Kepentingan air untuk tubuh badan memang tidak dinafikan. Atas sebab itu juga ketika ini ditawarkan pelbagai jenis air di pasaran termasuklah yang kononnya untuk meningkatkan kesihatan sekaligus mencantikkan kulit.
Biasa kita dengar ketika ini adalah air alkali dan detoks, malah ada yang obses dengan air jenis ini. Ramai yang terpengaruh untuk membeli dan meminumnya walau tanpa saranan doktor atau pakar perubatan.
Tapi doktor viral, Dr. Amalina Che Bakri baru-baru ini memuat naik status di laman sosialnya yang menegaskan pendiriannya berkenaan air yang kononnya untuk kesihatan ini.
Ads
Memetik statusnya di akaun twitter, Dr. Amalina menjelaskan tak perlu untuk minum air detoks, alkali dan sebagainya. Malah beliau sendiri hanya mengamalkan minum air masak sahaja.
“Tidak usahlah nak minum air alkali, air detoks atau air itu ini.
“Berapa banyak air yang kalian nak cipta ini, saya hanya minum air masak sahaja.
“Sedangkan di UK, saya makan buah-buahan serta sayur-sayuran dengan banyak selain pergi ke gim tiga hingga keempat kali dalam seminggu,” tulisnya.
Menurut Dr. Amalina yang kini menjalani latihan pembedahan di The Royal College of Surgeons di England rutin itu saja membuatkan beliau dapat mengekalkan tenaga dan menjalankan tanggungjawab sebagai doktor dengan baik. Tidak perlu minum air lain.
Ads
“Kadang-kadang, saya juga berlari sekeliling taman atau tepi sungai.
“Ternyata, saya masih boleh kekal aktif dan sihat. Jangan obses ambil jalan mudah,” jelasnya lagi.
Ads
Justeru, kalau kita semua nak sihat dan cergas macam Dr. Amalina ni, bolehlah ikut saranan beliau. Amalkan kecergasan fizikal, bersenam, makan makanan sihat dan minum air masak secukupnya.
Bila sudah beranak pinak, masalah utama kaum wanita adalah untuk mengekalkan berat badan. Keluhan biasa didengar adalah kesukaran untuk mendapatkan kembali berat badan dan bentuk tubuh seperti zaman anak dara.
Meskipun begitu, ia bukan satu yang mustahil untuk dilakukan dan ia dibuktikan oleh Ayu Zule. Berazam mendapatkan kembali berat badan zaman anak dara, Ayu mengambil masa lebih kurang 7 bulan untuk mencapai misinya. Dari 66kg Ayu kini puas hati memperoleh kembali berat zaman anak daranya iaitu 49 kg.
Fighting for my “anak dara” weight was achieved. 16kg lost, from 66kg to 49-50kg. Journey ni mengambil masa lebih kurang 7 bulan. Saya start September 2017 (lepas raya) sehingga Mac 2018. Alhamdulillah. Jaga pemakanan dgn eatclean menu dan exercise 80% jg pemakanan dan 20% dari exercise.
Bila sebut diet je mesti org ingt tahan lapar, kena berlapar, makan sikit je. Diet bukan bermaksud berlapar cuma kn kawal portion dan pilih makanan yg diambil dengan betul dan melatih diri dan badan kita utk amalkan pemakanan yg sihat. Diet yg bagus yg menurunkan berat badan secara perlahan- lahan.
Di sini sy share sebahagian dari menu yg sy mkn sepanjang weight loss journey ni. Tak semua menu sempat sy amik gambar, yg mana sempat saja. 90% menu semua sy masak, g keje bawa bekal.
Saya share serba sedikit pengalaman yg tdk seberapa ini. Sesungguhnya yg baik itu dr Allah SWT dan yg kurang itu drpd kelemahan sy sendiri. Yg baik blh amik ye utk kwn2 yg tgh fighting utk turunkan berat badan, yg ingin menukar corak pemakanan yg lebih sihat dan menukar gaya hidup ke arah healthy lifestyle. Lain org, lain cara, lain pendapat, dan lain pendirian kan. So kita hormati setiap dr mereka…
Masakan yg sy masak simple2 je memandangkan sy mama beranak 3 faham2 la yer kesibukannya macamane kan. Sy biasa masak menu yg snng & spt grill, rebus, singgang, dan bakar (kadang-kadang mkn jgk ikan goreng jika tiada pilihan) kalau perlu guna 1 sudu kecil olive oil saja.
Tapi kalau takde, guna je ape yg ada janji portion kena jaga, bersederhana org kata. Tanpa gula putih, sy pakai garam himalayan rock salt tanpa ajinomoto atau ape2 kiub
Biasa sy amik smoothie (blend fresh milk 100ml,air masak 300ml ,rolled oat 3sk & buah2 pilihan) @ telur separuh masak @ roti wholemeal bakar. Letak cheese ke tuna ke brgntung pd bhn yg ada dan selera pd hari tu.
Biasa sy amik brown rice segenggam kita ye, bukan segenggam hulk. kadang-kadang mkn jgk nasi putih, 1 kali sehari je pakai formula #sukusukuseparuh, suku karbo,suku protein dan separuh serat (sayur@buah). Biasa sy amik nasi waktu lunch atau dinner tukar.
Kalau lunch dah amik nasi, untuk dinner sy cuma amik protein,sayur & buah & gitula sebaliknya. Kalau pd hari-hari yg saya tak boleh control nasi, masak pulak lauk yg sedap utk suami n anak, sy tukar dgn sumber karbo lain mcm ubi manis, ubi kentang ke, roti wholemeal ke. Boleh tukar ikut selera kita.
