Siapa yang pernah bersalin dan berpantang waktu bulan puasa memang faham sangat situasi ini.
Bila dah bersalin awal bulan Ramadan biasanya ibu tak dapatlah nak berpuasa kerana nifas.
Ada yang memang sebulan terus tak berpuasa. Paling tak best bila ada yang tak sempat menggantinya kerana menyusu anak. Kalau dah langkau tahun masih tak ganti puasa apa nak buat?
Boleh baca penjelasan yang dipetik dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tatkala membalas persoalan dari seorang ibu tentang masalah ini.
Tak sempat ganti puasa sebulan
Asalamualaikum ustaz. Saya ingin menanyakan satu soalan. Bulan puasa tahun lepas saya dalam pantang bersalin. Jadinya sebulan puasa saya tidak berpuasa. Sekarang pun masih menyusukan anak. Usia anak 11 bulan. Saya ingin bertanya, perlukah saya:
1) Qada’ puasa sahaja atau
2) Qada’ puasa dan bayar fidyah atau
Ads
3) Tidak perlu puasa tetapi bayar fidyah sahaja
Saya masih menyusukan anak sekarang. Yang mana satu yang perlu saya ikut nya sebab banyak sangat mazhab yang saya dengar. Saya tidak tahu mana yang patut ikot.
Terima kasih ustaz
Jawapan
Waalaikumussalam wbt,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Ads
Pertama sekali kita perlu jelas tentang maksud ‘pantang’ secara adat dan syariat. Dalam adat Melayu pantang selepas bersalin memiliki beberapa tempoh yang masyhur antaranya 44 hari dan 100 hari.
Manakala menurut syariat, berpantang ini boleh dikaitkan dengan hukum keluarnya darah nifas. Hukum nifas, adalah seperti hukum haid pada perkara-perkara yang haram dilakukan yakni solat, puasa, membaca mushab al-Quran, menyentuh dan membawanya, menetap di dalam masjid, bertawaf dan berjima’, bermesraan suami dan isteri di antara pusat dan lutut. Tempoh kebiasaan nifas adalah 40 hari, manakala maksimumnya pula adalah 60 hari.
Menurut Imam al-Syarbini al-Khatib (w.977H) di dalam al-Iqna’ (ms.143-144), orang perempuan yang bernifas haram menunaikan ibadah puasa Ramadhan. Jika dia berpuasa juga maka puasanya tidak sah dan wajib diqadha.
Ads
Ini berbeza dengan solat fardu yang tidak perlu diganti. Perkara ini berdasarkan hadis Muslim riwayat Aisyah R.Anha bahawa kaum wanita diperintahkan untuk mengqadhakan puasa Ramadhan yang ditinggal akibat haid – dan juga nifas – tetapi tidak bagi solat fardu.
Pada asalnya hukum wanita yang menangguh qadha puasanya sehingga masuk ke Ramadhan tahun seterusnya adalah haram dan wajib ke atasnya untuk qadha puasa dan membayar satu mud (secupak makanan ruji seperti beras dalam zakat fitrah) bagi setiap puasa yang ditinggalkan dan tidak sempat diganti sebelum tiba Ramadhan bagi tahun yang baru. Namun begitu pengecualian diberikan jika penangguhan itu bersebabkan uzur syarie. Rujuk al-Iqna` (ms. 352).
Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili di dalam al-Muʿtamad (2/200) : “Jika seseorang wanita itu melewatkan qadha’ puasanya kerana uzur seperti berterusan sakit, menyusukan anak, hamil dan musafir, sehingga masuk ke Ramdhan yang baru, maka tidak wajib fidyah kerana kelewatan ini dan wajib qadha’ sahaja.”
Justeru, dalam kes puan yang bertanya:
Puan hendaklah menggantikan puasa yang ditinggalkan semasa nifas dahulu.
Jika puan melewatkan puasa sehingga masuk ke Ramadhan yang baharu, maka hendaklah puan ganti puasa, dan membayar fidyah bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.
Jika puan meninggalkan ganti puasa atas sebab keuzuran seperti masih menyusu anak, lalu masuk ke Ramadhan yang baharu, maka puan tidak perlu membayar fidyah tetapi tetap perlu menggantikan puasa.
Semoga Allah Taala mengurniakan kekuatan dan ilmu dalam beramal. Wallahua’lam.
