Ads

Tangan Melecur Kena Minyak Panas, Segera Dapatkan Rawatan Untuk Elak Lebih Serius!

Kecederaan akibat terbakar atau melecur boleh berlaku pada bila-bila masa, termasuk ketika melakukan rutin biasa di rumah. Daripada terkena air panas di dapur hinggalah kemalangan kecil, tindakan yang diambil pada minit-minit pertama boleh memberi kesan besar terhadap tahap kecederaan dan proses pemulihan.

Menyedari kepentingan pengetahuan tersebut, Pantai Hospital Melaka dengan kerjasama Pantai Hospital Batu Pahat menganjurkan Kempen Kesedaran Kecederaan Melecur 2026 di Batu Pahat Mall.

Program itu memberi tumpuan kepada pemerkasaan komuniti menerusi pengetahuan praktikal serta kemahiran asas pertolongan cemas apabila berhadapan situasi kecemasan, khususnya yang berlaku di rumah.

Tindakan Pada Minit Awal Sangat Penting

Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Hospital Melaka, Dr Kevin Khoo Teck Joon, berkata masyarakat perlu mempunyai kesedaran tentang langkah awal yang betul apabila berdepan kecederaan melecur.

“Banyak kecederaan melecur berlaku dalam situasi biasa seharian, sama ada di rumah, di dapur, atau semasa kemalangan kecil. Disebabkan itulah pengetahuan tentang tindakan yang perlu diambil pada minit-minit awal tersebut amat penting.

“Respons awal yang tenang dan betul mampu mengelakkan kecederaan melecur daripada menjadi lebih serius dan boleh mengubah proses pemulihan seseorang pesakit,” ujar beliau.

Ads

Menurutnya, pengalaman klinikal yang dimiliki pasukan hospital turut digunakan untuk membantu masyarakat memahami tahap kecederaan dengan lebih baik.

“Pasukan kami di Pantai Hospital Melaka melihat pelbagai spektrum kes melecur, daripada kecederaan ringan hinggalah yang memerlukan rawatan pembedahan pakar.

“Dengan membawa kepakaran ini secara terus kepada komuniti seperti di Batu Pahat, ia membantu penduduk mengenalpasti sama ada sesuatu kecederaan melecur itu boleh dirawat di rumah atau sudah tiba masanya untuk mendapatkan rawatan perubatan lanjut,” jelasnya lagi.

Ads

Bukan Sekadar Rasa Sakit Pada Kulit

Kesan kecederaan melecur yang serius sebenarnya boleh melangkaui rasa sakit pada permukaan kulit.

Pakar Perunding Perubatan Kecemasan Pantai Hospital Melaka, Dr Teh Yong Hup, turut menerangkan bagaimana pesakit yang mengalami kecederaan melecur dinilai dan distabilkan dengan segera di Jabatan Kecemasan.

Perkongsian tersebut membantu masyarakat memahami perbezaan antara kecederaan yang mungkin boleh dikendalikan di rumah dengan situasi yang memerlukan perhatian perubatan.

Ads

Dalam kes lebih serius, kecederaan melecur juga boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan dan kualiti hidup seseorang.

Tangan Melecur Kena Minyak Panas, Segera Dapatkan Rawatan Untuk Elak Lebih Serius!
Pakar Perunding Pembedahan Plastik dan Rekonstruksi di Pantai Hospital Melaka, Dr Lee Shi Zhen

Pakar Perunding Pembedahan Plastik dan Rekonstruksi Pantai Hospital Melaka, Dr Lee Shi Zhen, berkongsi mengenai komplikasi seperti sepsis melecur, iaitu jangkitan kuman berisiko tinggi, selain masalah kontraktur atau pengecutan tisu kulit.

Keadaan sebegini menunjukkan mengapa rawatan tidak semestinya berakhir selepas luka mula sembuh. Rawatan susulan pakar turut memainkan peranan penting dalam proses pemulihan dan membantu pesakit mendapatkan semula fungsi serta kualiti hidup yang lebih baik.

Melalui kempen seperti ini, masyarakat bukan sahaja didedahkan kepada risiko kecederaan melecur, tetapi turut diberikan kefahaman tentang kepentingan bertindak dengan betul sejak peringkat awal serta mengetahui bila bantuan perubatan diperlukan.

Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain