Sayur brokoli antara yang selalu kita beli untuk dijadikan hidangan di rumah. Tapi ramai tak terfikir untuk tanam sendiri.
Sememangnya brokoli boleh kita tanam di laman rumah, yang penting kita tahu langkah yang betul. Caranya ada dikongsi oleh Mohd Shaiful.
7 langkah untuk tanam brokoli
Langkah 1 :
Dapatkan benih brokoli, rendam dalam air. Pilih yang tenggelam untuk di semai. Manakala yang terapung rosak atau peratusan percambahan kecil.
Langkah 2 :
Biji benih boleh di semai dalam tray atau bekas. Tabur benih di atas permukaan dan spray dengan semburan air yang halus atau siram perlahan . Media semaian mestilah basah. Gunakan tanah organik atau peat moss.
Langkah 3 :
Letak bekas semaian di tempat yang redup jauh dari cahaya matahari. Dalam masa 4 ke 7 hari benih akan bercambah mengeluarkan 2 helai daun. Alih dan letak di kawasan redup.
Ads
Langkah 4 :
Anak pokok boleh dipindahkan dalam polibeg atau pasu setelah berusia 25 hari atau boleh juga alih jika pokok tumbuh 6 daun. Alih anak benih tadi ke pasu yang besar atau polibeg yang besar pada lewat petang untuk mengelakkan benih terkena kejutan cuaca panas.
Langkah 5 :
Letak di tempat teduh dan perlahan-lahan alih ke kawasan panas selepas satu minggu. Pastikan guna pasu besar setinggi lebih dari 30cm kerana akar pokok brokoli jenis serabut dan menjalar sedalam 30cm. Dedahkan benih secara perlahan pada cahaya matahari dan siram waktu pagi dan petang.
Ads
Langkah 6 :
Baja pokok setiap 2 kali seminggu dengan baja organik atau baja buatan/npk.
Langkah 7:
Lakukan semburan racun organik pada pokok setiap 2 minggu sekali untuk mencegah serangan belalang dan beluncas ataupun penyakit kulat.
Ads
Brokoli boleh dituai selepas 50 hari ke tiga bulan. Bunga brokoli sebesar genggaman 1 tangan kita.
Tak rajin nak masak banyak lauk dan dalam peti sejuk ada ayam saja. Kalau macam ini boleh buat ayam butter milk. Lauk ini memang lagi sedap makan dengan nasi tanpa campur dengan lauk lain.
Dan kalau nak hasilnya ayam butter milk yang sedap boleh guna cara Nasriah Ramli yang mendapat 13 ribu perkongsian di Facebook. Ayam butter milk ini akan tetap rangup berkuah, sebab digoreng menggunakan tepung salut.
Cara buat ayam buttermilk
Bahan-bahan
Isi ayam dipotong
Tepung salut ayam goreng Bestari secukupnya
2 sudu mentega
Bawang putih dicincang
Daun kari
1/2 tin susu cair
Cili padi – dipotong
2 sudu susu pekat
1/2 cawan air
Garam dan gula secukupnya
Cara memasak
1. Isi ayam digaul garam serta sikit gula. Kemudian salut dengan tepung. Goreng dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis 2 sudu besar butter bersama bawang putih & daun kari.
3. Apabila sudah naik bau, masukkan 1/2 tin susu cair.
ku
4. Apabila mendidih, masukkan hirisan cili padi.
5. Kemudian masukkan 2 sudu makan susu pekat bersama 1/2 cawan air. Jika suka kuah pekat, boleh tambah 1 sudu makan tepung jagung.
6. Selepas mendidih masukkan garam & sedikit gula putih. Akhir sekali, masukkan isi ayam yang digoreng tadi. Gaul rata dan tutup api.
Perkara paling sukar bila nak diet atau turunkan berat badan adalah untuk mengawal nafsu makan.
Dari tak kisah makan apa, tapi sekarang kena kekang nafsu makan, kena banyak sabar bila tengok makanan.
