Teknik Hasilkan Teh Tarik Yang Sedap, Berlemak, Manis Secukup Rasa

Share

 

Teh tarik memang jadi minuman kegemaran ramai. Nampak macam senang buat di rumah  nak hasilkan teh tarik yang sedap macam kat kedai mamak kena tau teknik yang betul.

Barulah teh tarik sedap terasa manis dan lemak. Hmmm… sedapnya!

Bagi yang terasa nak buat teh tarik sendiri tapi nak sedap lemak berkrim boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Nurdeanna Affendi

Resipi ini untuk hidangan 10 orang, cukup untuk sekeluarga. Petuanya kalau nak teh tarik rasa sedap kena masak dalam periuk dan tambah garam. Confirm rasanya kaw-kaw terangkat.

Selain itu kena tambah sedikit garam yang berfungsi untuk menjadikan teh tarik rasa lebih berlemak.

Bahan-bahan:

Sediakan periuk
3 liter air
5 sudu besar serbuk teh
5 undang teh (Cap 888, teh wangi)
2 tin susu pekat (ikut manis yang diingini)
1 tin susu cair
1 sudu kecil garam halus

Cara-caranya:

1. Panaskan air dalam periuk, biar hingga menggelegak.
2. Masukkan teh dan kacau. Biar 5 minit.
3. Selepas itu masukkan semua susu dan garam. Kacau.
4. Biarkan selama 5 minit kemudian rasa teh hingga dapat manis dan lemak yang diingini. Tambah mana yang belum cukup. Siap!

 

IKLAN