muda 10 tahun berbanding usia sebenar hanya dengan menjaga kulit wajah cara orang Korea.
1. Bersihkan kulit muka guna minyak
Membersihkan kulit muka adalah rutin paling penting. Selain menggunakan sabun pembersih, orang Korea suka bersihkan kulit menggunakan minyak. Gunakan kapas atau span. Manfaat bersihkan kulit dengan minyak adalah bukan hanya menanggalkan solekan tapi turut menanggalkan sebum dan kulit mati.
2. Pembersihan berasaskan air
Selepas bersihkan kulit muka dengan minyak, barulah bersihkan dengan air bersih.
3. Rutin pengelupasan dan buang sel kulit mati
Sel kulit mati pada wajah akan menyebabkan adanya tompok hitam. Hal ini meninggalkan cela pada wajah. Salah satu rutin penting penjagaan kulit wajah orang Korea adalah membersihkan sel kulit mati ini. Namun anda perlu ingat jangan lakukan rutin pengelupasn setiap hari kerana boleh membuatkan kulit terlalu tegang. Cukuplah seminggu sekali supaya kulit lebih mudah bernafas.
4. Jangan lupa toner
Selalu kita skip rutin menyapu toner pada kulit. Kita anggap ianya tidak penting. Selepas melakukan pembersihan dan juga pengelupasan, kulit selalunya agak lemah dan perlukan lebih lembapan. Toner yang disapukan pada wajah lepas rutin membersih dan mengelupas akan mudah diserap. Jadi rajin-rajinlah berikan toner pada kulit wajah selepas rutin membersih.
5. Essence and serum
Oleskan essence (pati) dengan cara menepuk kulit muka. Wanita Korea juga menggunakan serum untuk memberikan manfaat berganda pada kulit. Lebih-lebih lagi serum yang menggunakan bahan semula jadi.
6. Emulsi
Orang Korea juga mementingkan emulsi untuk meningkatkan manfaat daripada penggunaan essence dan serum. Emulsi daripada akar ginseng dimanfaatkan sepenuhnya kerana dipercayai boleh menampakkan kulit lebih muda. Sama seperti manfaat kolagen.
7. Pakai masker seminggu sekali
Masker dipakai pada kulit memberikan kesan kulit lebih anjal dan mengecilkan liang pori. Gunakan masker ikut apa impian yang anda hendak capai. Misalnya kalau mahukan kulit nampak glowing, gunakan masker vitamin C. Trend di Korea, mereka gunakan masker susu keldai untuk mendapatkan kesan kulit lebih cerah.
8. Krim mata
Krim ini disapukan pada kulit nipis di sekitar mata. Syaratnya jangan tekan kuat sangat sebab kulit ini nipis. Sapukan perlahan-lahan. Menyapu krim mata boleh membantu hilangkan lingkaran hitam. Barulah nampak segar dan lebih muda.
9. Krim muka
Krim muka di pasaran ada macam-macam manfaat. Orang Korea mengguanakan krim muka daripada kuning telur untuk kesan anjal, krim muka dengan lendir siput untuk mengurangkan kedutan. Jadi anda boleh pilih mana-mana krim muka untuk manfaat yang anda suka.
10. Pelindungan dari sinar matahari
Cahaya matahari boleh merangsang penuaan kulit. Penggunaan krim pelindung matahari boleh bantu kulit tidak terjejas dengan sinaran ini. Gunakan krim pelindung sebelum keluar rumah.