Selalu bila karpet kotor kita akan hantar saja ke kedai, susah kot nak basuh sendiri!
Tapi sebenarnya kita boleh saja basuh sendiri karpet yang kotor ni, dan caranya cukup mudah. Hanya guna mop, garam serta Dettol!
Tip ini dikongsi oleh Syarifah Farhana Syed Fadzil yang mendapat perkongsian tersebut daripada seorang pembantu rumah apa bila melihat wanita itu mengelap karpet dengan mop.
Ia dilakukan selepas memvakum agar karpet bukan saja bebas habuk tapi juga kotoran. Karpet nampak macam karpet baru malah berbau segar.
Ads
Bahan yang diperlukan:
Mop (jika boleh beli baru)
Air secukupnya
2 sudu garam
1 penutup Pure Detol
Cara-cara:
1. Panaskan air hingga mendidih dalam kuantiti cukup untuk menenggelamkan mop.
2. Apabila air dah mendidih curah dalam baldi mop dan letak garam dan juga Pure Dettol.
Ads
3. Perah mop sekuat hati, sampai tiada air menitis.
Ads
4. Kemudian mop karpet dengan menekan-nekan karpet (tenyeh).
5. Apabila selesai anda akan lihat air mop tadi berwarna coklat tanda kotoran. Selepas itu biarkan karpet kering.
Air oren ini bukan air oren biasa tau tapi rasanya macam ala-ala Vitagen. Siapa saja tak suka air minuman ni kan. Dari anak sampailah yang dewasa suka.
Jadi sesuai sangat kalau buat untuk hidangan satu famili. Kalau nak cuba untuk buka puasa nanti boleh ikut perkongsian Nur Haziqah ini.
Kalau ada bercucuk tanam atau berkebun di rumah, masalah serangga memang tak boleh dielakkan. Boleh habis tanaman dikerjakan.
Biasanya untuk elak serangan perosak ini kita akan guna racun serangga walau pun tahu kesan penggunaan bahan kimia ini.
Tapi sebenarnya ada saja cara semula jadi yang boleh kita lakukan untuk elak penggunaan racun serangga ini. Caranya tanam 6 jenis tanaman penghalau serangga perosak dalam kebun.
1. Kucai elak kumbang
Kucai adalah tanaman herba yang paling mudah ditanam. Ia boleh hidup dalam tanah yang dipenuhi kompos dan bahan organik. Menghasilkan bunga berwarna putih, ia boleh hidup di bawah matahari penuh atau redup. Bahan kimia yang terkandung pada kucai dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di tanaman.
2. Pudina halang lalat putih
Tanaman ini hidup di dalam tanah lembap. Ia biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina bukan sahaja bersifat edible, ia juga dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.
3. Petunia hindari pepijat & belalang
Selain daripada tanaman herba, tanaman hiasan juga mempunyai keupayaan sebagai agen penghalau serangga perosak. Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, dan belalang
4. Bayam duri halau ulat beluncas
Bayam ini adalah spesies Amaranthus yang sesuai ditanam di pinggir kebun untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.
5. Ulam Raja elak kupu-kupu tinggalkan larva
Ulam raja merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Ulam Raja juga dapat menghalang serangan lipas di kediaman anda.
6. Ketumbar halau kumbang/hama
Tumbuhan ini merupakan satu kemestian di dapur. Kebaikan padanya bukan sahaja menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.
Posisi tanam tanaman penghalau serangga
Selang selikan tanaman ini antara pokok sayuran atau tanamkan pokok ini di setiap penjuru kebun. Angin akan membawa bau tanaman ini ke seluruh kebun dan menjadi penghalau semula jadi pada serangga perosak di kebun.
Nota
Tumbuhan penghalau serangga yang lain
– Serai wangi
– Daun kesum
– Daun pandan
– Kemangi
– Bawang
– Limau purut
Masalah aircond kereta yang tak sejuk atau kadang-kadang sejuk dan panas semula memang memeningkan. Sebab selalunya ia akan makan banyak modal.
Tapi ada juga masalah aircond kereta kecil saja tapi dek kerana tiada ilmu, ada yang kena tipu dengan workshop. Habis beratus-ratus atau beribu ringgit namun masalah aircon yang tak sejuk tak juga setel.
Antaranya kerana alat kecil yang dipanggil relay. Perkara ini dijelaskan oleh mekanik dari akaun TikTok Altimat Auto Garage.
Menurut beliau ramai yang menjadi mangsa ditipu terutama wanita oleh workshop akibat masalah aircond ini hingga habis ratus ringgit.
“Aircond kereta ada masalah sekejap panas sekejap sejuk. Tapi jangan sampai kena tipu disebabkan benda kecil ini. Alat ini namanya relay.
“Ramai yang kena tipu terutamanya wanita oleh bengkel bila pergi untuk baiki masalah aircond kereta sebegini.
“Pomen bengkel akan kata compressor rosak, condenser rosak, kipas aircond rosak dan macam-macamlah.
“Tapi bila dah tukar semua dan dah kena ratus-ratus, aircon tetap bermasalah. Sejuk sekejap saja, lepas sehari dua panas balik.
“Kalau jadi macam ni cuba try check relay ini. Alat ini terletak dalam fuse box dan kita boleh check sendiri kat rumah. Buka bonet dan cari fuse box dan tengok instruction.
“Cari AC iaitu aircond, perhati kedudukannya dan buka relay dan just tukar saja. Boleh pergi kedai spare part dan beli sendiri. Harganya dalam RM18-RM 20 saja. Kemudian tukar sendiri.
“Sebelum kena tipu habis ratus ratus atau ribu-ribu baik cuba dulu cara paling murah dan mudah. Kalau dah tukar relay dan masih tak sejuk juga barulah pergi bengkel untuk check,”pesan beliau.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...