Sebabnya, bila tgk lauk sedap, nasi tak ckup segenggam ni ha, segenggam hulk juga sis makan nanti. Sama jugak time ada jamuan dekat opis, kenduri ke, sy cuma mkn lauk saja sbb dia punya lauk tu kan dah byk kalori mkn plak dgn nasi confirm la bertambah itu yg sy risau.
Terbabas ke laut dalam tu mesti ada, tipula kalau saya kata tak penah terbabas ye dok. Menu saya ni pun ada jgk yg tak berapa nak clean, tak dela strict sgt, tp bolehla ikut badan & tekak masing-masing dan yg paling penting ikut keperluan kalori badan, berapa kalori yg patut kt mkn sehari utk turunkan berat badan, untuk maintain dan sbgnya.
Biasa sy dinner sebelum pkul 8 wajib tiap malam. Amik sup sayur bersama protein, buah. Kadang-kadang nasi mcm biasa pakai formula #sukusukuseparuh
Snacking adalah wajib diantara main meal. Contoh biasa sy amik snacking pkul 10 pagi dan 3 petang. Contoh snacking saya amik ialah buah, kekacang, plain yogurt.
Untuk dessert tak wajib amik pun, tapi bila saya craving nak mkn aiskrim ke, benda-benda manis saya makan plain yogurt dgn buah. Perghhh, sedap weh tapi bukan hari-hari ye. Craving nk minum minuman manis biasa sy buat honey lemon ais juga bukan hari-hari.
Untuk exercise Saya buat jogging 3 kali seminggu sebelum masuk keje pagi dan zumba, kalau saya tak jog, saya akan zumba weekend Waktu malam saya tak gunakan utk exercise. Malam saya rehat, buat keje umah, ajar anak-anak keje sekolah and meal prep, waktu bersama kluarga.
Hari yg saya cheat day baru saya amik menu yg saya craving tu. Saya diet tanpa apa-apa supplement, bukan anti supplement, cuma saya nak ajar diri saya utk diet secara sihat, jaga pemakanan, control portion dan exercise. Bukan utk sementara, tp klu blh smpai bila-bila.
Diet yg sihat sepatutnya buat kita bertenaga, happy, dan kenyang yang penting tanpa perlu berlapar. Tak semua org sama, saya buat apa yg sesuai utk badan saya dan saya enjoy. Menu-menu ni mungkin sesuai dgn sy, mungkin tak utk org lain.
Lain org, lain badan dan kemampuan, ikut kemampuan diri masing-masing, kenali tubuh badan anda. Saya hanya share ape yg menjadi untuk sy. Jika ia mendatangkan manfaat blh amik dan korang boleh alter, boleh tambah mengikut keperluan badan masing-masing.
Teruskan jaga pemakanan, exercise walaupun kita dah kurus & dah capai berat ideal. BMI pon dh normal, boroi dh takde, lutut dah tak sakit, peha dah tak bergesel, naik tangga tak mengah, bangun tido senang dan awal, sembelit pon dh xde, rasa lebih segar, muda dan happy.
Senang utk menguruskan aktiviti seharian, termasuk beribadat, rumahtangga, anak dan kerjaya jaga pemakanan ke arah yg lebih sihat sgt byk manfaat, saya pun masih belajar untuk konsisten jaga pemakanan utk lebih sihat, fit, dan yang paling win kurus itu BONUS Doakan sy !
Bagi yang nak tahu lagi tentang menu diet Ayu boleh follow instagram atau pun Facebook beliau. Resepi pun ada dikongsi sekali.
“Letih lah bangun sahur awal. Lepas sahur dan subuh mesti terus nak tidur. Berat betul mata” kata Tijah.
“Ada kesan tak kalau tidur lepas sahur” soal Tijah lagi bersungguh.
Mungkin ramai ada soalan seperti Tijah. Saya pun semasa zaman dahulu, suka juga tidur lepas subuh dan sahur. Tetapi setelah tahu kesan, elak diri dari tidur sudah jadi satu kemestian.
3 kesan tidur lepas sahur
1) Dehidrasi tubuh dan OTAK. Air tidak diserap tetapi di bawa ke pundi kencing.
2) Makanan yang dimakan tidak diproses seperti sepatutnya. Sisa menjadi toksid. Nutrisi tidak diserap. Pesta keroncong mula berbunyi seawal jam 10 pagi.
3) Interaksi OTAK dan usus terganggu. Seperti lebuhraya tiada kenderaan. Sunyi.
Kita beria ria sediakan makanan bernutrisi tinggi semasa sahur. Mahu tingkatkan kecergasan dan kecerdasan. Malangnya tidur selepas sahur hapuskan semuanya.
Kalau mengantuk dan perlu tidur, lakukan selepas 4 jam bersahur. Boleh boleh?
Semua orang ingin nak langsingkan badan. Dengan kata lain, nak kurus! Apatah lagi jika bergelar selebriti, kan?
Pelakon, Zulin Aziz walau pun sudah makin kurus tapi dia sebenarnya masih dalam misi untuk mencapai berat badan idaman.
Bagi menjadikan ia realiti, Zulin mengamalkan diet telur yang kita tahu agak ketat. Tak lokek berkongsi tip, dalam instagramnya Zulin menyenaraikan menu yang akan diambil mengikut hari bagi sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Kalau tengok menu-menu tu memang betul-betul menyihatkan. Tak nak tengok hasil kenalah ikut aturannya, jangan ambil gula dan kena konsisten
Menu cadangan untuk 2 minggu: turun 10 kg
No sugar
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal
Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: sayuran hijau dan salad ayam
Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato
Malam: Salad dan ayam panggang
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)
Malam: Salad dan ayam stim
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus
Malam: Salad dan ikan panggang
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: Buah-buahan
Malam: Sayur dan ayam stim
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: Salad tomato, sayur stim dan ayam panggang
Malam: Sayur stim
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...