Pokok fiddle fig atau dikenali juga sebagai fiddle leaf fig ini memang banyak ditanam sebagai pokok hiasan di luar rumah. Daunnya agak lebar dan kelihatan seperti daun pokok ketapang.
Pokok Fiddle fig boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian lima meter. Bila dah tinggi, daun lebar dan rimbun memang cantik. Namun begitu untuk memastikan pokok fiddle fig ini rimbun ada teknik yang perlu dipraktikkan.
Kaedahnya pokok ini perlu dipotong pada batang bahagian atas, jangan sayang. Caranya dikongsi oleh Syafiq Roslan.
Cara rimbunkan pokok fiddle fig
Saya nak kongsikan sedikit tip untuk rimbunkan pokok fiddle fig masing-masing ya. Haritu ramai yang tanya tips untuk rimbunkan pokok ni.
Ads
Sebenarnya mudah sangat nak rimbunkan pokok fiddle fig ni. Caranya;
– Hanya potong bahagian batang yang atas
– Dari 1 batang nanti ada yang bercabang ke 3 dahan dan 4 empat dahan baru.
Ads
– Yang penting kalau nak potong, potong di bahagian internode. Rujuk gambar di bawah.
– Hasil keratan batang yang dipotong tu boleh la rendam terus dengan air untuk propagate. Kalau nak cucuk terus tanah pun boleh untuk propagate.
Memang kerusi ini old style tapi jangan sesekali buang ya. Rugi, sebab kerusi ini kalau diubah suai memang akan nampak moden dan menyerlah.
Contohnya macam yang dilakukan oleh Ros Diana ini yang sanggup mencari dan membeli kerusi ini untuk diubah suai. Menariknya makeover ini boleh dibuat sendiri.
Kalau di rumah ada kerusi kayu begini, boleh cuba perkara yang sama ikut perkongsian Ros Diana.
DIY makeover kerusi kayu lama
Kerusi ini 100 peratus hasil kerja tangan saya tanpa bantuan suami. Beli kerusi ini pada harga RM200, saya tambah lagi RM50 kerana kesudiaan dia untuk jual. Kerusi ini set banyak 3+1+1+1+1. Ini keadaan kerusi asal.
2. Proses sebelum cat, gosok dulu.
3. Kemudian cat, warna coklat dan bila siap tambah gold leaf di beberapa bahagian untuk kesan menyerlah.
4. Untuk kusyen, saya guna kusyen yang asal. Cuma bahagian belakang ditambah dengan papan plywood supaya lebih kukuh. Kemudian kusyen alas dengan karpet nipis sebelum balut dengan kain jenis velvet. Boleh guna stapler besar untuk proses ini.
5. Untuk buat butang di kusyen sandar, tebuk kusyen dan papan kemudian masukkan butang yang diikat dengan tali butang. Tarik kuat supaya nampak kemas kemudian stapler. Inilah hasilnya bila dah siap.
Cara buat one pot nasi ayam, ayam dan nasi masak sekali.
Teringin nak makan nasi ayam tapi bila ingat nak kena masak banyak langkah nak buat terus tak jadi. Kalau macam tu perasaannya boleh ikut cara masak nasi ayam super senang perkongsian Khairul Abdullah. Sekali masak terus siap nasi dan lauk! Masak nasi dan ayam sekali saja dalam satu periuk.
Kata Khairul kaedah one pot nasi ayam ini memang mudah, yang baru belajar menu ini pun confirm boleh buat dan rasanya pun super sedap! Nak cuba? Ini caranya.
Cara buat one pot nasi ayam
Bahan-bahan untuk nasi dan lauk
1 ekor ayam saiz kecil – dibersihkan dan potong 4 atau 8 dan perap dengan sedikit garam. Trim bahagian kulit berlemak dan potong kecil-kecil biar dapat dalam 2 sudu.
2 pot beras – tak kisah beras apa pun. Cuci dan toskan.
4 ulas bawang putih -dihiris nipis
1 inci halia dihiris nipis
1 helai daun pandan -dicarik dan disimpul mati
2 pokok daun bawang.
50gm butter/marjerin.
1 sudu besar minyak bijan.
Cara masak
1. Bahagian ayam macam tulang, kaki dan yang tak berapa kita gemar boleh direbus, masukkan stok/kiub pati ayam dan sepokok daun bawang. Rebus sampai lembut elok dan ketepikan.
2. Panaskan butter dan minyak bijan kemudian goreng lemak ayam sampai keperangan dan masukkan bawang putih halia dan daun pandan lalu goreng lagi sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan baki daun bawang yang dah dipotong lalu kacau sekejap dan terus masukkan beras dan kacau sebati. Masukkan air rebusan ayam tadi dan sukatan ikut jenis beras kita guna. Masukkan sedikit garam atau boleh jika nak masukkan 1-2 sudu pati ayam dan kacau sebati.
4. Jika nak masak dalam periuk elektrik maka bolehlah pindahkan sekarang. Kemudian susun ayam di bahagian atas elok-elok. Tekan on. Kalau masak periuk biasa, perlahankan api dan tutup periuk. Biar masak.
Siap dah.
Kalau tak suka ayam putih lembap begitu boleh keluarkan dari periuk, buang sisa nasi yang melekat dan goreng dengan api yang kuat sekejap sahaja sampai nampak garing dan rangup. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.
Cara buat sambal
Masukkan 2 biji cili merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 biji tomato, perahan limau dan juga sedikit air rebusan ayam dan blend. Siap.
Cara buat kicap
Goreng 2 ulas bawang putih dan sedikit halia guna minyak bijan sehingga keperangan. Angkat dan masukkan dalam mangkuk. Tambah sos tiram, kicap, sedikit gula, sedikit air rebusan ayam lalu kacau sebati. Siap.
Ceduk nasi, potong ayam dan hidangkanlah dengan hirisan timun, tomato daun bawang dan daun ketumbar. Nasi tu kalau makan saja pun sedap dah.
Ulam selom antara yang digemari ramai. Ia juga antara tanaman yang selalu ditanam di rumah.
Tapi tak ramai yang berjaya menanamnya. Letak dalam pasu, atas tanah tapi hasilnya macam hidup segan mati tak mahu.
Kalau dah cuba beberapa kali tapi tak berjaya boleh ikut pula cara penanaman selom dalam besen seperti dikongsi oleh Dumang Dullah ini.
Asyik gagal tapi lepas tanam selom dalam besen baru menjadi!
Selom antara tanaman yang sukar saya tanam. Saya tanam di tanah, hidup segan mati tak mahu(terbantut). Kemudian cuba tanam dalam pasu, hasilnya pun sama.
Seterusnya tanam pula dalam botol air mineral, diberi air + sedikit cocopeat pun tak subur. Akhirnya saya lihat perkongsian tanam selom dalam besen dan cuba. Nampaknya menjadi dan hidup subur!
Caranya;
1. Cambahkan selom menggunakan keratan batang. Boleh beli saja ulam selom di pasar. Kerat batang dan rendam hingga keluar akarnya.
Foto: Facebook Masadah Sajadi
2. Kemudian boleh tanam keratan yang berakar ini dalam besen. Caranya buat lubang tapi bukan di bawah besen sebaliknya di bahagian tepi.
3. Masukkan tanah kemudian tanam keratan selom.
4. Selom akan hidup subur pada tanah yang lembap. Pastikan siram setiap hari. Jangan lupa letak baja supaya subur, boleh siram dengan air beras
5. Jika selom sudah matang, cuma kerat tak perlu cabut akar supaya bercambah lagi.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...