
Ayam goreng kalau nak sedap selalu buat salutan tepung. Ayam goreng jadi rangup. Tapi ada lagi satu cara yang mudah tak perlu bancuh tepung untuk buat ayam goreng yang sedap.
Caranya selain gaul dengan garam dan kunyit untuk sebelum menggoreng, tambah sikit dengan tiga bahan ini iaitu serbuk cili, serbuk kari dan bawang putih.
Hasilnya ayam goreng yang digaul dengan bahan ini memang akan jadi lebih sedap kerana bahan tambahan tadi akan meresap sampai ke dalam isi ayam. Confirm lepas cuba, kita akan tukar cara buat ayam goreng ikut stail Nurul Ateekah ini.
Cara buat ayam goreng jadi lebih sedap dari biasa

Ayam goreng memang sedap, kebiasaan orang akan letak kunyit dan garam tapi saya setiap kali goreng ayam akan gaulkan sekali bahan ini;
-1 sudu besar serbuk cili
-1 sudu kecil serbuk kunyit
-1 sudu besar serbuk kari ikan
-Serbuk perasa 1 sudu kecil
-Garam ½ sudu kecil
-Bawang putih 2 ulas ditumbuk halus
Perapkan ayam dengan bahan di atas dalam 30 minit kemudian goreng.
Saya guna bahagian kepak ayam dan campuran bahan yang diperap tadi akan serap sampai ke isi. Bila goreng, hasilnya jadi garing di luar,juicy di dalam.

Saya jamin siapa yang cuba ayam goreng cara ni mesti akan rajin goreng ayam.
Selamat mencuba.
Sumber: Nurul Ateekah
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
DIY Tukar Kepala Paip, Kemahiran Asas Wajib Tahu. Tak Susah Mana Orang Perempuan Pun Boleh Buat

Tukar kepala paip antara kemahiran yang wajib kita tahu terutama kalau dah duduk rumah sendiri. Walaupun biasanya ia kerja orang lelaki tapi wanita pun kena tahu kemahiran asas ini.
Manalah tahu kena satu hari nanti kena buat sendiri. Kalau lihat perkongsian dari Ridwan Safar caranya taklah susah sangat. Insya-Allah akak-akak boleh tukar sendiri.
Ikut saja langkah demi langkah yang beliau kongsi untuk tukar kepala paip singki yang dah patah.
1.Patah kepala tak boleh naik lagi.
2. Tutup Stopcock

3. Longgarkan Screw Collar
4. Guna tools jika perlu.
5. Macam ni.
6. Cabut begini.
7. Jika ketat gunakan tools untuk buka paip air.
8. Dah terbuka.
9. Bersih menggunakan berus.
10. Sediakan paip baru.
11. Longgarkan screw collar ini dan cabut dahulu leher paip.
12. Balut pita Teflon ikut arah jam
13. Balut macam ni , dalam 20 – 30 pusingan.
14. Balut.
15. Masuk dan pusing gunakan tangan.
16. Lapik kain atau tisu tebal dan ikat secukup rasa, jangan memaksa. Ngam ngam je.
17. Bersih dan keringkan kawasan ini.
18. Selepas buka stopcock di paip utama, biarkan 5-10 minit dan periksa jika ada sebarang kebocoran/leaking.

19. Pasang semula leher kepala paip, ikat skru semula.
20. Dah siap . Kepala paip boleh digunakan tanpa was was.
Takdelah susah sangat kan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Ridwan Safar
Artikel berkait:
Cara Tukar Tombol Pintu Bilik Yang Rosak
Kalau Tombol Pintu Selalu Terkunci Dari Dalam Begini Cara Atasinya
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Tip Pilih Awning Untuk Kediaman, Ada 9 Jenis. Boleh Guna Info Ini Untuk Buat Pilihan

Cuaca di negara kita yang selalu panas berserta hujan menyebabkan ramai yang memilih menambah awning di kediaman sama ada di depan atau belakang rumah. Mudah untuk letak kereta atau jemur baju.
Cuma sekarang ada banyak jenis awning atau sengkuap yang tersedia menyebabkan kita keliru memilih mana satu yang terbaik dan mengikut bajet. Bagi yang bercadang nak membina awning di rumah info yang dikongsi oleh Lee Wai Wan boleh dijadikan rujukan.
Info tentang sengkuap (Awning)
Sengkuap adalah merupakan atap yang dipasang di rusuk atau di belakang rumah (sebagai tambahan sahaja): malam hari, bukan tidur di lepau atau di dalam rumah (Kamus Dewan).
Sengkuap ini boleh dibuat menggunakan pelbagai jenis bahan bergantung pada bajet serta selera tuan rumah. Berikut adalah jenis-jenis awning:-
1) Metal deck

Awning jenis ini adalah diperbuat menggunakan PPGI, Zincalume ataupun Aluzinc dengan ketebalan yang berlainan. Lagi tebal, lagi tahan lama serta tahan kemek apabila seseorang naik ke atas untuk kerja ataupun melakukan kerja penyelenggaraan seperti servis compressor pendingin hawa. Ia lebih bising apabila hujan. Sebaiknya dipasang satu keping panjang tanpa sambungan untuk elakkan bocor.
2) Clip Lock System

