Kita makan nasi hampir setiap hari, kadang kala 2-3 kali sehari. Tapi ramai yang belum maklum bahawa dalam nasi yang kita makan itu mengandungi unsur arsenik yang yang juga dikenali sebagai racun.
Ia hadir secara semula jadi semasa proses penanaman namun begitu ia juga berisiko kepada kesihatan kita. Pengambilan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti kanser, pengakit jantung, kencing manis, pertumbuhan terbantut dan banyak lagi.
Salah satu cara supaya kita tidak terus mengambil arsenik dalam nasi ini adalah dengan menggunakan kaedah memasak nasi yang betul. Paling penting mengamalkan cara basuh beras seperti yang dikongsi oleh Dr Mazliana Mazlan ini.
Saya masak nasi dengan kaedah kukusan, untuk kurangkan kandungan arsenik dalam nasi. Arsenik ni sejenis elemen semulajadi yang ada pada air, tanah, udara, haiwan dan tumbuhan. Ada jugak arsenik buatan yang digunakan dalam racun serangga untuk tanaman.
Dalam beras, hampir 10 – 20 kali lebih banyak arsenik berbanding bijirin lain sebab beras terendam dalam sawah padi, sentiasa bertakung dengan air. Ada jugak yang disembur dengan racun serangga dari arsenik buatan.
Menurut WHO, jika kita terdedah dengan arsenik dalam tempoh yang lama, ia boleh menyumbang kepada penyakit jantung, kencing manis, pertumbuhan terbantut, kanser dan juga masalah neurologi. Antara simptom lain, sakit perut, sakit kepala dan cirit-birit.
Kita makan nasi hari-hari. Kalau cara pemilihan, pengendalian beras dan cara memasak yang betul kita amalkan, insyaAllah dapat kurangkan kandungan arsenik dalam nasi untuk keluarga kita makan.
Setiap jenis beras ada kandungan arsenik yang berbeza. Padi yang ditanam di kaki bukit contohnya padi beras basmati, kandungan arsenik nya kurang berbanding padi di sawah yang ada takungan air. Sebab air membanjiri padi setiap masa di sawah, maka kandungan arsenik makin tinggi.
Saya kongsikan cara kendalikan beras supaya kandungan arsenik berkurang dalam nasi yang kita dan keluarga makan di rumah.
1. Basuh beras sampai air basuhan jernih
– Basuh, basuh dan basuh sampai jernih. Sambil selawat, tak sedar pun dah 4 5 kali basuh.
– Arsenik ni larut air, makanya lagi banyak ia tersingkir jika kita basuh berkali-kali.
– Nutrisi memang akan hilang sedikit bila kita basuh beras banyak kali, tapi singkir arsenik lebih penting untuk kita utamakan.
2. Rendam beras
– Rendam beras semalaman mampu kurangkan kandungan arsenik lebih banyak berbanding hanya dibasuh berkali-kali.
– Boleh rendam malam sebelumnya, dan kurangkan portion air waktu masak nasi esoknya.
3. Lebihkan air sewaktu memasak
– Gaya yang kebanyakan atuk nenek kita dulu-dulu tanak nasi. Mereka lebihkan air waktu tanak nasi, bila nasi dah hampir nak masak, buang air yang berlebihan, dan masak macam biasa.
– Kajian menyatakan jika kita masak dengan porsi beras dan air sebanyak 1:5, kandungan arsenik dapat berkurang sampai 50 peratus tau.
– Guna air yang banyak masa masak nasi, dan kita buang air larutan arsenik tersebut.
4. Rendam beras, basuh berkali-kali dan lebihkan air sewaktu memasak
– Buat ketiga-tiga step yang saya kongsi di atas tadi.
– Ini cara paling terbaik untuk kurangkan kandungan arsenik hingga mencecah 80 peratus.
Dengan cara masak begini kanji dari nasi akan keluar bersama-sama melalui air. Nasi kita akan kurang kanji dan akan rendah Glycemic Index (GI).
Saya kongsikan 4 cara kita nak kurangkan arsenik dalam nasi yang keluarga makan. Tak semestinya perlu buat semua. Kalau dapat buat 1 je pun, cukup syukur dah kan.
Kadang tak sempat rendam beras, berkejar nak masak. Takpe, basuh je sampai air jadi jernih pun dah dapat kurangkan sedikit kandungan arsenik.
Yang penting kita ada usaha untuk masak nasi yang terbaik buat keluarga. Sama-sama kita cuba ya, insya-Allah.
Ramai yang beberapa kali cuba tanam pokok kesum tapi tak menjadi. Awalnya nampak subur tapi akhirnya layu dan mati.
Jangan putus asa, apa kata kali ini cuba kaedah yang dikongsi oleh Ibrisam Wossali. Kadar peratusan pokok kesum untuk hidup dengan kaedah penanaman ini sangat tinggi. Insya-Allah hidup.
Sebenarnya dah banyak kali mencuba semai pokok kesum berbagai cara, tapi kaedah ini paling sesuai sebab peratus semaian hidup sangat tinggi. Caranya mudah saja;
1. Semai dalam polibeg kecil, masukkan media dan tanam guna pucuk atau keratan batang.
2. Kemudian letak polibeg tadi dalam bekas berisi air. Rendam separuh bahagian polibeg.
3. Letak tempat teduh. Tujuan rendam polibeg supaya tanah sentiasa basah.
4. Alhamdulillah 2 minggu dah hidup dan dah mula berpucuk baru. Akar pokok pun dah nampak keluar dari polibeg. Waktu ini dah boleh alihkan ke tanah ataupun ke dalam pasu lain.
Kalau selalu buat ayam goreng salut tepung yang rangup, elok rasanya belajar buat sendiri menyediakan tepung goreng ini. Dah tentu akan jimatkan belanja.
Mana tidaknya hanya bermodal RM3 kita boleh dapat 1 kg tepung goreng ayam ini. Nak buat ayam goreng salut tepung ini hari-hari pun boleh.
Kata empunya resipi cara membancuh tepung ini sangatlah mudah, lima minit saja dah siap. Bahan-bahan pun memang sedia ada di dapur kita.
Saya nak kongsikan resepi Tepung goreng ayam dalam masa 5 minit, dengan modal RM3 untuk 1kg tepung
1kg tepung gandum
1 cawan tepung jagung atau tepung beras lagi rangup
3 sudu setengah garam
2 sudu lada hitam
setengah sudu aji
3 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk kari
setengah sudu gula
Cara membuat
1. Kisar halus lada hitam bersama garam, gula dan Ajinomoto.
2. Satukan bahan yang dikisar Bersama dengan tepung dalam satu bekas bertutup. Goncang hingga semua bahan sebati. Dah siap tepung ayam goreng!
3. Cara menggunakan, gaul ayam bersama tepung goreng ayam tadi dan juga telur. Perap dulu, sebelum digoreng gaulkan sekali lagi dengan tepung goreng ayam yang kering hingga semuanya salut.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Sedia dihidangkan.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...