Walau pun setiap hari tanak nasi tapi ada juga hari nasib tak baik bila hari nasi yang dimasak lembik.
Kalau masak sepot dua tak mengapa tapi kalau masak dalam jumlah yang banyak, memang gelabah. Selalu petua yang biasa kita lakukan untuk atasi masalah masalah nasi lembik ini adalah meletakkan telur.
Namun petua yang satu ini jarang kita dengar namun berkesan berdasarkan pengalaman Siti Nor Akma
Ads
Menurut beliau nasi 5kg yang lembik akibat terlebih air selamat selepas menggunakan petua roti ini.
Ads
Caranya cuma letakkan beberapa keping roti di atas permukaan nasi yang masih dalam periuk. Panaskan guna api yang kecil. Pastikan periuk ditutup.
Cara Buat Kerutuk Ayam Dengan Kuah Pekat, Sedapnya…Kerutuk antara hidangan dari Pantai Timur khususnya Terengganu dan Kelantan. Kerutuk ayam atau daging ini macam gulai tapi bukan, macam rendang tapi rasanya lain.
Yang pasti hidangan kerutuk ini memang sedap dimakan dengan nasi putih dan nasi berperisa bersama acar dan sambal belacan. Tapi tak semua mahir membuat kerutuk ini sebab itu ia jarang dijual terutama di luar pantai timur.
Bagi yang nak cuba merasai keenakan kerutuk ini, boleh gunakan resipi perkongsian Muliadi Ramli. Yang ini resipi kerutuk ayam.
Bahan kisar halus
Bawang besar- 2 biji
Bawang merah kecil- 8 biji
Bawang putih- 3 ulas
Halia- 1 inci
Lengkuas- 2 inci
Kunyit besar- ibu jari
Rempah kerutuk
Rempah kerutuk- 6sb
Rempah masak cap bunga rose- 1sb
(Dicampurkan air dan gaul sekali)
Bahan tumis
Rempah 4 sekawan
Minyak masak untuk menumis
Bawang besar 1 biji & bawang merah 2 biji dimayang
Cili boh- 5 sudu besar
Bahan lain
Santan- 1 kotak kecil
Kerisik- 4 sb
Gula Melaka- 1/2 keping
Garam secukup rasa
Air Asam jawa
Lada besar merah dan hijau 4 biji (dibelah 2)
Bawang holland 1 biji (dibelah 6)
1. Tumis rempah empat sekawan hingga naik bau. Masukkan cili boh tumis hingga pecah minyak
2. Masukkan bawang yang dimayang dan bahan kisar halus. Tumis hingga naik bau dan masak cili serta pecah minyaknya.
3. Selepas itu masukkan rempah cap bunga rose, tumis hingga sebati dan pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan 1 cawan air, tumis lagi hingga mendidih. Kemudian masukkan santan pekat, kacau sebati.
5. Masukkan gula melaka, dan air asam jawa. Masak hingga kuah pekat barulah masukkan ayam. Gaul rata, masukkan kerisik, garam secukup rasa.
6. Renehkan dengan api kecil dalam 20 minit hingga kuah pekat. Masukkan lada besar dan bawang holland, kacau. Siap.
Berapa usia anda sekarang? Adakah sama dengan usia kulit anda? Untuk mengetahui usia kulit, anda boleh lakukan ujian ringkas ini.
Cubit kulit bahagian belakang telapak tangan anda selama lima saat dan lepaskan. Lihat berapa lama waktu yang diperlukan kulit untuk kembali seperti biasa?
Ya, hakikatnya usia kulit dengan usia anda yang sebenar belum tentu sama. Walaupun sudah menggunakan ribuan krim dan ramuan yang dikatakan mampu menjadikan kulit tampak lebih muda, tapi keadaan kulit itu sendiri tidak dapat berbohong.
Menurut seorang pakar dalam industri kecantikan, Dr Alexis Abramson, kulit akan berubah secara visual bermula dari usia 45 tahun. Pada usia ini, kulit akan kehilangan keanjalannya dan menjadi lebih kasar.
Namun, kebiasaanya ia akan muncul lebih awal kerana amalan-amalan yang kurang sihat. Bagaimana pun kata Dr. Abramson wanita masih mampu mengekangnya dengan pelbagai cara.
Salah satunya adalah dengan mengurangkan pengambilan gula. Selain itu amalkan pemakanan yang sihat terutama mengambil makanan banyak antioksidan untuk melawan radikal bebas seperti tomato, delima dan bayam.
Krim perlindungan dari sinar matahari juga perlu jadi rutin untuk menjaga kulit dari pancaran sinar ini dan mengekalkan keanjalannya
Masak Tom Yam Masuk Lebih Bahan Ini, Tambah Aroma & Ada Khasiat Antikanser
Untunglah korang yang suka makan tomyam, bukan saja sedap tapi berupaya menghindarkan diri dari risiko penyakit yang cukup digeruni iaitu kanser.
Ia berdasarkan satu perkongsian yang dibuat oleh saintis Dr Suri Roowi yang sebelum ini berkhidmat sebagai Saintis Prinsipal di Program Perekaan Makanan Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Mardi.
Menurut beliau dalam satu kajian yang dibuat di Thailand dan Jepun hasil kajian bahan-bahan dalam tomyam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser berbanding makanan lain.
“Siapa yang rajin makan tomyam lebih rendah risiko terkena usus besar. Tapi syaratnya tomyam yang dimakan mesti gunakan sumber asli seperti limau purut, serai dan sebagainya selain kena kurangkan penggunaan MSG.
“Bahan dalam tomyam yang berperanan untuk antikanser adalah daun ketumbar. Sebab ia bersifat antioksidan dan baik utk mereka yang ada penyakit diabetes, untuk kawal gula dalam darah dan mereka yang ada masalah saraf.”
Jelasnya lagi serai juga bertindak sebagai antikanser terutama kanser usus besar, kanser ovari dan payudara.
Dalam tomyam gunakan banyak daun limau purut kerana ia kaya antioksidan dan ia bertindak sebagai antikanser. Begitu juga dengan lengkuas dan daun temu kunci yang turut dimasukkan dalam tomyam. Ia ada banyak manfaat kesihatan untuk kanser terutama untuk kanser pankreas.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...