Tanam Ubi Keledek Dalam Pasu Guna Kaedah Keratan Lagi Mudah. Cuma Kerat & Benam Dalam Tanah

Share

Dah makan ubi keledek rebus yang manis tiba-tiba rasa macam nak tanam keledek pulak. Teruskan saja hajat sebab tanam ubi keledek ini sangat mudah.

Boleh beli ubi keledek di pasar, potong dan tanam, semudah itu saja. Boleh tanam dalam pasu, plastik beras atau tong. Untuk lebih jelas boleh ikut perkongsian Azuan Abdullah.

Ini 2 ketul ubi keledek yang saya simpan untuk cuba semai teknik keratan ubi.

Langkah 1
Potong ubi tersebut kepada beberapa bahagian. Saiz yang saya potong lebih kurang 3-5 cm.

Langkah 2.
Masukkan tanah campuran ke dalam pasu hingga hampir penuh. Tanah campuran ni saya buat sendiri. Nisbahnya adalah 2 bahagian tanah + 1 bahagian cocopeat + 1 bahagian kompos.

Langkah 3
Benamkan keratan ubi tadi kedalam tanah campuran tersebut.

Langkah 4.
Tabur tanah campuran di atas keratan ubi yang kita benamkan tadi. Memadai 90-95% keratan ubi tadi tertimbus.

Langkah 5
Siram air secukupnya. Letak pasu tersebut dikawasan yang kena cahaya. Proses siraman dibuat 2-3 kali seminggu bergantung kepada kelembapan media.

Langkah 6
Keratan ubi tersebut akan mula bertunas selepas 10-15 hari ia disemai. Siram macam biasa. Tak perlu membaja pun. Biasanya pucuk boleh mencapai panjang 10-12 inci selepas 30-35 hari lepas semai.

Langkah 7
Jika mahu hasil ubi keledek lebih banyak, waktu ini bolehlah potong pucuk dan semai di tempat lain pula. Potong pucuk antara 10-12 inci untuk di semai. Selepas 3 bulan dah boleh tuai hasil.

Selamat mencuba.

Sumber: Azuan Abdullah

Subscribe YouTube Channel Vanill Kismis untuk video menarik.

IKLAN