Kesihatan

Tip Bersih & Jaga Sudip Kayu, Jangan Rendam Air Panas. Cara Betul Lap Dengan Minyak Ini

Share

Di dapur rumah mesti ada peralatan memasak menggunakan kayu seperti senduk, sudip, kayu pemotong dan sudu.

Selalu kita gunakan adalah senduk dan juga sudip. Biasanya bila dah lama guna kesan kotoran akan melekat di bahagian hujungnya.

Sebelum ini pernah viral cara untuk membersihkannya adalah dengan merendam alatan memasak ini dengan air panas. Tapi rupanya cara itu kurang sesuai. Teknik rendaman boleh membuatkan kayu cepat reput, patah atau rosak.

Sebenarnya, terdapat satu kaedah yang boleh digunakan untuk menjaga senduk kayu ini iaitu dengan menggunakan minyak, sama ada minyak zaitun atau minyak kelapa. Tip ini dikongsi oleh Awang Dapur.

Cara-cara

1. Basuh senduk atau sudip seperti biasa kemudian biarkan senduk kayu kering terlebih dahulu.

2. Kemudian tuang minyak zaitun pada sudip dan lap keseluruh bahagian menggunakan tisu kering.

3. Biarkan selama empat hingga 12 jam sehingga kering.

4. Lap lebihan minyak yang terdapat pada senduk menggunakan tisu kering.

Sebagaimana dinyatakan, teknik ini boleh dilakukan sekali setiap tiga atau enam bulan untuk mendapatkan semula warna senduk yang asal.

Selain senduk, sudu atau papan pemotong jenis kayu juga boleh dicuci menggunakan cara sama.

Sumber: Awang Dapur

IKLAN