Tip Buat Ayam Buttermilk Yang Sedap, Rangup Walaupun Berkuah. Guna Tepung Salut Ini

Share

Tak rajin nak masak banyak lauk dan dalam peti sejuk ada ayam saja. Kalau macam ini boleh buat ayam butter milk. Lauk ini memang lagi sedap makan dengan nasi tanpa campur dengan lauk lain.

Dan kalau nak hasilnya ayam butter milk yang sedap boleh guna cara Nasriah Ramli

yang mendapat 13 ribu perkongsian di Facebook. Ayam butter milk ini akan tetap rangup berkuah, sebab digoreng menggunakan tepung salut.

Cara buat ayam buttermilk

Bahan-bahan
Isi ayam dipotong
Tepung salut ayam goreng Bestari secukupnya
2 sudu mentega
Bawang putih dicincang
Daun kari
1/2 tin susu cair
Cili padi – dipotong
2 sudu susu pekat
1/2 cawan air
Garam dan gula secukupnya

Cara memasak

1. Isi ayam digaul garam serta sikit gula. Kemudian salut dengan tepung. Goreng dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumis 2 sudu besar butter bersama bawang putih & daun kari.

3. Apabila sudah naik bau, masukkan 1/2 tin susu cair.

ku

4. Apabila mendidih, masukkan hirisan cili padi.

5. Kemudian masukkan 2 sudu makan susu pekat bersama 1/2 cawan air. Jika suka kuah pekat, boleh tambah 1 sudu makan tepung jagung.

6. Selepas mendidih masukkan garam & sedikit gula putih. Akhir sekali, masukkan isi ayam yang digoreng tadi. Gaul rata dan tutup api.

Selamat mencuba.

Sumber: Nasriah Ramli

IKLAN