Kebanyakan kita memang suka dan selalu saja membeli buah oren. Tapi selalu yang buat kita kecewa bila terbeli oren yang masam rasanya.
Berkerut muka nak habiskan limau masam ini, kalau tidak pun kesudahannnya terbiar sehinggalah busuk.
Jadi macam mana nak elak memilih buah oren yang masam? Kami jumpa tip ini yang dikongsi oleh netizen di laman sosial.
Ketika memilih buah oren pastikan anda memilih buah oren yang ada lubang seperti pusat di bawah buah tersebut. Oren jenis ini juga mempunyai lebih banyak jus dan vitamin C.
Ads
1. Pilih yang ada lubang/pusat
2. Elak dari memilih buah yang tiada lubang seperti ini.
Ads
3. Selain itu hidu bau buah oren tersebut. Sekiranya baunya manis bermakna rasanya juga memang manis.
Bagi yang bercucuk tanam di sekitar rumah, memang biasa dengan penggunaan cocopeat sebagai media tanaman.
Tapi sebelum menggunakannya berapa ramai yang membilas terlebih dahulu cocopeat ini? Sebenarnya cocopeat sebaiknya dibilas terlebih dahulu sebelum digunakan supaya ia lebih berfungsi untuk tanaman. Perkara ini dikongsi oleh usahawan tani, Azuan Abdullah.
1. Ada “garam” bersama-sama dengan cocopeat. Garam tersebut boleh mengikat nutrient dan kesannya akar tak dapat nak ambil nutrient tersebut.
Bila kita bilas, garam tersebut dapat disingkirkan dan akar dapat ambil semua nutrien dengan baik.
2. Biasanya, pH cocopeat yang tidak dibilas adalah rendah, iaitu dibawah 5.5. Jika pH rendah, tak semua nutrient dapat diambil oleh akar.
Bila kita bilas, ia dapat meningkatkan pH cocopeat kepada keadaan yang sesuai untuk pokok (antara 5.5 – 6.5). Bila pH cocopeat dah sesuai, akar pun dapat serap semua nutrient dengan sempurna.
Sahabat,
Cocopeat ni adalah rumah bagi akar. Jika rumah dah tak elok dan ada masalah, macam mana akar nak berfungsi dengan baik?
Ini cara saya bilas/flushing cocopeat untuk kegunaan berkebun dirumah. Ianya untuk cocopeat yang baru ya.
1. Sediakan bekas yang sesuai. Saya gunakan tong hitam. Nak guna tong cat atau apa-apa bekas pun boleh. Tak jadi masalah.
2. Tebuk lubang dibawah tong tersebut. Memadai 5-7 lubang sahaja. Saiz lubang yang saya buat adalah saiz paku 2 inci.
Jika bilangan lubang terlalu banyak dan saiz lubang besar, kadar aliran air keluar sangat cepat. Ini boleh menyebabkan proses membilas cocopeat tidak sempurna.
3. Masukkan cocopeat ke dalam tong tersebut hingga hampir penuh.
4. Siram air bersih keatas cocopeat tersebut. Siraman dibuat hingga semua cocopeat basah dan ada lelehan air keluar di bawah tong.
5. Ulang langkah nombor 4 sebanyak 3 kali (eloknya dibuat 1 kali 1 hari).
6. Lepas 3 kali bilas, cocopeat sedia untuk digunakan.
Extension wire atau wayar penyambung, alat yang akan ada di setiap rumah dan saban hari kita akan menggunakannya untuk menghidupkan peralatan elektrik.
Pada kita asal dapat berfungsi kira oklah tu. Tapi bagaimana pula aspek keselamatan, adakah extention wire ini sesuai dengan peralatan elektrik yang kita guna.
Ramai tak tahu extension wire, sama ada yang bulat atau jenis banyak suis itu tidak semuanya sesuai dengan peralatan elektrik yang kita gunakan. Extension jenis bulat contohnya hanya sesuai untuk penyambungan sementara bukan yang sentiasa digunakan.
James Hukala memberi penjelasan lanjut tentang perkara ini.
Hari ini saya share tentang peralatan wayar penyambung atau adaptor. Untuk ibu bapa atau pengguna sila ambil perhatian.
Alat ini sangat praktikal digunakan di rumah. Mudah dan murah, akan tetapi adakah kita tahu ianya sesuai atau tidak dengan alat elektrik yang kita pakai.
Wayar penyambung ini hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara atau kerja berpindah.
Penting untuk kita tahu;
Alat ini juga hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara. Tidak sesuai untuk tv, radio, komputer, peti sejuk lebih-lebih lagi peralatan elektronik digital.
Kalau boleh beli Adaport, ianya seakan akan sama cuma ia dikawal oleh fuse & cip elektronik didalamnya. Jika berlaku kilat atau powersurge (arus mengejut) fuse Adaport akan putus & menyelamatkan peralatan elektrik.
Pastikan wayar peralatan elektrik di rumah tidak seperti gambar ini. Ia tidak selamat dan tidak kukuh jika ianya ditarik.
Jangan sesekali beli barangan elektik yang murah. Ia tidak diuji, tidak diluluskan & tidak mengikut ISO.
Jika guna vacuum cleaner atau water jet cleaner pastikan wayarnya ditarik habis, jika tidak alat mudah panas dan rosak.
Boleh digunakan untuk komputer, tv, laptop. Jangan guna untuk mikrowave atau oven bahaya.
Disyorkan dan paling bagus untuk kegunaan tv, DVD, komputer, namun pastikan ada kelulusan SIRIM/ISO.
Ayam goreng berempah ini selalu kita makan dengan nasi kukus. Tapi nak buat sebagai lauk makan dengan nasi biasa pun boleh. Cuma kena tahu cara membuatnya saja.
Nak cuba buat boleh ikut perkongsian Tengku RosElyza Raja Muhammad ini. Aroma ayam ini bila digoreng memang buat kita rasa lapar, wangi sangat.
1/2 -1 ekor ayam potong (12-14)
7-10 btg serai (potong dan kisar)
3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
4 biji bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
2-3 sdb chili flake
2 sdb jintan manis (sangai dan kisar kasar)
1 sdb ketumbar (sangai dan kisar kasar)
2 sdb jintan putih (sangai dan kisar kasar)
1-2 sdb tepung beras atau tepung jagung
1-2 inci halia (kisar)
Serbuk kari daging (agak-agak)
Daun kari
Kiub pati ayam @ garam
Serbuk kunyit
1. Satukan bahan dikisar dan semua bahan lain dalam satu bekas. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati.
2. Perap dalam 1/2 jam (kalau nak cepat boleh terus goreng).
3. Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam menggunakan api yang kuat.
4. Bila hampir masak, perlahankan api. Bila warna dah menarik boleh lah diangkat. Kaut sekali rempah-rempah yang telah garing. Nanti boleh makan sekali dengan nasi lagi sedap
Nota: Ayam goreng berempah kali ini tak letak lengkuas macam biasa
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...