Teh daun jambu batu bantu atasi influenza dan meningkatkan imun badan secara semula jadi. Kajian saintifik menunjukkan keberkesanan teh daun jambu batu ini malah lebih kuat berbanding teh hijau dalam melawan virus influenza. Ia sesuai diamalkan oleh seisi keluarga, terutama ketika musim wabak.
Keberkesanan Teh Daun Jambu Batu Melawan Influenza
Ketika ini, ramai ibu bapa bimbang apabila kes demam selesema dan influenza meningkat di kalangan murid sekolah. Sudah ada banyak kluster penularan, dan baru-baru ini, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dilaporkan maut akibat jangkitan ini. Sebagai langkah berjaga-jaga, ramai mencari alternatif semula jadi untuk tingkatkan sistem imun tubuh. Salah satunya ialah teh daun jambu batu yang terbukti berkesan melawan virus influenza A (H1N1).
Kajian Saintifik Khasiat Jambu Batu
Menurut Dr. Suri Roowi, yang juga Saintis Prinsipal satu kajian oleh saintis Jepun pada tahun 2012 mendapati bahawa teh daun jambu batu boleh merencatkan pertumbuhan tiga jenis virus H1N1. Kajian itu juga menunjukkan teh ini 3 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau dalam menghalang penyebaran virus influenza.
Cara Menyediakan Teh Daun Jambu Batu
Untuk mendapatkan manfaat penuh daripada teh daun jambu batu, berikut cara penyediaannya:
Ads
Ambil 20 gram daun jambu batu kering, sebaiknya pucuk muda.
Rendam dalam 1 liter air panas bersuhu 85°C selama 8 minit.
Tapis dan minum ketika suam.
Boleh tambahkan madu atau hirisan lemon untuk rasa lebih sedap.
Teh ini sesuai diminum setiap hari oleh seisi keluarga, terutama anak-anak sekolah yang mudah terdedah kepada jangkitan.
Ads
Kandungan Aktif Dalam Daun Jambu Batu
Kajian oleh saintis Sepanyol dalam Journal of Chemistry (2014) mendapati air ekstrak daun jambu batu mengandungi 48 jenis bahan aktif termasuk:
Procyanidin B – antioksidan kuat yang membantu melindungi sel badan.
Avicularin dan Guajaverin – menyokong sistem imun dan mempunyai kesan antiradang.
Catechin – dikenali dengan sifat antivirus dan meningkatkan daya tahan tubuh.
Amalan Harian
Minuman teh daun jambu batu bukan sahaja membantu melawan virus, tetapi juga memberi ketenangan kepada tubuh. Ia sesuai diminum ketika demam, batuk atau selesema. Walau bagaimanapun, ia bukan pengganti ubat. Jika simptom berpanjangan, dapatkan rawatan doktor segera.
Ads
Untuk hasil terbaik, gunakan daun jambu batu kampung yang bebas racun. Jika tiada daun kering, boleh jemur daun segar terlebih dahulu sebelum digunakan.
Nampak kecil saja di mulut tapi seksanya Tuhan saja yang tahu bila terkena ulser. Dalam masa menunggu ia sembuh seminggu dua ramai kalangan kita yang mencuba pelbagai petua untuk hilangkannya. Terutama bila ubat yang kita beli dari farmasi dilihat macam tak berkesan.
Paling seksa adalah petua letak garam pada ulser. Memang mengalir air mata menahan sakit tapi hairannya ramai yang sanggup melakukannya kerana cara ini dikatakan paling cepat menyembuhkan ulser.
Bagaimana pun kalau anda tak sanggup melakukan petua tersebut ada saja cara yang lebih selamat dan tak menyakitkan untuk meredakan masalah ulser dengan cepat. Bahan-bahannya boleh cari di rumah saja.
1. Madu
Sapu sedikit madu pada ulser atau campur dengan sedikit kunyit. Madu bersifat antimikrob yang dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut.
2. Berkumur dengan air kelapa
Berkumur dengan air kelapa kemudian sapukan sedikit minyak kelapa terus pada ulser. Minyak kelapa ialah pelembap semula jadi. Ia membantu mengekalkan kelembapan dan mencegah dehidrasi. Ia juga membantu mengurangkan parut dan mempercepatkan proses pertumbuhan tisu baru.
3. Aloe Vera
Sapu gel aloe vera pada ulser. Tumbuhan ini adalah sumber anti bakteria dan anti keradangan yang boleh membantu menghilangkan masalah ulser secara semula jadi. Kalau ulser terasa menyakitkan boleh sapukan gel aloe vera ini untuk menghilangkan rasa sakit hampir serta merta.
4. Uncang teh
Boleh juga gunakan uncang teh yang telah digunakan lalu ditekap ada ulser. Bahan beralkali yang ada dalam teh dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit akibat ulser.
5. Air garam
Kalau tak berani guna garam, boleh buat larutan air garam dan berkumur-kumur dengannya lebih kurang 30 saat. Yang ni takdelah sakit sangat. Lakukan 2 atau tiga kali sehari.
Info
Dapatkan rawatan doktor berhampiran jika ulser mulut berlanjutan dan tidak sembuh melebihi tiga minggu atau kerap berulang. Begitu juga jika ulser menjadi lebih menyakitkan dan berwarna merah bagi mengenal pasti sekiranya terdapat masalah lain.
Hampir setiap bulan akan ada sale di Shopee. Elok kalau kita ambil kesempatan ini beli barang-barang yang memudahkan kita di rumah. Murah pun murah.
Daripada beli barang entah apa apa kan, boleh ikut cadangan daripada Peah Ismail. Barang barang ini boleh membantu rumah jadi lebih kemas dan juga memudahkan kerja di rumah
Pusing-pusing nak cari ruang untuk letak kereta di kawasan parkir tidak bertar. Ternampak ada satu ruang banyak yang kosong. Kita pun masuk tanpa sedar rupanya kawasan itu berlumpur.
Bila dah jadi macam ini satu masalah nak keluarkan kereta. Kalau berdepan dengan situasi begini jangan panik, ada satu teknik yang boleh digunakan untuk keluarkan kereta yang tayarnya termasuk dalam lumpur atau tanah lembut.
Jika kereta tersangkut dalam lumpur
Kebiasaanya bila dah perasan tayar kereta tersangkut atau masuk dalam kawasan berlumpur kita akan terus tekan minyak dan pandu ke depan.
Cara ini salah ya. Jika dilakukan banyak kali ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Tayar mungkin akan tenggelam lebih dalam dan menyukarkan lagi untuk keluar.
Jadi apa yang perlu dilakukan. Menurut James Alatin bila tayar kereta termasuk dalam lumpur begini apa yang perlu dilakukan adalah bertenang.
Cara betul kena reverse
Cara betul untuk mengeluarkan tayar kereta dari lumpur ini adalah dengan menukar gear reverse dan tekan minyak secara perlahan-lahan. Cara ini barulah senang nak keluar.
Lagi satu cara yang boleh digunakan jika, cara di atas tidak berjaya adalah dengan menggunakan kayu atau batu untuk membantu meningkatkan cengkaman. Caranya dengan meletakkan kayu atau batu tadi pada tayar sebagai landasan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...