Stok cili kisar memang wajib ada dalam peti ais untuk memudahkan kerja memasak. Tapi masalah bila buat banyak cili kisar adalah, bila simpan dalam peti lebih seminggu akan muncullah kulat putih.

Sudahnya stok cili kisar yang masi banyak tadi terpaksa dibuang. Macam macam petua ada untuk elak tapi selalunya akan timbul juga. Tapi cara yang dikongsi Huda Zainal ini macam tak pernah dengar lagi jadi boleh dicubanya.

Katanya untuk elakkan cili kisar berkulat dia menggunakan kaedah yang dikongsi oleh Youtuber Melisa Maker. Caranya tak letak apa-apa pun cuma simpan cili kisar dalam botol/balang terbalik.

Tak perlu letak apa-apa cuma simpan dalam botol terbalik

Teknik Elak Kulat Putih Naik Pada Cili Kisar, Simpan Dalam Balang Terbalik

Semenjak kahwin memang tak pernah beli cili boh atau cili giling ready made. Ni sebab terinspirasi dengan ibu mertua.

IKLAN

Cuma masalah utama kalau dah buat stok banyak-banyak cili blend ni akan naik kulat putih bahagian atas. Bukan tak pernah cuba macam-macam petua. Blend dengan minyaklah, masuk bawang putihlah, letak asam kepinglah. Namun lebih daripada 3 minggu kulat putih tu tetap akan muncul.

Semenjak guna method Youtuber Melisa Maker ni. Alhamdulillah, lebih daripada sebulan pun langsung tak naik kulat.

Ini sebab kulat takkan timbul

Teknik ni Melisa Maker guna untuk simpan cheese dan yogurt. Sebab cheese dan yogurt pun akan muncul kulat bahagian atas.

IKLAN

Jadi terfikir untuk buat simpanan terbalik ni untuk cili blend. Sekarang dah nak hampir setahun guna teknik simpan terbalik ni. Bila terbalik, udara akan berada di atas. Ruang vakum akan terbentuk. Itulah punca kulat tak muncul.

Pastikan cari balang betul betul kedap

Cuma masalah nak simpan terbalik ni, memang kena cari balang yang betul-betul kedap supaya tak terkeluar atau meleleh air cili. Mula-mula dulu sebelum betul-betul nak pastikan penutup balang jenis kedap. Akan terbalikkan dalam bekas lain dulu.

IKLAN
Selain itu:  Teknik Betul Picit Jerawat Supaya Tak Tinggalkan Parut

Teknik Elak Kulat Putih Naik Pada Cili Kisar, Simpan Dalam Balang Terbalik

Kalau ada air meleleh keluar maknanya, penutup tu tak cukup kedap. Sekurang-kurangnya dia meleleh atau terkeluar pun dalam bekas. Tak lah jenuh kita nak mengelap satu peti ais kan?

Saya guna balang kaca paste tomyam Thai aje. Alhamdulillah elok kedap tak meleleh air cili blend tu. Dah lebih setahun saya buat teknik ni.

Sumber: Huda Zainal

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI