Tanam Pokok Kunyit Punyalah Senang. Beli Kunyit Hidup, Biar Bertunas, Tanam!

Share

 

Kunyit hidup dan daun kunyit antara bahan yang kerap kita guna dalam masakan. Selain itu ia juga tanaman yang selalu kita tanam di halaman rumah.

Sebabnya, pokok kunyit antara yang cukup mudah untuk ditanam. Lihat saja cara yang dikongsi oleh Maisarah Mahyuddin. 

Cuma ada tiga langkah saja.

1. Beli kunyit hidup di pasar pagi/supermarket.

2. Biarkan saja kunyit di tempat letak bawang sehingga nampak tunas( biasa saya beli banyak, saya biarkan yang tak digunakan tumbuh tunas).

3. Bila nampak tunas, potong sebahagian yang bertunas kemudian tanam sedikit dalam bekas berisi tanah kompos. Dalam beberapa minggu akan nampaklah pucuknya.

4. Jangan lupa konsep ABC : air-baja-cahaya

TIP

  • Bagi daun yang dah besar, mungkin ada masalah ulat menyebabkan daun bertukar berwarna kuning. Sebaiknya daun ini dipotong.

  • Jangan lupa letak baja untuk elakkan serangan ulat. Boleh guna baja Ezygrow (klik untuk beli) ini untuk tanaman.

  • Lidi tajam itu untuk elakkan kucing buang najis dalam pasu.

 

Sumber:  Maisarah Mahyuddin

 

Artikel Berkait

Tanam Ulam Selom Tak susah, Cuma Kena Rendam batang & Tanam Melintang

Cara Tanam Serai Supaya Cepat Bertunas, Rupanya Sebelum Tanam Kena Rendam Dulu

IKLAN