Seminggu dua sebelum sekolah dibuka inilah masanya ramai ibu-ibu menjahit lencana di baju sekolah anak. Memang nampak senang tapi nak menjahitnya remeh. Sebab itu ramai yang rela hantar ke kedai jahit.
Tapi sekarang caj menjahit satu lencana adalah RM3.00 dan lagi RM3.00 untuk jahit tag nama. Jahit dua perkara itu untuk sehelai baju sudah RM6. Bayangkan ada lima helai baju. Dah tentu banyak modalnya.
Jadi VK cukup berterima kasih dengan perkongsian daripada Facebook yang ajar mak-mak tampal lencana dan tag nama dengan cara paling mudah dan cepat. Lepas ni tak perlu lagi hantar kedai jahit atau ambil masa lama untuk menjahit lencana. Ikut cara ni saja.
Ramai mak-mak dah tahu cara ni, VK sendiri pun dah cuba. Memang senang dan tak tanggal sampai hujung tahun.
Bahan yang diperlukan:
Gam UHU
Ads
Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
Kertas tebal/cardboard/manila kad
Seterika
Langkah-langkah:
1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.
Ads
3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.
4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.
5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana.
6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali. ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.
Lencana ditampal dengan cara ni confirm kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang mungkin mengambil masa 15 hingga 20 untuk satu lencana.
Ia juga kekal lama, berdasarkan pengalamannya lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dibasuh dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.
Ramai ibu yang melalui perkara ini sebenarnya namun hanya menganggap ia sebagai satu perkara remeh yang tak perlu dibesarkan.
Selalu terjadi pada isteri yang baru bergelar ibu terutama jika tidak bekerja. Mereka ini walau punya bayi hakikatnya berasa sangat sunyi.
Ketika suami keluar bekerja ibu ini akan seharian mengulit bayi. Si ibu ini hanya bercakap dengan manusia kecil yang tidak akan bercakap kembali. Sedangkan lumrah wanita suka berbicara dan meluah perasaan.
Inilah masalah yang dikongsi oleh selebriti Hanis Zalikha yang sebenarnya turut dialami oleh ramai ibu lain sebenarnya.
Tadi Mommynis ada post video tentang Motherhood & Loneliness. Ia menceritakan pasal kesunyian & kesepian menjadi seorang mak.
Ada seorang mak tu cakap dia rasa sunyi (and sesat sorang2), bila berada di kalangan ibu kerana semua ibu-ibu ni cerita pasal bestnya jadi mak, betapa seronok jaga anak.
So dia sunyi sebab dia rasa macam — “semalam aku tidur 2 jam je, aku rasa cam sampah, apa korang cakap ni?!”
Pastu dia sambung lagi, sepanjang hari dia akan bercakap dengan manusia kecil ni yang takkan bercakap balik dengan kita.
And topik-topik nak cakap pun topik terpilih. Jadi rasa sunyi sungguh2 berkepit dengan baby. Sampai dia tersedar yang seharian suntuk dia takde proper conversation dengan sesiapa.
Hal-hal yang dia cakap tuh I takleh relate sangat sebab keadaan kami tak sama. So I kata ; eh mana ada sunyi apeni.
Tapi bila second person pula cerita dia rasa macam banduan kat rumah sendiri, tapi banduan atas pilihan sendiri.
Sebab dia yang pilih nak duduk rumah dengan anak untuk keselamatan dan keselesaan. Namun hari terasa panjang. Tengok jam and tunggu je suami balik.
Tetiba ayat last tuh is so me. Tengok jam tunggu suami balik LOLOL!!! Maksudnya ada juga rasa sepi yang I tak perasan.
Sejak ada baby ni memang suka gila tengok suami melangkah masuk rumah like amagad my bestfriend is baaaack. (Ini untuk hari-hari yang I work from home and he has a shooting / work outside).
Bila jadi mak ni, kita lagi memerlukan suami kita. Mommynis harap ibu-ibu yang merasainya tolong communicate dengan orang sekeliling sebab hidup harus positif dan cari jalan penyelesaian. Loneliness is a real thing so talk to someone.
Kalau pasangan pula, suami kena faham, bila ada anak, lagilah dia kena banyak duduk rumah, bukan sebaliknya. Memang ada suami yang ingat dah ada anak, lagi diorang boleh kat luar lama-lama sebab anak akan teman isteri. NO. Suamilah peneman isteri untuk besarkan anak-anak.
Untuk suami yang kerja jauh, pastikan your wife dah ada support system yang bagus keliling dia, kalau tak, sunyi.
Sejak menimang cahaya mata perempuan Dariya Inara bukan saja Sariyanti malah Jep Sepahtu juga selalu berkongsi foto anak mereka di laman sosial.
Mempunyai lebih 1 juta follower di instagram, Jep selalunya akan memuat naik gambar dengan kapsyen yang mencuit hati. Terbaru dia memuat naik gambar membandingkan rambut Dariya dengan rambutnya dalam aksi ketika salah satu persembahan Sepahtu Reunion.
Pantas mendapat reaksi netizen, gambar tersebut menyebabkan peminat yang merasakan rambut anaknya yang kini berusia empat bulan itu adalah hasil ‘kenan’ gara-gara aksi Jep.
“Abah tak rasa ini sebabnya,” kapsyen lucu Jep itu telah menyebabkan ribuan peminat membalas di ruangan komen.
Tiap kali tiba hari ulang tahun kelahiran, selalunya disambut gembira dengan kek dan ucapan tahniah. Namun tidak bagi pelakon dan penyanyi, Safura Ya’cob. Tarikh lahirnya anaknya membuatkan dia digamit rindu.
Semalam, Safura berkongsi kenangan bersama arwah anaknya, Nur Aisyah Mariam yang hanya sempat didakap hanya selama tiga tahun. Dalam status ringkas di instagram Safura meluahkan kerinduan pada arwah anaknya yang meninggal dunia pada 12 September 2011.
“23 Ogos 2008… Lahirnya anak syurgaku ke dunia. Tiga tahun menanti kehadiran mu dan tiga tahun sahaja Allah pinjamkan kami untuk membahagiakan kami sekeluarga.
“Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Kami reda dalam ketentuan Mu ya Rabb… Semoga Allah pertemukan kita nanti dalam Jannah Allah yang sudah tentu pasti. Mama rindu, Al-Fatihah,”demikian luah Safura.
Pengikut instagram Safura melahirkan rasa sedih membaca status tersebut kerana dapat memahami perasaan rindu seorang ibu kepada anak yang telah tiada.
Menambah rasa sebak apabila Safura turut memuat naik gambar pusara dan juga gambar arwah yang juga anaknya dengan pelakon Sahronizam Noor.
Selain Mariam, Safura dan Sahronizam mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Yusoff Firdaus, 9 tahun, Zara Nur Aisyah, 8 tahun dan Ariana Sofia, 4 tahun.
Safura turut mempunyai dua orang anak lain iaitu Nurul Natasha, 24 dan Muhammad Daniel Khaqim, 18, hasil daripada perkahwinannya sebelum ini.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.