Ramai yang suka bercucuk tanam sekitar rumah dengan cara paling mudah. Beli saja anak pokok kemudian tanam di rumah.
Tapi sebelum tanam atau alihkan ke pasu kena tahu cara yang betul untuk melakukannya supaya anak pokok yang dibeli tak mati. Bukan boleh terus letak dalam pasu dan kambus dengan tanah ya.
Tip alihkan pokok yang baru beli
Caranya boleh ikut tip yang dikongsi oleh Pyan Sempoy yang kerap berkongsi tip penanaman di media sosial miliknya.
Tip mudah tanam pokok yang baru dibeli, tak kisahlah beli secara online ataupun offline. Atau nak pindahkan pokok ke bekas yang lebih besar.
1. Pastikan pokok dalam keadaan sihat, segar, daun tidak layu dan tidak dalam keadaan baru keluar tunas/pucuk (muda).
2. Kalau beli pokok online, biasanya daun-daun akan ada yang layu. Dalam situasi ini tak boleh terus pindah bekas. Wajib dikuarantin dulu sampai daun-daun kembali fresh. Letak di tempat teduh untuk menghilangkan stres pokok.
Ads
3. Kalau dah cukup semua syarat di atas bolehlah tanam. Mula-mula sediakan medium/tanah yang gembur atau poros. Saya guna campuran topsoil, tanah hitam sawit, cocoapeat & sekam bakar.
4. Isi pasu dengan sedikit styrofoam (polisterin) tujuannya supaya akar dapat lebih banyak oksigen, air lebihan siraman mudah mengalir keluar & media terhalang dari keluar ikut lubang pasu. Boleh ganti polisterin dengan batu-batu kecil, pecahan bata, pecahan genting atau lain-lain.
5. Isi sedikit media untuk tutup pecahan styrofoam. Tabur sedikit sahaja baja subur (saya guna Novatec Supreme) dan timbus lagi dengan media sampai separuh penuh pasu. Ikut keadaan saiz media pokok ya, agak-agak sendiri biar ngam dengan pasu.
Ads
6. Letak pokok betul-betul di tengah pasu. Kena hati-hati waktu buka polibeg atau cabut keluar dari pasu. Jangan sampai media pecah berterabur atau akar banyak sangat yg putus (sikit-sikit ok).
Ads
7. Kambus lagi sampai tertutup semua media asal. Jangan sampai penuh pasu sangat ya, sisakan 2-3 inci.
8. Siram dan letak tempat teduh dulu sampai pokok betul-betul dah stabil, baru boleh ubah letak tempat kena hujan panas. Kali pertama siram selepas letak dalam pasu siram sampai lencun kemudian jangan siram 2-3 hari. Bila media dah kering sangat baru siram macam biasa.
Selain nuget, ayam gunting juga antara jajan kegemaran anak. Biasa dijual dan kita beli di pasar malam. Kadang-kadang sanggup tak makan di kantin sekolah untuk beli ayam gunting ini.
Kalau anak dah suka, apa kata kita buat saja sendiri kat rumah ikut resipi perkongsian Puan Zaitun Abdul Hamid. Tambah pula harga ayam gunting pun dah mahal sekarang. Sekeping dah cecah RM10 dan resipi ini nak buat berniaga pun boleh juga.
Bahan-bahannya:
Ayam – beli bahagian dada yang sudah dibuang tulang. Potong nipis-nipis kemudian perap ayam dengan
4 sudu sos tiram
2 sudu serbuk BBQ Cosway/2 sudu sos black paper Kimball.
2 sudu jus lime/perahan lemon.
Bahan-bahan untuk salutan:
Tepung Bestari pedas/original
Tepung ubi/tepung beras
Sedikit serbuk roti
Sukatannya bergantung kepada kuantiti ayam
Serbuk cili dan serbuk lada putih – untuk ditabur pada ayam yang dah siap digoreng nanti.
Cara membuat:
Perap ayam selama satu jam
Gaul ayam yang diperap tadi pada bahan salutan yang sudah siap dicampur.
Tumbuk-tumbuk sikit isi ayam supaya tepung melekat pada isi ayam dan padu supaya nampak cantik bila digoreng.
Goreng hingga garing.
Selepas goreng tabur dengan serbuk cili dan lada putih, kemudian bolehlah digunting.
Hujung minggu ramai yang suka bawa keluarga untuk berkhemah atau pun berkelah tepi pantai mahu pun sungai.
Untuk jimat biasa kita akan masak sendiri saja. Cuma nak masak ini biasanya kenalah bawa dapur gas portable. Tapi jika kita tak bawa atau terlupa bawa boleh gunakan idea dapur DIY yang dikongsi oleh Cheff Dapo Dak Yoi.
Dengan hanya menggunakan kapas muka, minyak masak terpakai dan bekas tin, ia boleh dijadikan dapur untuk memasak. Cara selanjutnya boleh ikut perkongsian beliau.
Cara buat dapur masak guna kapas muka dan minyak masak terpakai
Zaman gawat ni kita masak guna dapur ni saja, jimat…
Hari ni masak telur kicap je, makan tepi laut. Letak cili api kampung, yang ini tak boleh tinggal.
-Bahan bakar atau dapur cuma guna kapas muka, minyak masak terpakai saja. Kapas muka guna dalam 6 keping.
-Cara nak buat letak satu-satu kapas dan tuang minyak. Kemudian tarik sikit kapas untuk cucuh api. Dah boleh masak.
-Kalau minyak tinggal sikit, tutup dulu bekas untuk padam api, tambah minyak kemudian hidupkan semula api. Boleh pakai berkali-kali.
Dapur ini boleh masak untuk hidangan yang ringkas seperti telur goreng atau dadar, sardin dan sebagainya.
Untuk tonton video DIY dapur ini oleh Cheff Dapo Dak Yoi boleh klik SINI
Lauk bujang macam ni sebenarnya lagi sedap. Satu lauk saja, makan dengan nasi dah cukup. Tapi awas kalau berdiet lauk telur mata sambal hijau ini boleh buat kita menambah.
Dikongsi oleh Cheyah Saripuddin cara membuatnya memang tersangatlah senang. Untuk lagi sedap bahagian kuning telur buat cair supaya meleleh. Memang enak gaul dengan nasi.
Cara buat lauk bujang- telur mata sambal hijau
Bahan-bahan
15-20 biji cili padi hijau (ada cili besar boleh campur, nak pedas boleh tambah)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji telur ayam
Secubit garam
Gula sedikit saja jika suka
Cara membuat
1. Tumbuk semua bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar. Tak perlu lumat sangat.
2. Tumiskan dan biarkan ia sedikit garing. Boleh masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Pecahkan telur dalam bekas lain kemudian baru tuang dalam tumisan (ini cara untuk pastikan telur yang digunakan masih elok tak busuk).
4. Biarkan telur masak ikut cita rasa. Nak bahagian tengah cair atau masak terpulang. Nak berkuah boleh tambah air pun boleh tapi saya tak tambah.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...