Teknik Rimbunkan Pokok Fiddle Fig, Kena Potong Batang Bahagian Ini

Share

Pokok fiddle fig atau dikenali juga sebagai fiddle leaf fig ini memang banyak ditanam sebagai pokok hiasan di luar rumah. Daunnya agak lebar dan kelihatan seperti daun pokok ketapang.

Pokok Fiddle fig boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian lima meter. Bila dah tinggi, daun lebar dan rimbun memang cantik. Namun begitu untuk memastikan pokok fiddle fig ini rimbun ada teknik yang perlu dipraktikkan.

Kaedahnya pokok ini perlu dipotong pada batang bahagian atas, jangan sayang. Caranya dikongsi oleh Syafiq Roslan.

Cara rimbunkan pokok fiddle fig

Saya nak kongsikan sedikit tip untuk rimbunkan pokok fiddle fig masing-masing ya. Haritu ramai yang tanya tips untuk rimbunkan pokok ni.

Sebenarnya mudah sangat nak rimbunkan pokok fiddle fig ni. Caranya;

– Hanya potong bahagian batang yang atas

– Dari 1 batang nanti ada yang bercabang ke 3 dahan dan 4 empat dahan baru.

– Yang penting kalau nak potong, potong di bahagian internode. Rujuk gambar di bawah.

– Hasil keratan batang yang dipotong tu boleh la rendam terus dengan air untuk propagate. Kalau nak cucuk terus tanah pun boleh untuk propagate.

Selamat mencuba.

Sumber: Syafiq Roslan

Kalau baru nak tanam, boleh beli terus anak pokok di SINI ya.

IKLAN