Kaum wanita jangan sesekali ambil mudah kalau merasai tanda-tanda ini. Kerana sikap tidak prihatin mungkin akan menyebabkan anda mengalami masalah rahim yang serius seperti prolaps atau rahim jatuh.

Jika sudah sampai ke peringkat ini rahim mengambil masa untuk kembali pulih malah jika sudah pulih pun ia mungkin sudah tidak kuat seperti dulu.

Perhatikan 9 tanda-tanda rahim tidak sihat perkongsian dari pengusaha jamu, Nurul Diyana Kamaludin.

1. Sakit Tumit

Tumit sering sakit berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ini lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut.

2. Sakit Telapak Kaki

Rasa sengal-sengal dan bisa-bisa urat pada tapak kaki. Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.

3. Sakit Pinggang

Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat. Sakit pinggang ini lebih kurang seperti lenguh dan rasa senggugut tapi ia berlaku di luar waktu datang bulan.

4. Sakit Ari-ari

Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.

IKLAN

5. Kerap Kencing atau kencing tak lawas

Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga dijangkiti dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.

6. Sakit Ketika Hubungan kelamin

Sukar melakukan hubungan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersetubuh. Perkara ini juga boleh merosakkan hubungan suami isteri.

7. Kentut Vagina

Sering mengalami kentut vagina. Maknanya, rahim bermasalah dan vagina kembang.

8. Selalu Kembung Perut

Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.

IKLAN
Selain itu:  Kebaikan Intermittent Fasting Bukan Untuk Kurus Saja Tapi Juga Elak Kanser, Strok Malah Rawat Kencing Manis. Rugi Kalau Tak Amal!

9. Sentiasa Basah

Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.

Cara Merawat Rahim (peranakan) Jatuh

Peranakan jatuh boleh terjadi kepada wanita selepas bersalin yang tidak mengikut pantang larang terutamanya apabila membuat kerja yang agak berat semasa dalam pantang.

Melalui rawatan jamu, rahim dikecutkan dengan meminum ramuan berikut:

Air rebusan dengan bahan-bahan seperti kayu sepang, kayu kederang, kulit kayu serapat, manjakani, pati kunyit dan air perahan daun inai perlu disediakan dan di minum.

IKLAN

Apabila peranakan sudah kecut, bolehlah diurut dan disengkak untuk memasukkannya kembali. Wanita yang jatuh peranakan mesti berpantang seperti wanita selepas bersalin.

Sentiasa displinkan diri sepanjang tempoh merawat peranakan jatuh ini. Amatlah penting untuk mengikut segala prosedur mahupun larangan yang dimaklumkan. Insya-Allah masalah ini akan selesai dan tidak memberi kesan besar dalam hidup anda lagi.

Pantang

  • Elakkan daripada minum ais dan makanan sejuk
  • Elakkan diri dari penyaman udara dan kipas angin dari terkena kaki. Pakai stokin
  • Elakkan mengangkat barang berat
  • Elakkan bersama buat sementara waktu

Amalkan

  • Ambil herba untuk memanaskan rahim
  • Buat senaman kagel
  • Buat senaman seperti “Anda baring tetapi kaki dan punggung sandarkan kepada diding, angkat punggung beberapa kali”
  • Bertungku. Bagus untuk melancarkan darah & mengecutkan rahim yang kembang.

 

Sumber Nurul Diyana Kamaludin

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI