Selalu bila bekerja barulah kita daftar jadi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Tapi rupanya untuk jadi ahli ini tak perlu tunggu bekerja pun boleh.
Seawal usia 14 tahun dan boleh mendaftar jadi ahli untuk buat simpanan. Lagi awal menyimpan lagi banyak tabungan, selain itu dapat juga dividen dan insentif lain.
Perkara ini dikongsi oleh Mo Ameen yang telah mendaftar dua orang anaknya yang berusia 15 dan 16 tahun menjadi ahli KWSP. Berikut dalam perkongsian beliau.
Seawal 14 tahun pun boleh jadi ahli KWSP rupanya
2 orang anak saya yang sulung dan no.2 (kedua-duanya masih sekolah menengah) telah pun mendaftar sebagai ahli KWSP pada tahun lepas (24 Disember 2021).
Ramai yang tak tahu, seawal umur 14 tahun sebenarnya sudah boleh menjadi ahli KWSP dan tidak perlu tunggu apabila mula bekerja.
Pendaftaran pula boleh dibuat di kios KWSP sahaja, tidak perlu ke kaunter.
Ads
Selepas daftar, perkara pertama yang saya suruh anak buat ialah daftar akaun online KWSP (i-Akaun) di kios yang sama.
Kedua, daftar akaun Simpanan Shariah menggunakan i-Akaun.
Ketiga, saya daftarkan caruman i-Saraan.
Ads
Alhamdulillah, akaun anak-anak saya telah pun ditukar ke akaun Simpanan Shariah berkuat kuasa 1 Jan. 2022. i-Saraan pula adalah caruman secara sukarela.
Di samping dapat menyimpan pada usia muda dan dapat dividen setiap tahun, kerajaan juga telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun).
Bayaran caruman i-Saraan secara online saya buat melalui Bank Islam. Sebagai ahli KWSP juga akan mendapat manfaat kematian RM2500.
Ads
Mungkin ada yang bertanya, kalau sekadar nak menyimpan, boleh sahaja buka akaun bank atau tabung haji.
Berdasarkan pengalaman saya, simpanan anak-anak dalam Tabung Haji, akhirnya ayahnya juga yang guna. Sekian!
INFO: Duit simpanan ini boleh dikeluarkan lebih awal tapi ikut jenis pengeluaran yang dibenarkan seperti pendidikan, kesihatan, beli rumah dari akaun 2.
Makan laksa memang sedap tapi ramai yang tak rajin menyediakannya terutama bab nak rebus laksa yang mengambil masa lama.
Sebenarnya ada ada cara yang cepat untuk melembutkan laksa ini tanpa perlu rebus lama. Orang utara mungkin dah lama gunakan cara ini tapi ramai juga yang belum tahu.
Dikongsi oleh Suzana Saad petuanya cuma perlu rendam dulu laksa.
Tip dari peniaga laksa, rendam dulu
Dulu kalau nak buat laksa, bab malas bila nak rebus laksa sebab kena rebus lama. Tapi lepas dapat cara baru dari tauke laksa, anytime terasa nak makan laksa, terus pergi cari ikan.
Ini caranya
1. Rendam laksa kering semalaman atau 2 jam pun ok dah.
2. Dengan air rendam itu rebus hingga mendidih dalam 10 minit. Bila mendidih tutup api & tutup periuk.
3. Biarkan dalam air panas selama 1 jam. Kemudian boleh tapis laksa tapi jangan basuh. Biarkan saja dalam penapis. Bila nak makan, ambil saja.
Sekiranya di rumah sekarang sedang tanam anak pokok cili, tip yang dikongsi daripada Mohd Nor ini boleh dipraktikkan terus.
Ia supaya pokok cili yang baru ditanam stabil selain banyak akar. Cara ini juga membolehkan jangka hayat pokok cili tahan hingga bertahun-tahun. Bila kekal lama, hasil cili pun boleh tuai banyak kali.
Bila alihkan ke pasu atau tanah kena tanam sekali batang pokok
Menurut Mohd Nor sewaktu pindahkan anak pokok cili ke dalam pasu, polibeg atau tanah, buang daun di bahagian bawah dan tanam dalam sikit.
Untuk lebih mudah faham, tanam sampai paras tanda merah dalam gambar. Batang yang ditimbuskan akan mengeluarkan akar-akar baru yang boleh menambah kestabilan pokok & membantu pokok cepat membesar & berbuah. Cara ini jangka hayat pokok cili juga akan lebih lama.
Selain itu pastikan pokok cili dapat cahaya matahari pagi sampai petang, ini yang terbaik. Hasilnya pokok cili akan rendang & cabang dahan mudah tumbuh.
Jika kurang cahaya pokok akan tinggi & tak stabil serta cabang dahan sukar tumbuh.
Tip ekstra
Pembajaan terbaik utk cili ialah baja AB atau apa saja baja boleh digunakan cuma dengan sukatan yg betul.
Kawalan perosak juga penting kerana pokok cili sering diserang benah putih. Boleh beli atau buat sendiri menggunakan campuran bawang putih + cili padi + sabun cuci pinggan.
Kita selalu tertanya-tanya macam mana orang dulu-dulu termasuk mak dan nenek kita buat bihun goreng punyalah sedapnya walau tak guna sebarang sos.
Bagi yang nak tahu, Mohd Shukur Mohd Shukur berkongsi resipi yang diturunkan oleh arwah tok nenek beliau.
Resepi ini rencahnya cuma udang kering namun agak kontroversi bila melihat penggunaan gula. Tapi ramai yang dah cuba dan memuji hasilnya memang sedap. Tak manis pun kerana ia sesuai dengan kuantiti bihun yang digunakan. Tak percaya cubalah.
Bihun goreng tanpa sos, cuma guna udang kering
Hari ni saya masak bihun yng agak mewah pada zaman arwah toknek saya. Ini makanan yang arwah Tok nek selalu buat masa dia sihat dulu. Kami memang rapat dari saya kecik, bolhe dikatakan 60% saya duduk dgn arwah Tok nek Dan arwah Tok Sy berbanding dgn family sebab arwah ayah saya dulu berniaga kedai makan. Di sini saya lampirkan resipi macamana cara pembuatan bihun ni. Semoga menjadi asbab mengalirnya pahala kepada arwah yg telah kembali menemui pencipta-NYA.
Bahan-bahan
1 paket bihun (rendam dengan air biasa)
1 paket kecil – -udang kering
3 biji bawang rose*
2 ulas- bawang putih*
4 tangkai cili kering*
Sedikit belacan bakar*
Asam jawa -saiz sebesar syiling 20 sen*
12 sudu teh gula (sudu kecil)
2 sudu teh serbuk perasa (MSG)
1/2 sudu teh x 7 – garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit*
Cara membuat
1. Bakar belacan.
2. Kisar bahan bertanda * sampai hancur (jangan letak banyak air).
3. Panaskan minyak, goreng udang gering. Selepas agak dah masak masukkan bahan dikisar. Tumis hingga naik baik.
4. Masukkan perasa, tumis seketika lagi.
5. Bila nampak tumisan pecah minyak barulah masukkan bihun. Kacau sebati.
6. Guna api yang perlahan supaya bihun tak hancur. Biar bihun lembut sendiri. Kalau perlu masukkan sedikit air. Tip nak tahu bihun dah masak elok, kita akan nampak asap di atas permukaan bihun.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...