Tip Bila Beli Kuali Baru, Kena Bakar Dulu! Barulah Goreng Apapun Tak Melekat

Share

Masalah makanan yang digoreng melekat pada kuali memang buat kita geram. Kadang-kadang habis hancur ikan gara-gara melekat.

Rupanya untuk elak kuali dari melekat ini caranya mesti dimulakan sejak awal beli kuali lagi. Kita kena bakar dulu kuali barulah kuali takkan melekat sampai sudah!

Tip ini dikongsi oleh Wan LuQman dan dia juga menunjukkan langkah untuk melakukannya.

Kuali baru kena bakar dulu supaya tak melekat & berkarat

Baru-baru ini jumpa kuali saiz 13″ terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13″. Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni.
Orang putih cakap “season the wok”.

Untuk apa bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jagakuali akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna.

Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat. Jadi pengalaman memasak anda lebih seronok, macam enamel wok tu.

Goreng nasi sambil melambung-lambung nasi, goreng telur mata, goreng ikan memang cantik dan best.

Ade je yang dijual pre season wok. Mahal sikit lah. Proses semua makan masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada power api dapur anda. Dapur saya bukan high pressure, tapi turbo burner.

Cara bakar kuali

1. Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak / greasy. Itu adalah minyak dari kilang. Kita kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang kita gonyoh semua.

2. Dah gonyoh guna span besi mesti la nampak kesan tu. Biarkan saja.

3. Set kan api dapur yang terpadu dan start bakar!

4. Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat. INGAT JANGAN LAMA SANGAT, BILA DAH START BIRU TERUS ALIH KE PERMUKAAN LAIN. KALAU LAMA SANGAT KAT TEMPAT SAMA, NANTI YANG BIRU AKAN JADI MERAH. TANDA BESI TERLALU PANAS dan akan berkarat di kemudian hari. Sila buang dan beli kuali baru.

5. Bakar seluruh permukaan kuali ye. Jangan leka dan lalai.

6. Dah siap. Hensem kan? Biarkan dalam 10 minit.

7. Lepas 10 minit, kita test season. Letak minyak sikit.

8. Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ya.

9. Test run. Goreng lah apa pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke.. Seronok waktu ni tengok mereka berlari lara. Goreng je sampai garing atau hangus.

10. Bila dah garing kaw-kaw, buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.

11. Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5 minit.

12. Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ya.

13. Lap bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan gaul rata lagi sekali.

14. Bila kita gosok guna tisu sambil api menyala, kuali akan start berasap. Tutup api, siap!

Besok -besok nak pakai, panaskan dulu kuali, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali, baru guna. Ini dipanggil pre season.

Buat 2-3 kali pre season, insya-Allah lepas tu kuali akan hitam gelap macam kat restoran tu, itulah yang kita mahu. Confirm melekat sampai sudah.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Wan LuQman

 

 

IKLAN