Tanam Kangkung Tepi Rumah Tanpa Tanah. Tanam Sekali, Tuai Banyak Kali

Share

Kalau teringin nak bercucuk tanam di rumah dengan cara yang mudah boleh mulakan dengan kaedah ini. Paling senang tanam kangkung, tanpa tanah.
Dalam tempoh 3 minggu saja dah nampak hasil dan boleh tuai. Seronok macam ni.

Cara penanaman ini dipraktikkan oleh Monica Antie Ballerina. Beliau juga berkongsi langkah demi langkah yang dilakukan.

1. Pilih biji benih yang baik.

2. Sediakan pot kecil dan kapas muka. Pot net ini boleh beli di Shopee (https://invle.co/clepy4t) Ada banyak saiz juga, saya guna yang kecil.

3. Tabur biji benih dalam pot kecil ini. Masukkan air paip agak-agak untuk basahkan kapas. Semburkan juga biji kangkung sampai basah.

4. Selepas 2-3 hari semua biji benih dah bercambah. Kalau air pada kapas kering, tuang lagi air dalam bekas.

5. Bila anak benih dah naik 3-4 daun bolehlah pindahkan dalam bekas PVC putih.


Ini adalah paip PVC hidroponik (https://invle.co/clepy71). Saya beli di Shopee tapi kena gam dan tebuk lubang sendiri untuk letak pot. Kalau nak beli yang dah siap tebuk pun ada tapi mahal sikit namun masih berbaloi.

6. Dalam bekas PVC letakkan baja AB, ikut sukatan yang disarankan. Boleh beli di Shopee juga. ada banyak jenis. Pilih saja. Dalam seminggu kangkung akan naik.

7. Ini dah 3 minggu.

8. Tak sampai sebulan dah boleh tuai. Saya tuai tak cabut akar. Saya gunting saja, tak sampai beberapa hari dah tumbuh balik.

INFO
Bila pokok kangkung dah besar kena tambah air kerap, lagi lagi bila dah hampir nak tuai. 3 hari saja air dah kering.

Selamat mencuba.

 

IKLAN