Bagi rumah teres biasanya akan ada sedikit halaman atau ruang kosong di dalam pagar rumah. Ada yang menggunakannya untuk bercucuk tanam dan ada juga yang membiarkan saja ruang tersebut hingga penuh rumput.
Daripada dibiar begitu saja hingga menyakitkan mata, ada baiknya buat path maker seperti yang dilakukan oleh Ben Safwan untuk ruang di luar rumahnya. Caranya boleh DIY ikut perkongsian beliau.
DIY path maker untuk ruang luar rumah
Buat path maker untuk ruang 20×5 kaki bermula hari ini. Tujuannya untuk letak pokok bunga dan jalan sahaja. Pavement mould beli di Shopee, tingginya 3.5 cm.
Proses mula dengan korek keluar tanah 4-5 cm. Perlahan-lahan habiskan. Kemudian levelling balik guna batu kerikil campur pasir ketika nak letak mould untuk samakan ketinggian dan sudut curam dengan konkrit porch asal.
Memandangkan buat kerja sorang,kena banyak guna akal dari guna tenaga. Tolak simen pun pakai troli ( buat sewaktu wardrobe ) dan gaul simen macam biasa guna drill.
Simen gaul dengan nisbah 1:3 (1 simen guna 3 bahagian pasir sungai kasar). Air lebih kurang 7.5 liter. Tak perlu BRC sebab kalau ada tertanya-tanya. Tengok tujuan di atas.
Dah level dengan batu kerikil tadi,letak mould dan bagi rata cantik. Baru sapu mould dengan minyak masak/minyak hitam supaya senang diangkat dan kemas.
Isi simen dan ratakan dengan sudip/kayu basah. Biar 3-4 minit kemudian boleh angkat. Senang ada dua mould. Mudah buat kerja.
Bahagian tepi sekali, lorek sendiri sahaja. Senang.
Untuk finishing, mungkin letak clear shellac batu.
Untuk bahagian celah, akan diletakkan simen dan spray air. Tujuan untuk elak rumput keluar.
Acuan path maker
Selain acuan path maker di atas ada lagi pelbagai jenis acuan. Boleh pilih ikut cita rasa.
Pada zaman serba maju yang kebanyakan kaum wanita sudah berpendidikan tinggi ada juga yang singkat pemikiran mengambil jalan mudah untuk hidup senang tanpa mengira halal haram.
Nak hidup senang, cari saja sugar daddy kaya jadi perempuan simpanan, mudahlah dapat duit berkepuk-kepuk. Perkara sebegini ternyata tidak dipersetujui oleh Joy Revfa. Untuk wanita sebegini nasihat usahawan kosmetik ini ubah diri.
Katanya wanita bukan kaum yang lemah hingga terpaksa jadi perempuan simpanan untuk rasa kemewahan dan kecapi kejayaan.
Melalui instagram, Joy Revfa menyenaraikan tip kejayaan sebagai usahawan kosmetik berjaya yang salah satu daripada adalah dapatkan doa dari ibu.
Dari siang smpai tgh malam kt office ni perah otak & bertungkus lumus semata2 nak kukuhkan empire yg saya bina sendiri bsama expert2 staff yg setia disini. Saya bina semua ni dgn usaha sendiri tanpa tajaan duit atau pump duit dari ??laki orang/ahlong/sugardaddy/duitmakbapak/ atau tak payah jadi sugarbaby/gundik/gf somebody pun saya boleh survive & bina empire sendiri.
5 Tip Jadi Orang Berjaya
1) Dapatkan doa daripada ibu
Ingat ladies, cuba cabar kemampuan diri sendiri untuk all out! Kita ni bukan kaum yg lemah sgt sampai terpaksa jd “perempuan simpanan” nak rasa kemewahan & kecapi kejayaan. Yg utama, jangan lupa kan Ibu kita kerana doa dari seorang ibu paling mujarab utk kita sampai ke level yg diimpikan selama ni, insyallah.
Sebelum buat bisnes, kena dapatkan doa daripada orang yang melahirkan kita. Restu seorang ibu itu penting. Jadi, sesiapa yang masih ada ibu, silalah mintak doa daripada ibu masing-masing.