Ia diperbuat dari PPGI, Zincalume ataupun Alurzinc di mana ia tidak mempunyai sebarang skru di bahagian atas. Ia mempunyai klip yang terletak di bawahnya dan dipasang dengan meletak kepingan bumbung ini atas klip dan ia akan memegang bumbung itu dengan kukuh. Bumbung ini sesuai untuk kadar kecerunan yang rendah. Ia tidak sesuai untuk dibuat sambungan secara memanjang.
3) Polyurethane Foam Roof (PU Foam)
Ia mempunyai pelbagai jenis kombinasi seperti PU PVC, PU Metal serta PU Aluminium. Jenis ini kurang sikit bising semasa hujan berbanding dengan metal deck biasa.
4) Polycarbonate
Polycarbonate mempunyai 2 jenis iaitu jenis hollow dan solid. Ia diperbuat dari plastik. Jangka hayat polycarbonate adalah lebih kurang 5 tahun. Apabila ia mula rosak, ia akan reput disebabkan oleh kesan UV dan jatuh sedikit demi sedikit. Semasa petang, anda akan dengar bunyi klik klak sebab ia sedang mengembang dan mengecut. Ia mempunyai jenis yang panas dan ada juga jenis yang tidak terlalu panas.

5) Fibre simen (masih dipanggil Abestos walaupun tidak lagi guna bahan ini)
Ia adalah jenis bahan lama yang datang dalam kepingan yang besar. Kebaikannya adalah ia tidak bising semasa hujan tetapi apabila ditiup angin, ia akan terangkat sedikit demi sedikit kerana tukang menggunakan paku untuk memaku pada rangka kayu menyebabkan bahagian paku akan bocor. Perlu berhati-hati semasa berjalan di atasnya terutamanya bumbung yang telah lama dipasang. Ia rapuh dan silap pijak, akan jatuh ke bawah.

6) Corrugated Polycarbonate Transparent Roof Sheet
Kebiasaan digunakan apabila menginginkan kadar cahaya yang banyak. Sesuai sekiranya anda ingin menjadikannya tempat menyidai kain kerana ia amat panas. Cuma ia tidak tahan lama. Lebih kurang 3 tahun akan mula rapuh. Lagi teruk sekiranya terdapat kucing atau musang yang suka bersantai di atasnya, maka kemungkinan ia akan retak adalah lebih tinggi.

7) Kaca (skylight)
Kaca jenis tempered kebiasaan digunakan serta jenis yang double layer. Ia dipasang kerana Tuan rumah ingin menikmati kadar cahaya yang cukup, nampak lebih kelas serta boleh menikmati keadaan sekeliling yang indah. Kekurangannya adalah ia mudah kelihatan sekiranya terdapat kotoran di atasnya serta amat panas. Selain cahaya, ia juga akan menyebabkan kawasan di bawahnya panas.

8) Sun Shade
Ia boleh diperbuat dari pelbagai jenis bahan. Ada yang diperbuat dari kain dan ada yang diperbuat dari PU polyester. Ada jenis yang diikat pada cangkuk khas manakala ada jenis yang boleh dilipat menggunakan kawalan remote ataupun dipasang pada rangka khas. Cuma jenis ini akan berlubang di sana sini selepas satu ketika bergantung pada kualiti bahan yang digunakan.

9) Aluminium Composite Panel (ACP)

ACP diperbuat dari kepingan Aluminium dan dibahagian tengahnya adalah low density polythene. Ia tahan dengan keadaan cuaca. Ia tidak sebising seperti Metal deck semasa hujan.
NOTA: Dalam semua jenis sengkuap yang dipasang, sering kali kami jumpa satu masalah yang sama iaitu masalah bocor di bahagian sambungan di antara dinding dengan awning kerana tidak diletak sebarang flashing tetapi hanya letak silikon ataupun jika letak pun hanyalah paku pada dinding dan letak silikon.

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Tip Ikan Bilis Goreng Tetap Rangup Tak Liat Bila Sejuk. Guna Cuka Saja

Antara cara untuk memastikan ikan bilis yang digoreng rangup adalah terus goreng tanpa dibasuh.
Tapi ramai yang tak sanggup sebab ikan bilis dijual di kedai mungkin jatuh dan dikutip semula malah mungkin juga disimpan di tempat yang tidak bersih.
Jadi memang kita kena basuh dulu dan ada saja cara untuk memastikan ikan bilis yang sudah dibasuh bersih ini kekal rangup.
Antaranya guna cuka seperti perkongsian Mis Bie.
Ikan bilis rangup krup krap hasil guna cuka
Nak bilis rangup? Sebelum ini saya share gunakan tepung. Kali ni saya share pula tip dari komen korang tau. Ada yang kata guna cuka.

Yesss, betul rangup sangat. Caranya memang senang;
1. Cuci bilis bersih dan toskan
2. Goreng dengan api sederhana
3. Masukkan setengah sudu cuka ke dalam kuali tadi dan goreng ikan bilis hingga masak.
4. Hasilnya ikan bilis memang rangup krup krap.

Boleh juga guna tepung gandum
Ini pula tip menggunakan tepung gandum yang dikongsi sebelum ini.
1.Cuci ikan bilis bersih.
2. Tos hingga kering, kalau tak nanti ikan bilis bergumpal denga tepung.
3. Tabur tepung dalam pinggan kemudian gaul ikan bilis dengan tepung tadi. Pastikan tak bergumpal sebab itu ikan bilis kena betul betul kering.

4. Masukkan ikan bilis yang dah digaul teping ini dalam minyak panas, goreng macam biasa. Ikan bilis akan masuk elok dan rangup.
Selamat mencuba!
Sumber: Mis Bie
Artikel berkait: Tip Buat Sambal Ikan Bilis Yang Padu, Tahan Sampai 2 Minggu, Tumis Sampai Bawang Transparent
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!

