Ada tanah di kampung dan teringin nak buat rumah idaman di sana, bajet pun dah ada sikit. Cuma masalah sekarang tak tahu macam mana nak mula.

Bagi yang ada hasrat nak buat rumah sendiri atas tanah kosong, boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Azari Mat Yasir melalui Facebook Tukang Apa Hari Ini

Asas jika nak bina rumah idaman di tanah kosong

ASAS ORENTASI RUMAH (untuk newbies)

Antara soalan popular di grup Tukang Apa Hari Ini ialah “Macamana nak mula design rumah sendiri di atas tanah kosong?”. Respon tipikal biasanya terdiri dari “Berapa bajet?” dan “Area mana?”, termasuklah “Ini contact saya, bila2 ready, ONZ”.

Aku tahu kemusykilan yang timbul di kalangan bakal pemilik rumah biasanya berkisar pada “adakah aku membuat keputusan yang betul?”. Jadi kat sini saya kongsikan antara perkara asas yang seorang arkitek akan bantu ketika merekabentuk rumah idaman anda – menentukan orientasi (arah/hala) rumah anda.

1. MATAHARI

Kalau kat negara negara di hemisfera utara/selatan, mereka memang gemar mengadap matahari. Ini kerana iklim mereka yang sejuk dan mendapat matahari terik pada musim panas sahaja. Tapi kita di khatulistiwa, kalau boleh nak lari dari matahari ni.

Rumah yang mengadap matahari terbenam akan terlajak panas. Walaupun kita hadang dengan dinding, nanti dinding tu sendiri menyerap haba dan menjadi radiator pada waktu malam. Tu pasal kekadang rumah kita bahang sampai ke tengah malam (walaupun semuorang solat tak pernah tinggal ).

Teringin Bina Rumah Idaman Atas Tanah Sendiri, Ini 5 Perkara Asas Kena Tahu

2. JALAN MASUK

Ini dah jadi kebiasaan orang Malaysia, rumah mesti nak mengadap jalan masuk. Padahal ini bukan amalan tradisi kita. Banyak rumah rumah kampung sebenarnya tak mengadap jalan masuk pun. Habis, dari mana datang pesen ni?

Selain itu:  Mudah Sangat Buat Asam Pedas Cara Pantai Timur, Guna Ikan Kerisi Lagi Sedap

Dari kebiasaan melihat rumah teres. Semua rumah teres memang mengadap jalan. Ini untuk membolehkan developer memaksimumkan ruang yang ada untuk menjual seberapa banyak unit rumah pada tanah yang ada. Jadi susunan yang efisien bermakna rumah kita mengadap jalan, dengan pintu pagar dan porch tercatuk di depan rumah.

IKLAN

Soalan saya: Seronok ke duduk rumah mengadap kereta? Kenapa tak mengadap laman atau pemandangan yang cantik?

Jadi bila kita design rumah sendiri di atas tanah kosong dan lapang, fikirkan aspek ini. Kita tak perlu mengadap jalan raya!

Teringin Bina Rumah Idaman Atas Tanah Sendiri, Ini 5 Perkara Asas Kena Tahu

3. KONTEKS

Bila buat rumah, jangan tengok pelan sahaja. Arkitek memang dah fasih dan faham tentang ‘respon kepada konteks’. Tapi ia jarang dibincangkan dengan klien, hinggakan ia kerap dianggap sebagai ‘specialised, elitist knowledge’. Benda ni simple aje sebenarnya.

Cuba fikir, bila bangun pagi dan bukak tingkap, kita nak mengadap apa sebenarnya? Pemandangan bukit bukau berbalam balam, atau bas sekolah kepunyaan jiran yang tengah panaskan enjin dengan asap berkepul-kepul?

Bila kita ada tanah, lihat sekelilingnya. Kalau boleh duduk (berkhemah) di tanah tu seminggu, perhatikan apa yang berlaku di sekelilingnya. Pastikan tak ada silau dari bangunan jiran dan elakkan design yang membolehkan jiran menjenguk ke dalam rumah kita dari balkoni dia (kecuali kalau korang memang suka, yang tu tak nak campur hahah)

IKLAN

Teringin Bina Rumah Idaman Atas Tanah Sendiri, Ini 5 Perkara Asas Kena Tahu

4. AGAMA / SPIRITUALITI

Ini pun penting juga. Ada orang bermati-matian nak rumah dia mengadap kiblat. Sebenarnya tak wajib mengadap kiblat, cuma ia memudahkan nak berjemaah kalau ruang tu selari dengan kiblat. Bukan seluruh rumah kena hadap kiblat, cukuplah satu dinding/ruang yang selari atau serenjang dengan kiblat. Islam itu mudah.

Begitu juga dengan aspek aspek lain. Ada orang percaya dengan Feng Shui. Aku tak percaya, tapi aku tahu macamana nak design dengan Feng Shui. Kenapa aku belajar Feng Shui? Pasal kalau rumah tu ikut/mesra Feng Shui, boleh jual lagi mahal maaa.

Selain itu:  Teknik Mudah Buang Kulit Ikan Cencaru Supaya Isi Ikan Tak Tercabut
5. PEMANDANGAN

Ini tak payah cerita banyak. Kalau tanah kau mengadap tasik, maka itulah orientasi rumah kau. Tak kiralah ia membelakangkan jalan ke, rumah jiran ke, balai polis dan sebagainya, pemandangan yang indah tak dapat dinikmati oleh semua orang.

Sekurang-kurangnya, di masa akan datang boleh dijadikan homestay dengan ciri-ciri yang menarik! Tapi tolong bincang dengan arkitek untuk memanfaatkan pemandangan yang cantik. Membuat balkoni supaya boleh jenguk awek rumah sebelah TAK KIRA!

IKLAN

Teringin Bina Rumah Idaman Atas Tanah Sendiri, Ini 5 Perkara Asas Kena Tahu

YANG MANA LEBIH PENTING?

Ini soalan yang anda kena tanya pada diri sendiri. Bukan semua ini sama penting, dan bukan semua orang mempunyai kehendak yang sama. Malah, tanah tanah yang ada ni pun berbeza-beza kehendaknya.

Di sini, perbincangan dengan arkitek amat penting untuk memanfaatkan tanah yang ada. Beritahu dia apa yang penting untuk anda, apa yang tak perlu ditekankan. Nanti pandailah dia design beberapa cadangan untuk kita pilih.

Teringin Bina Rumah Idaman Atas Tanah Sendiri, Ini 5 Perkara Asas Kena Tahu

Rumah yang kita bina bukan untuk duduk 2-3 tahun. Rancanglah 20-30 tahun akan datang. Arkitek boleh design semua tu, itu memang kepakaran arkitek. Semua dah termasuk dalam fi haha!

Sebenarnya ada banyak tugas arkitek ni, tapi ini secebis sahaja. Banyak lagi aspek design yang perlu dititik-beratkan. Contohnya, rekaletak bangunan, susunatur ruang, kemudahan sirkulasi, pencahayaan, pengudaraan, keselesaan termal, jangkahayat penggunaan bangunan, keselamatan dan macam-macam lagi.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh pemilik tanah yang bakal membina rumah satu hari nanti.

Sumber: Azari Mat Yasir

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI