
Walau tahu kewajipan membayar zakat tapi sering kali ia tertunda kerana alasan sibuk, tak sempat ke kaunter cawangan zakat untuk membuat bayaran.
Sudahnya dari sehari jadi setahun hingga akhirnya langsung tidak dilakukan sedangkan sudah wajib membayarnya.
Faham akan masalah ini, Zakat Selangor mengambil inisiatif memudahkan orang ramai menunaikan zakat mereka sebelum berakhir tahun 2018.
Termasuk cuti umum
Untuk sepanjang bulan Disember ini, semua 27 cawangan Zakat Selangor dibuka tujuh hari seminggu termasuk pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Waktu operasi seluruh cawangan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja. Pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum, cawangan Zakat Selangor dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.
Waktu operasi turut dilanjutkan sehingga jam 8 malam bermula 28 hingga 31 Disember.
Dah bayar ada peluang dapat hadiah bernilai RM1,000
Selain taksiran zakat harta, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan runding cara zakat, bayaran zakat serta melaksanakan urusan permohonan agihan zakat.
Cawangan Zakat Selangor turut menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat menerusi kad kredit Islamik dan kad debit.
Lebih menarik semua pengeluar zakat melalui 27 Cawangan Zakat Selangor ini berpeluang memenangi hadiah istimewa melalui e-cabutan iaitu sebuah tablet, sebuah telefon pintar dan hadiah saguhati iaitu kad Touch & Go. Peluang ini hanya dibuka di bulan Disember ini sahaja.
Ambillah peluang menunaikan zakat sebelum 31 Disember untuk layak rebat cukai pendapatan.

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Kebun Sayur Guna Kotak Polisterin Terpakai Tetap Menjadi & Subur, Macam-Macam Sayur Boleh Tanam

Menggunakan bahan terpakai di rumah iaitu kotak polisterin wanita ini menjadikannya sebagai tapak untuk kebun sayurnya.
Macam-macam ditanam oleh Suriani Lin Mat Din dalam kotak tersebut, kailan, sawi, bayam, salad, cili dan pelbagai lagi untuk makanan sekeluarga. Memang teruja melihat sayur-sayurnya yang subur.
Cara penanaman ini kata Suriani sudah hampir tiga tahun dipraktikkan. Ujarnya jika kotak polisterin tidak bocor, ia akan dijadikan untuk penanaman hidroponik. Sekiranya bocor, kotaknya akan jadi tempat penanaman sayur yang mudah dijaga.
Ini hasil tanaman dalam kotak polisterin terpakai yang diusahakan beliau.




Tanam sayur kaedah hidroponik guna bahan kitar semula
Dalam pada itu Suriani juga turut menunjukkan cara menanam sayur menggunakan bahan kitar semula yang dipraktikkan.

1. Bahannya kotak polisterin bersama penutupnya, botol air, dan tali mop.
2. Potong dua botol, ambil bahagian atas dan tebuk lubang pada penutup.
3. Buat lubang pada penutup kotak polisterin kemudian letak botol yang ditebuk tadi secara terbalik. Letak tali mop melalui lubang penutup botol dan simpul supaya tak melurut nanti. Nanti akar sayur akar tumbuh melaluinya.

4. Kemudian boleh isi dengan sedikit cocopeat. Setelah itu tanam anak benih sayur.
5. Isikan air baja AB dalam takungan dan sayur tadi di atasnya (yang ini saya gunakan tray terpakai sebagai takungan). Pastikan bancuhan baja ikut arahan yang diberikan. Guna air paip yang ditakung semalaman, air hujan atau air yang ditapis untuk membancuh baja AB.
6. Tambah air baja bila dah tinggal separuh. Letak set ini di tempat yang teduh, contoh tepi rumah. Elak terkena hujan (tempias tak mengapa) supaya air baja tak melimpah.
Boleh lihat perkembangan pokok salad yang ditanam guna kaedah ini.
Selepas 10 hari

Selepas 16 hari

Selepas 30 hari

Sebelum ini menggunakan cawan plastik


Hasilnya semua subur-subur belaka.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Suriani Lin Mat Din
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Hantaran Kahwin Beg Tangan, Kasut, Jam Dah Ketinggalan Zaman Walaupun Jenama Mahal! Lelaki Ini Minta Bakal Pengantin Ubah Minda Beli Hantaran Barang Keperluan!

Bila sebut saja tentang hantaran kahwin, kita semua pasti akan teringat persalinan baju, kasut, beg, jam yang kebanyakannya barang berjenama.
Maklumlah nak dijadikan hantaran, tetamu yang datang akan menilik jadi kenalah barang yang elok dan hebat sikit. Takdelah yang mengecam.
Tapi menurut penulis buku kewangan Azizul Azli Ahmad hantaran sebegini walaupun mahal tapi sebenarnya sudah pun ketinggalan zaman, bukan trend terkini. Pengantin yang masih menyediakan barangan ini ternyata tak ‘up to date.’
Kenapa? Sebab menurut Azizul semua barang ini adalah barang kehendak. Hantaran kahwin terkini yang sepatutnya disediakan bakal pengantin adalah barang keperluan lepas kahwin!
Ada 10 poin menarik beliau kongsi yang bermanfaat untuk bakal pengantin.
Gubahan hantaran terkini
Jika kita masih buat hantaran kahwin beg tangan, kasut, kek, jam tangan kita dah ketinggalan zaman.
Ini zaman ahmad maslan, hantaran mesti ikut keperluan.
1. Jika nak buat hantaran, mintak pihak pengantin beli barang keperluan. Bukan barang kehendak.
2. Jam tangan Tag Heuer, beg tangan Gucci, pewanggi CK, kasut LV, hp iphone X itu semua adalah kehendak dik bukan keperluan !
3. Itu semua bukan keperluan dalam berumah tangga, beg tangan gucci bukan boleh bantu masak sedap waktu perut sedang lapar.

Beli barang keperluan
4. Mesin basuh, periuk nasik, peti sejuk, seterika baju, tong gas antara keperluan lepas kahwin dik.
5. Tilam Vono atau tilam kawin juga keperluan pengantin, tak ada katil pun tak mengapa. Janji ada tilam dan bantal. Tengah manis nie tidur kat dapur pun tak mengapa.
6. “Takkan nak letak peti sejuk dalam dulang”?. Soalan dari makcik bawang!. Pegilah Seng Heng dan jadikanlah peti sejuk dalam bentuk voucer. Letak gambaq cantik dan pakaikan reben warna warni.
7. “Ishhhh…. Nanti orang gelakkan kita, tak pernah orang buat pun”. Nak bagi orang gelak atau nak hidup bahagia lepas kahwin dik?
8. “Ishhhh… Nanti takdelah gambaq cantik cantik nak upload kat insta”. Hidup kita bukan untuk berkongsi semua benda dengan orang dik, simpan sikit rasa riak tu dalam dalam!
9. Zaman ini zaman keperluan, bukan zaman letak buah plastik dalam dulang lagi dik. Kalau nak habiskan duit buat hantaran, sediakan barang keperluan bukan barang yang orang bangga ambil gambar letak dalam instagram.
10. Jangan kata abang tak payung dik, abang nak adik jadi pengantin bijak dan hebat.
Kalau nak hebat lagi, buatlah replika kunci rumah yang dah beli. Tulis ditengah kunci nama pengantin, “u telah berjaya bukakan pintu hati i”. Jadikan hantaran pengantin baru nanti.
Ha amacam? Betul tak cakap cik Azizul ni? So lepas ni bakal pengantin kena ubah minda bab barang hantaran. Sediakan barang yang memang perlu kita guna selepas kahwin. Usah beli untuk tampak mewah dan menunjuk-nunjuk ok!
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
‘Dianggap Gila Kerana Ambil Foto Tepi Kubur Ayah & Ibu, Tapi Itulah Saja Yang Saya Ada’

Memuat naik kisah sedih malah pernah dianggap gila selepas bergelar yatim piatu dalam Twitter, perkongsian gadis bernama El ini pantas mendapat perhatian daripada netizen.
Tinggal di rumah anak yatim dan berjuang untuk meneruskan pengajian, apa yang dilalui oleh gadis ini untuk kelangsungan hidup seharusnya dijadikan pengajaran buat anak muda masa kini.
Dihantar ke rumah anak yatim
Hello everyone ❤ Assalamualaikum.
Alright, itu memang kedua ibu bapa kandung saya. Mama dan Ayah saya. They passed away few years ago.
Saya anak tunggal. cuma ada seorang kakak tiri (anak mama dengan suami pertama, manakala saya anak mama dengan suami kedua). lepas 4 bulan..
Pakcik saya hantar saya ke rumah anak yatim di Ampangan, Seremban. Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan menjadi rumah baru untuk saya tinggal.

Pakcik saya janji untuk ambil saya balik bila saya cecah umur 12 tahun. Saya tunggu. Tapi, saya jadi penunggu. Tahun pertama, kedua dan akhirnya saya mula biasa tak pulang ke kampung. saya tinggal je dekat orphanage tu even kawan kawan lain balik bercuti. Alhamdulillah Allah.
Owner orphanage tu pun kami panggil Mama Ayah. Mula mula saya tak biasa. hampir toreh tangan saya sendiri sebab tertekan. saya rindu mereka.
Saya tiada sesiapa di Seremban. Keluarga kakak tiri pun dah mula jarang lawat saya. Bila saya call, baru diorang datang dan ambik saya.
Saya ada parut di dagu. Waktu saya sekolah rendah, kawan kawan ejek saya, kata saya miskin, busuk. waktu tu, ayah pun dah tak ada.
Ada masa saya tertidur dekat luar rumah sebab kakak tiri saya keluar dengan suami and anak dia. tapi lepas saya masuk orphanage, tak lagi.
Saya dipanggil gila sebab apa?
1. Lepas seminggu Ayah meninggal, saya terlupa tu. Saya tunggu ayah hari-hari jemput saya balik dari sekolah.
2. Setiap kali saya nak main dengan kawan kawan, saya akan kerumah diorang berjalan kaki seorang diri, lintas jalan, dan hampir dilanggar.
3. Disebabkan takut dengan budak kampung yang nakal, saya akan bagi diorang guna basikal saya, pukul saya. sebab ayah takda nak backup
4. Saya dipanggil gila, depan muka sebab waktu ambik result UPSR, saya terus ke public phone. Nak dial number penjaga, terdial number Ayah.
Kena gelak dengan kawan kawan masa tu. Apa boleh buat daaa. Saya excited dapat 2A masa tu.
5. Ada doktor kata saya berhalusinasi tentang kemalangan keluarga saya. Iya. Waktu kemalangan, saya hanya berumur 4 tahun. memang kecik
Kami dilanggar mama digilis tapi mereka kata saya berhalusinasi
Kami kemalangan waktu malam. Saya saja saksi yang dapat menyaksikan macam mana keadaan masa tu. KAMI DILANGGAR, MAMA DIGILIS ?
Mama dilanggar 2 kali, yang pertama, kereta. Yang kedua, lori. Hanya Allah tahu apa yang telah Dia rancangkan untuk saya. Saya terdiam.
Mungkin kanak kanak sebaya saya juga takkan mampu menipu kan? Tapi sayang polis tak terima keterangan saya, mereka kata saya berhalusinasi.

Saya dengan Mama sebelum kemalangan and saya selepas kemalangan. Dagu dan mulut saya terkoyak, dapat 20 jahitan. Itulah gambar last kami ?
Okay. setakat tu je saya dapat kongsi soal kemalangan kami. Ayah pula meninggal masa saya darjah 4. Dia sakit. Dia jatuh dlm bilik air.
Sejak Mama Ayah meninggal, setiap tarikh istimewa, saya akan sambut dengan mereka.
Hari Ibu/Bapa dan hari lahir saya sendiri ?

And yes, mereka masih kata saya gila sebab saya akan bergambar di pusara bersama Mama Ayah. maaf tapi itu saja yang saya ada ??
Pesan saya, apa saja yang terjadi, sekalipun nyawa awak jadi ganti, kemana saja awak pergi, awak akan bawa nama ibu ayah sehingga mati ?❤
Macam mana sambung belajar

My studies. how can saya study for diploma after Mama Ayah meninggal?
1. My savings
Simpanan saya di orphanage selama 7 tahun, jadi bekal. Tapi, simpanan saya pun tak cukup. hanya bertahan sampai saya semester 3. Sebab barang art bukan murah. Serba serbi saya beli sendiri.
Termasuk barangan mandian, belanja harian. Ada masa saya akan keluar dengan kawan, beli barang dekat luar, juga duit simpanan saya.
2. PTPTN
Pinjaman PTPTN saya hanya dapat RM1k untuk satu semester. Saya akan beli barang2 art dulu, dan selebihnya belanja saya.
Start semester 4,5 duit belanja saya hanya dari baki duit PT. Bulan pertama dan kedua saya okay. Masuk bulan ketiga, saya ‘puasa’.
Adakala, saya tak makan nasi hampir seminggu. Kadang-kada lupa bila last makan nasi. Tapi kawan2 saya ada, diorang belanja. Alhamdulillah.
Pakcik saya, sepupu saya, kawan-kawan termasuk pensyarah sendiri bagi saya belanja untuk makan setiap kali diorang perasan saya tak bermaya.
Tapi tak selalu. Sebab start semester 5, saya dapat bilik and tinggal sorang. Jadi, saya akan makan maggie dan biskut saja dlm bilik.
Kamar 2414, tertulis perjalanan pengajian saya sepanjang Semester 5 (Final Year) di UiTM Lendu. Terima kasih ?
Orang tua pergi menjala, menjala sambil mata tertutup.
Dulu anakmu dianggap gila, kini mampu teruskan hidup.Terima kasih Mama, Ayah ❤ pic.twitter.com/zfNnsZhONi
— EL (@shewasokay) October 11, 2017
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!

