Sayur brokoli antara yang selalu kita beli untuk dijadikan hidangan di rumah. Tapi ramai tak terfikir untuk tanam sendiri.
Sememangnya brokoli boleh kita tanam di laman rumah, yang penting kita tahu langkah yang betul. Caranya ada dikongsi oleh Mohd Shaiful.
7 langkah untuk tanam brokoli
Langkah 1 :
Dapatkan benih brokoli, rendam dalam air. Pilih yang tenggelam untuk di semai. Manakala yang terapung rosak atau peratusan percambahan kecil.
Langkah 2 :
Biji benih boleh di semai dalam tray atau bekas. Tabur benih di atas permukaan dan spray dengan semburan air yang halus atau siram perlahan . Media semaian mestilah basah. Gunakan tanah organik atau peat moss.
Langkah 3 :
Letak bekas semaian di tempat yang redup jauh dari cahaya matahari. Dalam masa 4 ke 7 hari benih akan bercambah mengeluarkan 2 helai daun. Alih dan letak di kawasan redup.
Ads
Langkah 4 :
Anak pokok boleh dipindahkan dalam polibeg atau pasu setelah berusia 25 hari atau boleh juga alih jika pokok tumbuh 6 daun. Alih anak benih tadi ke pasu yang besar atau polibeg yang besar pada lewat petang untuk mengelakkan benih terkena kejutan cuaca panas.
Langkah 5 :
Letak di tempat teduh dan perlahan-lahan alih ke kawasan panas selepas satu minggu. Pastikan guna pasu besar setinggi lebih dari 30cm kerana akar pokok brokoli jenis serabut dan menjalar sedalam 30cm. Dedahkan benih secara perlahan pada cahaya matahari dan siram waktu pagi dan petang.
Ads
Langkah 6 :
Baja pokok setiap 2 kali seminggu dengan baja organik atau baja buatan/npk.
Langkah 7:
Lakukan semburan racun organik pada pokok setiap 2 minggu sekali untuk mencegah serangan belalang dan beluncas ataupun penyakit kulat.
Ads
Brokoli boleh dituai selepas 50 hari ke tiga bulan. Bunga brokoli sebesar genggaman 1 tangan kita.
Antara hidangan mudah yang jadi kegemaran kebanyakan kita adalah nasi ayam. Kalau rasa nak makan di luar selalu yang dituju adalah The Chicken Rice Shop.
Menun pilihan kita sama ada nasi ayam hainan atau roasted. Makan pula dengan tauge rangup, memang lengkap.
Kalau satu famili gemar nasi ayam di sini, rasanya elok juga kalau kita belajar buat sendiri. Bolehlah berjimat sikit selain puas makan, nak tambah pun tak mengapa.
Macam mana nak buat? Resipinya dikongsi oleh Rafiah Nor, lengkap dengan cara buat tauge sekali.
Nasi ayam hainan & ayam roasted ala The Chicken Rice Shop
Bahan untuk ayam Hainan:
Ayam
Daun bawang
halia -hiris
Bahan untuk kicap ayam:
Bawang putih – dicincang
Hirisan halia
Air rebusan ayam
Sos tiram
Kicap cair
serbuk 5 spices
Tepung jagung
Garam & gula
Cara penyediaan ayam hainan
Ayam direbus bersama daun bawang & hirisan halia selama 15-20 minit(ikut saiz ayam).
Bila sudah masak rendam dalam air ais. Biarkan selama 20-30 minit. kemudian tos.
Untuk kicap ayam tumis bawang putih yang cincang sehingga perang.
Masukkan air rebusan ayam. Tambah sos tiram, serbuk 5 spices, sedikit garam dan gula.
Bila mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air. Agak-agak pekatnya ya.
Bila air kicap dan mendidih boleh tutup api.
Potong ayam hainan dan tuang kicap diatasnya sebelum hidang.
NOTA : Boleh buat lebih kerana sos kicap ini juga digunakan untuk siram taugeh.
Bagi yang minat berkebun tapi bekerja, tiada masa siram pokok atau kediaman tiada tanah untuk bercucuk tanam mungkin boleh cuba kaedah penanaman hidropot ini.
Sebab cuma perlu siram seminggu sekali, tak kotor dan senang nak alik tanaman. Mudah kerja.
Untuk golongan yang sibuk bekerja, tiada masa untuk berkebun & ruangan rumah yang sempit tapi teringin nak berkebun cara hidropot amat sesuai. Siram seminggu sekali saja, tidak mengotorkan ruang serta mudah dialihkan.
Barang yang diperlukan
Baldi
Pasu plastik
Cocopeat/tanah
Baja AB (boleh beli di nurseri)
Span (boleh guna span akuarium)
Cuma perlu buat lubang pada pasu dan masukkan span akuarium yang dipotong memanjang untuk dijadikan sumbu.
Masukkan baja AB dalam baldi kemudian letak pasu bersumbu. Isi pasu dengan cocopeat/tanah dan cucuk keratan atau anak benih sayur. Air diserap naik ke atas jadi pokok tak perlu lagi disiram hari-hari.
Nak alih pun mudah, angkat saja baldi. Selain tanam bayam Brazil boleh juga tanam pokok kesum, pegaga, ulam raja dan beberapa lagi jenis sayur.
Bila masuk tengah hari atau petang, mulalah terasa bahang bila duduk dalam rumah. Bagi yang ada aircond boleh lah pasang, tapi itu pun takkan memanjang nak guna. Bil letrik boleh mencanak naik.
Jadi mahu tak mahu kena gunalah kipas. Dalam keadaan rumah yang bahang sebenarnya ada teknik guna kipas stand yang boleh kita praktikkan untuk menyejukkan suhu dalam rumah.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...