Foto: John Jamal via Facebook Pendawaian Elektrik Malaysia 2024

Masalah semut yang banyak dalam rumah memang memeningkan. Tambah pening bila semut ini suka pula duduk dalam soket.

Kenapa ya semut suka berkumpul di bahagian ini? Untuk yang mengalami masalah yang sama berikut adalah penjelasan Khairun Naim yang juga pengusaha syarikat pest control dalam akaun TikTok beliau berkenaan hal ini.

Dua sebab semut suka duduk dalam soket

Katanya ada dua sebab semut suka berada di bahagian soket ini. Pertama adalah untuk mencari perlindungan dan keduanya mencari sumber makanan.

Punca Semut Bersarang Dalam Soket & Tip Mengatasinya

IKLAN

“Laluan paling selamat di rumah untuk cari makanan adalah di plug point. Semut boleh masuk satu plug point dan keluar di tempat lain dalam rumah.

“Soket rumah ke bercantum ke seluruh rumah dan semut boleh keluar di dapur, dalam bilik. Mudah nak cari makanan da perlindungan. Lagipun laluan plug point ini terlindung jadi mudah dan selamat untuk semut,” terang beliau.

@khairunnaim4 Replying to @Harith.Pahan00 ♬ original sound – NAIM PEST CONTROL

Cara mengatasi

IKLAN

Untuk menghapuskan masalah semut ini kata Khairun Naim disarankan tidak menggunakan racun atau semburan yang bersifat air (water based). Bimbang jika disembur dengan bahan ini ia boleh menyebabkan ‘short’ hingga mengakibatkan perlu membuat pendawaian baru.

Sebaiknya untuk menghapuskan masalah semut dalam soket ini, gunakan racun semua jenis gel. Hanya perlu titiskan gel di beberapa tempat. Gel ini akan dimakan oleh semut dan kemudian pulang ke sarang dan mati seterusnya menghapuskan koloni semut lain.

IKLAN
Punca semut tertarik berada dalam soket dari segi saintifik

Dalam pada itu menurut penjelasan Public Health Malaysia dari sudut sains ada sebab mengapa semut tertarik untuk berada dalam soket.

Selain itu:  Kalau Dalam Rumah Banyak Semut, Buat Spray Homemade 3 Bahan Ini. Mudah & Lebih Selamat

Dikatakan semut memang tertarik pada gelombang elektrik. Apabila mereka hampir, renjatan elektrik akan membunuh semut tersebut secara serta merta lalu membebaskan sejenis bahan kimia pheromones. Bahan ini akan menarik lebih banyak semut untuk datang dan dalam masa yang sama lebih banyak semut akan mati!

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI