‘Terima Kasih Kerana Ada Bersama Saya Dari Saya Pakai Iswara’

Share

 

“Hari ni tarikh yg saya tak akan lupa, sebab ia sama dgn hantaran nikah kami , 9/10/90 sempena dgn kelahiran isteri tercinta! Terima kasih kerana sentiasa ada dgn saya dari saya pakai Iswara.”

Hanya sebaris ayat namun cukup menggambarkan kesetiaan seorang isteri buat suaminya. Demikian ucapan Hairul Azreen buat isteri tercinta yang menyambut hari lahirnya beberapa hari lalu yang dicatat dalam instagram miliknya.

“Terima kasih sebab jaga makan diet saya, terima kasih jadi ibu yang baik untuk Yusuf, nak tulis panjang-panjang malu ?
Selamat hari lahir my love,”ungkapnya lagi.

Bukan lahir dari keluarga senang

Status ini menarik perhatian netizen kerana ramai yang tahu latar belakang Hairul Azreen sebelum mendirikan rumah tangga.

Bukan lahir dari keluarga orang senang malah pernah menjadi budak rempit namun rezeki dipertemukan dengan Hanis Zalikha dan jodoh dengan wanita ini banyak mengubah diri pelakon yang pernah menyertai program Fear factor ini.

Perkara itu tidak segan untuk diakui oleh Hairul sebelum ini.

“Saya dahulu budak rempit, orang susah tetapi saya ada cita-cita besar dalam hidup saya dan ia tidak akan datang bergolek jika tiada usaha.

“Alhamdulillah sebelum berkahwin lagi kehidupan saya sudah berubah dan sejak memenangi pertandingan Fear Factor beberapa tahun dahulu ia turut membuka mata saya.

“Wang hasil kemenangan itulah saya gunakan untuk memulakan perniagaan bersama Hanis ketika itu dan Alhamdulillah berkat usaha dan rezeki daripada Allah ia menjadi,” katanya memetik laporan daripada Mstar online.

Isteri tulang belakang kejayaan

Hairul mengakui isterinya adalah tulang belakang kepada kejayaannya pada hari ini kerana pengetahuan Hanis dalam bidang perniagaan banyak membantunya dalam membuat keputusan tepat.

“Perniagaan pertama saya pun saya bangunkan bersama Hanis dan ketika itu memang saya tiada ilmu dan pengalaman tetapi isteri saya banyak membantu ketika itu memandangkan dia mempunyai ijazah dalam bidang perniagaan.

“Kami berdua bermula dari bawah untuk sampai ke tahap sekarang dan Alhamdulillah rezeki saya selepas berkahwin dan mempunyai anak semakin murah,” jelasnya.

Tak kekok hargai isteri

Bagi Hanis pula, biar empunya diri tidak pernah memberi komen namun luahan Hairul Azreen sudah cukup menggambarkan segala-galanya.

Dia penyokong setia lelaki ini dari awal hingga sekarang. Daripada Hairul tiada apa hingga murah rezeki, dia ada di sisi.

Cinta nan tulus mungkin kata-kata yang tepat untuk Hanis Zalikha buat suami tercinta dan Hairul juga tidak kekok untuk menghargainya.

Sumber:  hairulazreen

 

 

IKLAN