Tanam Ulam Selom Tak Susah, Cuma Kena Rendam Batang & Tanam Melintang

Share

Antara ulam yang selalu kita makan adalah daun selom. Ini juga ulam untuk awet muda.

Kalau ini antara ulam yang jadi kesukaan, boleh cuba tanam sendiri di halaman. Boleh guna batang daun selom yang kita beli di kedai sebagai permulaan.

Caranya boleh ikut perkongsian Nur Aida Md Zainudin

5 Langkah Mudah Tanam Pokok Selom

1. Batang dipotong ikut ruas selom. Rendam dalam air. Ruas itu nanti akan keluar akar.

2. Lebih kurang 5-7 hari direndam akar akan keluar melalui batang selom (pastikan selalu tukar air rendaman).

3. Tanam batang yang berakar ini dengan cara melintang.

4. Tutup dengan tanah dan siramkan pastikan tanah sentiasa lembap.

5. Tanam selom ini mudah dan tak perlu masa lama 2-3 minggu dah boleh tuai hasilnya.

Sumber: Nur Aida Md Zainuddin

Artikel berkait:

Cara Tanam Pokok Lemon Dalam Pasu. Semai Guna Daun Saja, Lagi Cepat Tumbuh

Buat Teknik Melingkar Macam Ni Kalau Tanam Pudina, Barulah Pokok Kukuh Cepat Berakar

IKLAN