Tip Buat Bihun Goreng Tomyam Yang Sedap. Jangan Letak Bawang Merah, Pilih Pes Ini!

Share

Asyik goreng bihun biasa pun bosan jugak, apa kata untuk makan waktu pagi atau makan buat bihun goreng tomyam pulak.

Bihun goreng tomyam ni sekali buat mesti rasa nak makan selalu. Rasanya memang lain dari bihun goreng biasa, pedas-pedas masam. Memang sedap.

Cara penyediaannya jugak berbeza. Bihun goreng tomyam ini selain guna pes tomyam, ia tak menggunakan bawang, cuma bawang putih saja.

Nak pastikan dapat rasa yang sedap paling penting kena pilih pes tomyam yang betul. Pilih yang ini ya.

Cara lengkap buat bihun goreng tomyam boleh ikut perkongsian Rozmaliza Omar.

Rahsia buat bihun goreng tomyam sedap

Bahan-bahan

1 bungkus bihun – rendam hingga lembut
6-7 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
5 biji cili padi (ditumbuk kasar)
3 sdb pes tom yum
2 sdb cili kisar
2 sdb sos tiram
1 sdb sos ikan
Kubis dan lobak merah
1 ikat sawi
3 helai daun limau purut -dikoyak-koyak
Isi ayam, udang dan sotong (saya letak ayam saja)
1 cawan air
Garam dan sedikit gula
Minyak untuk menumis

Cara membuat

1. Panaskan minyak tumis bahan-bahan yang ditumbuk kasar hingga wangi.

2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan pes tom yum. Tumis lagi.

3. Masukkan isi ayam masak hingga empuk diikuti udang dan sotong.

4. Masukkan garam, gula, sos ikan dan sos tiram. Masukkan air. Biarkan mendidih.

5. Masukkan bihun, sayur-sayuran dan daun limau purut. Gaul rata hingga semua lembut masak sekata.

6. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.

Selamat mencuba.

Sumber: Rozmaliza Omar.

IKLAN