2) Pantas bertindak untuk majukan diri
Di MERVE HQ, expert2 yg bekerja dgn saya tahu lah cara kerja saya mcm mana & make sure semua kena fast action. Kita kena laju & pantas. Pantas buat keputusan. Pantas buat tindakan. Bukan hari ni plan, lepas sebulan baru bertindak! Kalau singa pun boleh bertukar jd Naga. Even kita nk purchase internet pun nk speed paling laju! Org sanggup bayar lebih mahal untuk sesuatu yg SEGERA, CEPAT & PANTAS..! So please speed up!!
Memang terbaik perumpamaan yang Joy Revfa bagi ni. Yalah, internet pun orang sanggup bayar mahal sebab mahukan speed yang laju. Jadi, kepada yang lembap tu, silalah buat kerja dengan lebih pantas untuk memajukan diri sendiri. Orang yang lembat selalu ketinggalan.
3) Sikap bertangguh, alasan bodoh, sila tolak tepi
Memang saya selalu tekan kan pd expert2 yg bekerja dgn saya kena buang sikap bertangguh & stop bagi alasan bodoh! Syarikat ni bukan nak tunggu mereka yg lembab & blur2 katak! Disebabkan sorg staff yg tak pandai jaga customer service, tak pandai service client/stockist, segala benda slow mcm kura2, last2 pengasas la sasaran utama kena maki hamun dgn customer..!
4) Jangan taip whatsApp macam budak Wechat
Sebab tu saya sgt ambik berat setiap department yg ada dlm syarikat & make sure expert2 disini kena selalu upgrade RAM processor otak tu! Kerja dgn saya jangan main2, slow & jangan taip whatsapp mcm budak wechat..! Tapi alhamdulillah krn expert2 yg saya ada skrg semua dh byk belajar & lama2 mereka jadi semakin awesome. ??
Menaip dalam mesej telefon bimbit memang selalu memberi kesan salah faham. Apatah lagi kalau guna bahasa singkatan dan ejaan yang sangat ringkas sampai susah nak faham. Jadi, menaip dengan ejaan yang teruk bukanlah ciri-ciri orang berjaya.
5) Kena komited dan fokus pada sasaran
Komited & Fokus pada sasaran kita ? Sebab kita sebagai Pengasas/Usahawan, bukan nk bina empire semata-mata nak sara diri tetapi kita nak bina KEKAYAAN & KEJAYAAN ? . If you’re not going to swim deep with me then get out of my waters ✋? Thanks to all of my beloved @mervecosmetic_hq experts staff..! ? . Nukilan, JoyRevfa Founder MERVE Group Holdings Berhad
Nak berjaya kena ada target. Kemudian komited dan fokus pada target itu. Jangan berlengah.
Antara hidangan mudah yang jadi kegemaran kebanyakan kita adalah nasi ayam. Kalau rasa nak makan di luar selalu yang dituju adalah The Chicken Rice Shop.
Menun pilihan kita sama ada nasi ayam hainan atau roasted. Makan pula dengan tauge rangup, memang lengkap.
Kalau satu famili gemar nasi ayam di sini, rasanya elok juga kalau kita belajar buat sendiri. Bolehlah berjimat sikit selain puas makan, nak tambah pun tak mengapa.
Macam mana nak buat? Resipinya dikongsi oleh Rafiah Nor, lengkap dengan cara buat tauge sekali.
Nasi ayam hainan & ayam roasted ala The Chicken Rice Shop
Bahan untuk ayam Hainan:
Ayam
Daun bawang
halia -hiris
Bahan untuk kicap ayam:
Bawang putih – dicincang
Hirisan halia
Air rebusan ayam
Sos tiram
Kicap cair
serbuk 5 spices
Tepung jagung
Garam & gula
Cara penyediaan ayam hainan
Ayam direbus bersama daun bawang & hirisan halia selama 15-20 minit(ikut saiz ayam).
Bila sudah masak rendam dalam air ais. Biarkan selama 20-30 minit. kemudian tos.
Untuk kicap ayam tumis bawang putih yang cincang sehingga perang.
Masukkan air rebusan ayam. Tambah sos tiram, serbuk 5 spices, sedikit garam dan gula.
Bila mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air. Agak-agak pekatnya ya.
Bila air kicap dan mendidih boleh tutup api.
Potong ayam hainan dan tuang kicap diatasnya sebelum hidang.
NOTA : Boleh buat lebih kerana sos kicap ini juga digunakan untuk siram taugeh.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...