Tak Perlu Beli Krim Mahal, Selesaikan Masalah Lebam Bawah Mata Dengan Kiub Ais Timun Saja

Share

Muka dan kulit dan cantik tapi bawah mata nampak jelas lebam. Ini masalah biasa kaum wanita, ada yang berhabis banyak untuk beli krim untuk atas lebam bawah mata ini.

Tapi daripada membazir lagi banyak, apa kata cuba cara semula jadi ini pulak. Cuma guna timun dan madu. Timun seperti yang kita tahu memang selalu digunakan untuk rawatan kecantikan.

Tip ini juga menurut Faarihah Kadir membantu mendapatkan kulit yang lebih berseri. Namun caranya bukan dengan menempelkan timun pada bawah mata tapi jadikannya ais kiub. Bagi yang nak mencuba boleh ikut langkah ini ya.

Tip  untuk menghilangkan lebam bawah mata dan kulit muka yang bersih glowing dan sihat .

Bahan bahan yang digunakan

  • Timun
  • Madu
  • Air bersih

Kisarkan bahan bahan tersebut sehingga lumat dan masukkan ke dalam peti ais dan bekukan.

Gosokkan selama 10 minit dan bilas dengan menggunakan air bersih. Amalkan setiap malam.

Selamat mencuba

Sumber: Faarihah Kadir

IKLAN