Melihat perkongsian Dapur Pak San yang berkilat macam baru ini ramai yang tertanya-tanya apa tip yang digunakan.
Sebab biasanya dapur di rumah jarang bersih begini, pasti akan ada kesan minyak hitam yang melekit selain sisa sisa masakan yang melekat di celah dapur.
Supaya dapur di rumah kita pun bersih begini, ini tip yang dikongsi oleh Dapur Pak San.
Ramai bertanya dan nak tahu cara untuk kilatkan dapur seperti baru. Ini caranya;
1. Tabur baking soda dan garam atas dapur.
2. Kemudian sabun cecair cuci pinggan. Lumur seluruh bahagian dapur supaya bahan tadi kena semua tempat.
3. Selepas sapu rata, tutup bahagian dapur yang dilumur tadi guna tisu dapur.
4. Kemudian tuang cuka, pastikan cuka meresap dan basah. Biarkan dalam 1 jam, selepas itu buka dan gosok guna besi pengosok periuk. Insya-Allah kotoran degil atas dapur senang bersih.
5. Nak bersihkan belakang kuali dan periuk pun boleh gunakan cara yang sama.
Kalau saluran air atau singki di rumah tersumbat memang buat kaum ibu stres. Kadang-kadang dah guna bermacam cara dari pam, tuang soda, cecair untuk singki tersumbat, dan air panas tapi tak juga berkesan. Nak panggil plumber faham-faham sajalah cajnya mungkin RM250.
Satu lagi alternatif yang boleh dilakukan adalah menggunakan dawai untuk masalah saluran air tersumbat ini. Tip ini dikongsi oleh Ben Safwan.
Kemahiran ini mungkin berguna pada yang belum tahu, ibu tunggal, pasangan berjauhan atau sesiapa sahaja yang belum ada pengalaman.
Kalau saluran paip tersumbat, ini langkah awal boleh dibuat sebelum anda panggil tukang sebenar. Jangan sesekali jolok dengan batang penyapu, benda keras atau tajam pada saluran air. Nanti pecah, banyak kerja dan kos tinggi.
Pergi hardware/Mr DIY cakap nak dawai spring bagi salur air tersumbat. Ada 3 meter dan 5 meter. Saya pilih yang 5 meter tapi potong spring depan yang lembut sebab susah nk masuk ke saluran. Tinggalkan sikit yang lembut lebih kurang sejengkal.
Jolok hingga masuk ke saluran. Guna lah 3-4 cara agar dia masuk. Dah masuk, putar wayar. Alat ini datang sekali dengan pemutar manual. Saya pakai drill. Baru puas hati wayar berbelit menangkap punca tersumbat.
Saya kepitkan hujung dia dengan chuck drill dan ketatkan. Tapi ianya sesuai untuk saluran yang jenis lurus ya untuk digunakan bersama drill.
Kalau tak yakin/tak nampak saluran air macam mana, putar manual pakai tangan. Putar je sampai air mula mengalir. Putar sampai puas hati dan secukup rasa.
Dah tengok laju,cuba curahkan air sebaldi besar tengok kelajuan turun.
Dah ok, tarik wayar naik. Siap.
Satu tip berguna jaga saluran singki dapur seminggu sekali jirus air panas ke singki dapur untuk elak lemak makanan bergumpal.
Dengan cara pemakanan kebanyakan wanita sekarang yang tidak dijaga selain gaya hidup tidak sihat, wanita turut berisiko dengan serangan jantung.
Bagaimana pun kesedaran terhadap ancaman penyakit jantung kalangan wanita ini kurang kerana kita lebih prihatin dengan masalah kanser payu dara dan kanser pangkal rahim yang sangat membimbangkan ketika ini.
Walaupun serangan jantung lebih banyak berlaku kalangan wanita berusia 65 tahun ke atas namun ancaman sakit jantung koronori kalangan wanita muda tidak boleh dipandang ringan.
Makanan tinggi kalori, lemak, gula dan tidak bersenam yang menjadi gaya hidup sebahagian besar kita mendekatkan kaum wanita dengan masalah serangan jantung.
Oleh itu adalah penting untuk kaum wanita sedar tentang tanda-tanda serangan jantung ini tambah lagi simptom serangan jantung pada wanita berbeza dengan lelaki.
Tanda ini mungkin mengelirukan kerana kebiasaannya simptom serangan jantung berkait dengan sakit di dada atau di bahagian lengan kiri bukan pada leher dan rahang.
Sakit di bahagian ini mungkin datang secara tiba-tiba dan sangat tidak menyelesakan. Ia boleh menyebabkan anda terbangun di tengah malam jika mengalaminya.
Beberapa kes serangan jantung, wanita mengalami rasa sakit perut yang amat. Seperti ditekan oleh sesuatu yang berat.
Peluh pada waktu sejuk memang tanda biasa wanita yang mengalami serangan jantung. Ia lebih terasa seperti berpeluh kerana stres bukan seperti kita berpeluh kerana bersenam atau berada di persekitaran panas.
Nafas pendek atau cepat tercungap seperti baru lepas berlari walaupun sebenarnya anda hanya duduk, tidak berbuat apa-apa.
Walau pun sudah berehat, rasa letih tetap dirasai. Rasa letih walaupun hanya berjalan ke bilik air.
Sakit dada, rasa panas dan tekanan di bahagian dada adalah simpton serangan jantung tak kira lelaki atau wanita. Akan tetapi ada pesakit yang mengalami simptom sakit bukan di bahagian dada belah kiri tapi keseluruhan.
Jika ia tidak reda selama beberapa minit, ada baiknya segera ke hospital atau klinik
Nota: Simptom ini turut mengambil kira kekerapan simptom ini berlaku. Dapatkan pemeriksaan jika kerap merasainya.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...