Jadi macam mana nak mengawal nafsu makan yang membuak-buak ni? Ha… sebaiknya kita belajar dari mereka yang berpengalaman macam Jazli Hassan ini. Dari 183kg dia berjaya turunkan berat badannya hingga ke 78kg. Dia turun lebih 100kg dalam masa satu tahun. Hebatkan!
Jazli juga berkongsi 10 tip yang dilakukan untuk mengawal nafsu makan selama dalam tempoh diet. Oh ya, kalau korang rasa macam selalu nampak mamat ni, dia dulu pelakon!
Cara saya kawal nafsu makan berdasarkan pengalaman
Terima kasih kerana sudi membaca Perkongsian saya “10 TIPS CARA MENGAWAL NAFSU MAKAN KETIKA SAYA MENURUNKAN 183KG KE 78KG”Saya tulis berdasarkan hasil pengalaman dan suka duka saya lalui untuk sampai ke tahap hari ini.
1) Baca doa sebelum makan
Nampak simple mengikut pemerhatian saya dan hasil pengalaman saya antara beberapa kali kita makan jarang-jarang kita baca doa. Lagi-lagi kalau berhadapan dengan makanan yang sedap.
Cuba berdoa sampai habis lihat makanan dengan ketenangan nak nikmati makanan secara pelahan-lahan..Berdoa menguji kita bersabar dan muhasabah diri ketika berhadapan dengan makanan di samping itu mengajar kita bersyukur. Jangan malu untuk buat perubahan, sedikit perubahan akan berikan kesan mendalam.
2) Berbisik dalam hati
Ramai yang suka berbisik dengan suara hati sesuatu yang negatif lagi-lagi ketika terlihat orang makan yang sedap-sedap..akhirnya muncullah.”HIDUP INI SEMENTARA RUGI KALAU TAK MAKAN”…
Cuba latih ‘aku makan untuk hidup bukan hidup untuk makan…’ Setkan dalam minda selama bereberapa tahun aku hidup berikan peluang untuk diri aku sendiri membuat perubahan sebelum terlambat. Selalunnya bila dah terlambat baru nak berubah makan yang baikbaik. Cuba berkata atau berbisik dalam hati sesuatu yang positif.
3) Mulakan dengan meminum air dahulu atau makan buahan dan serat
Zaman nabi dahulu mereka mulakan dengan meminum air atau makan dengan buah-buahan atau dengan syuran yang berserat. Sebelum menjamah makanan yang berat-berat.Dan berhenti sebelum kenyang.
Bila kita makan buahan dan serat dahulu atau dahulukan dengan air. Kita dapat stabilkan asid dalam perut dari menganas punca nafsu kita naik macam setahun tak makan.Tenangkan fikiran jangan ikutkan hati.
Makanan sedap sentiasa ada dan semakin hari semakin banyak menu sedap-sedap tapi kesihatan sihat sekali sahaja datang kalau dah sakit perlukan masa lama untuk sembuh.
4) Makan perlahan-lahan dengan ketenangan
Dalam 10 orang pemerhatian saya di kedai makan. Hanya dua atau seorang yang baca doa dan mula menjamah secara pelahan-lahan menikmati makanan, yang lain kalau order datang lambat siap marah-marah.
Ada makanan panas pun dia kunyah juga sebab tu bila dah habis satu pingan makanan pun rasa tak kenyang. Penghayatan dan nikmat makanan itu tak ada. Makan ikutkan hati yang bertopengkan nafsu makan yang membuak-buak kawal dan anda boleh cuma hati sentiasa berbisik yang negatif…macam-macam alasan timbul.
5) Jangan terpedaya dengan rupa makanan
Zaman serba canggih nie bukan nafsu makan je membuak-buak hospital pun makin penuh dengan orang sakit. Mana taknya pantang tengok iklan makan yang hebat dan pelbagai kreativiti makin ramai orang makan makin maju perniagaannya.
Kita nak support bussines diorg boleh cuba makan dengan penuh bijaksana. Janganlah makan dah lewat malam…bahaya!
6) Makan kerap tapi sedikit-sedikit
Ini paling sikit orang buat…Cuba bertenang sabar dan muhasabah diri…Helloooo makanan dekat malaysia terlebih dan antara negara paling banyak pembuangan sisa makanan. So situ kita dah boleh tahu peratus nak kebuluran tak akan.
Cuba latih makan makanan yang sihat. Bila kita ambil sedikit-sedikit tapi kerap dapat melatih kita makan ikut kuantiti kecil tapi kerap berbanding kuantiti besar tapi sedikit lama ia akan jadi saiz yang besar.
Satu lagi bila kita masukkan makanan kerap dalam perut kita ia dapat mengawal proses kelaparan terlampau kerana ia dapat mengawal keaktifan asid dari menganas. Jangan amalkan makan waktu tak betul itulah punca nafsu makan buaya anda timbul.
7) Sentiasa ingat mati
Jangan takut! Mati itu pasti.Cuba makan sesuatu yang sedap itu kita ingat mati.Bila kita ingat mati kita akan lebih bersyukur. Mental kita akan berubah secara Automatik.Selama ini kita makan bukan gunakan akal tapi gunakan Nafsu serakah yang tak tentu pasal rakus meratah makanan.
Bila sakit 3 serangkai datang baru sibuk nak cari pemakanan sihatlah…ubah gaya hidup sihatlah. Saya dulu hanya asid Refluck je baru kawal makan kaw-kawa. Semua sekat minyak, pedas,lemak, masin terlampau jangan buat sesuatu yang bodoh lagi. Cba jadi seorang yang pandai menikmati makanan dengan cara betul….makan dengan keadaan bersyukur baru kita berjaya kawal nafsu makan..
8) Rancang pemakanan sebelum pergi makan
Sebelum pergi makan di luar latih diri baca menu awal- awal untuk merancang diri ini makan dengan tenang. Jangan perut dah lapar sangat baru nak cari kedai makanan pastu semua ada dalam menu nak order.
Orang hantar salah order pun balun katanya dah lapar sebab salah kita sendiri tak rancang masa dan waktu makan dengan betul serta tempat pemilihan makan salah main hentam je. Dulu saya siap tanya awal2 tempat tue makanan macam mana…masakan apa ada.
9) Belajar “THROWBACK” dan “MEMORY RECALL”
Saya dulu bila diuji depan makanan sedap saya mesti terbayang suka duka saya buat senaman macam separuh mati,saya dah korbankan pelbagai untuk sampai ke sesuatu tahap takkan saya nak ikutkan nafsu makan macam-maca hanya dalam beberapa minit sahaja semuanya musnah.
Bila susah juga saya akan Memory recall balik kenapa saya nak berubah bila dah menusuk kalbu baru saya tersedar bertapa jauh lagi perjalanan saya….secara automatik saya akan dapat mengawal nafsu saya…lama kelamaan saya semakin ingat pada matlamat saya.
10) Ikhlaskan hati dan redha
Sekuat mana pun nafsu makan kita cuba juga hayati cara ikhlaskan hati dan redha.Lama-lama anda perlu juga berubah. Sesuatu nikmat yang sedap ini tak kekal lama, dulu saya suka makan nasi lemak paru, mee goreng mamak telur mata dengan ayam goreng.
Sekejap je sedapnya masuk mulut kunyah telan esoknya jadi najis keluar tapi akibat kita ikutkan nafsu saya di serang sesak nafas teruk dari situ saya mula belajar ikhlaskan hati dan redha.
Saya setkan dalam minda saya cukupkan saya seksa diri saya dengan makanan. Tiba masanya saya buat perubahan, selagi berkesempatan untuk berubah. Berubahlah percaya cakap saya bila kita makan ikut nafsu hancur binasa kita….
Mudahan sedikit perkongsian pengalaman saya ini dapat berikan kesedaran bahaya kita mengikut nafsu makan kita..janganlah ikut nafsu makan kita..banyak saya terlihat di hospital-hospital terlantar menyesal dengan kehidupan mereka yang terlalu mengikut nafsu ketika makan…
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...