Asyik goreng bihun biasa pun bosan jugak, apa kata untuk makan waktu pagi atau makan buat bihun goreng tomyam pulak.
Bihun goreng tomyam ni sekali buat mesti rasa nak makan selalu. Rasanya memang lain dari bihun goreng biasa, pedas-pedas masam. Memang sedap.
Cara penyediaannya jugak berbeza. Bihun goreng tomyam ini selain guna pes tomyam, ia tak menggunakan bawang, cuma bawang putih saja.
Nak pastikan dapat rasa yang sedap paling penting kena pilih pes tomyam yang betul. Pilih yang ini ya.
Cara lengkap buat bihun goreng tomyam boleh ikut perkongsian Rozmaliza Omar.
Rahsia buat bihun goreng tomyam sedap
Ads
Bahan-bahan
1 bungkus bihun – rendam hingga lembut
6-7 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
5 biji cili padi (ditumbuk kasar)
3 sdb pes tom yum
2 sdb cili kisar
2 sdb sos tiram
1 sdb sos ikan
Kubis dan lobak merah
1 ikat sawi
3 helai daun limau purut -dikoyak-koyak
Isi ayam, udang dan sotong (saya letak ayam saja)
1 cawan air
Garam dan sedikit gula
Minyak untuk menumis
Cara membuat
Ads
1. Panaskan minyak tumis bahan-bahan yang ditumbuk kasar hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan pes tom yum. Tumis lagi.
Ads
3. Masukkan isi ayam masak hingga empuk diikuti udang dan sotong.
4. Masukkan garam, gula, sos ikan dan sos tiram. Masukkan air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan bihun, sayur-sayuran dan daun limau purut. Gaul rata hingga semua lembut masak sekata.
6. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.
Timun Jepun ini memang sedap. Ranggup dan sesuai jadi ulam. Lagi sedap dari timun biasa. Harganya pun lebih mahal.
Bagi yang ada hobi bercucuk tanam, bolehlah mencabar diri menanam timun Jepun ini seperti yang diusahakan oleh Asyraf Rahim.
Elok subur walaupun kali pertama menanamnya, paling menarik timun jepun ini ditanam di balkoni rumahnya saja. 45 hari dari semai benih dah boleh kutip hasilnya.
Beliau turut berkongsi kaedah penanaman yang dilakukan. Bagi yang nak mencuba boleh jadi perkongsiannya sebagai panduan. Paling penting penjagaannya.
Timun Jepun kebun balkoni
Kaedah Hidroponik
Benih F1 Green Eagle
Media cocopeat+perlite (tanpa campuran tanah). Semai benih dalam cawan dulu, bila dah naik empat daun boleh alih ke pasu.
Kaedah siraman, waktu mula-mula seminggu sekali. Bila dah mula berbuah, daun lebat, dua hari sekali. Kadang-kadang sehari sekali. Pasu yang digunakan ada floater sebagai water level indicator.
Timun jepun ini jenis menjalar – saya pakai jaring trelis ikat pada railing balkoni.
Tuaian -45 hari dari semaian benih, ke tuaian buah.
Kalau lihat dari penggunaan baja pun dah mencabar. Bagaimanapun kata Asyraf beliau banyak belajar ilmu tanaman ini di YouTube Bright Agrotech dan Hidroponikpedia dalam bahasa Indonesia. Tapi bila lihat hasil begini memang puas hati.
Semoga perkongsian beri manfaat pada yang suka bercucuk tanam.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya dikesan dari bunyi ‘lain macam’ yang dihasilkan.
Jadi kalau pandu kereta dan terdengar bunyi-bunyi yang lain dari biasa di beberapa bahagian kereta pastikan ia tidak abaikan. Itu petanda ada kerosakan. Lebih baik periksa di bengkel sebelum terlambat dan kos kerosakan makin tinggi.
1. Bunyi ketukan di bahagian tayar
Bunyi ini mungkin disebabkan masalah pada absorber atau penyerap hentakan. Komponen ini penting untuk memastikan tayar kereta bersentuhan dengan permukaan jalan dan menyerap hentakan bagi melancarkan pemanduan. Absorber yang rosak boleh menjejaskan kawalan brek dan kenderaan anda.
2. Bunyi seperti siulan terutamanya ketika pusing di selekoh
Apabila kereta mengeluarkan bunyi seperti geseran dan siulan terutamanya ketika mengambil selekoh, kereta anda mungkin mengalami masalah bearing tayar atau timing belt. Timing belt yang terlalu ketat atau tidak berfungsi dengan baik boleh membuatkan enjin kereta anda rosak!
3. Bunyi besi bergeser setiap kali tekan brek
Jangan ambil mudah bunyi ini kerana ianya menandakan brek pad menipis dan haus terutamanya jika bunyinya seakan geseran besi. Bahaya ya! Cengkaman brek berkurangan bukan sahaja bahaya untuk pemanduan tetapi boleh merosakkan cakera brek.
4. Bunyi nyaring dari bahagian bonet
Berkemungkinan besar disebabkan masalah pada timing belt yang mengawal sistem asas kenderaan. Timing belt yang rosak perlu ditukar segera, kerana komponen ini boleh menjejaskan komponen lain jika tidak dibaiki segera!
5. Ekzos mengeluarkan bunyi kuat ketika memecut
Jika bunyinya datang dari bahagian bawah kenderaan dan semakin kuat bila anda memecut, mungkin disebabkan kebocoran pada ekzos. Jangan ambil mudah, kebocoran ekzos ini boleh menyebabkan penumpang terdedah kepada pencemaran karbon monoksida.
6.Bunyi bergeser kuat
Bunyi bergeser apabila memandu boleh disebabkan tali sawat kereta anda sudah mula rosak atau sudah sampai waktunya. Jika tali sawat kereta anda putus semasa memandu, kereta anda tidak akan boleh bergerak lagi kereta tiada charging daripada alternator, jadi buat pemeriksaan sebelum ia putus adalah lebih baik daripada tersadai tepi jalan.
7. Bunyi clicking
Jika anda membuat pusingan stering sampai habis dan ada bunyi berketik cliking, ini mungkin disebabkan oleh driveshaft kereta anda dah rosak atau haus. Driveshaft yang rosak perlu ditukar secepat mungkin, supaya masalah tidak melarat kepada gearbox rosak pula.
8. Bunyi hissing macam ular
Jika kereta anda ada bunyi hissing datang daripada dalam bonet kereta semasa kereta sedang idle, enjin kereta anda mungkin sedang overheat, yang mana ia adalah masalah yang serius. Walaubagaimanapun, ia mungkin juga bermakna anda mungkin mempunyai vacuum hose yang bocor, yang mana ia mudah diselesaikan sebaik sahaja anda tahu daripada mana kebocoran tersebut.
9. Kereta keluar bunyi macam ‘penampar’
Jika anda dengar macam bunyi benda menampar sesuatu, yang mana bunyi tu makin laju apabila kereta semakin laju, salah satu tayar mungkin sudah pancit. Memandu dalam keadaan tayar pancit atau rosak boleh menyebabkan kerosakan teruk pada tayar. Dan jika bunyi itu muncul, segera berhentikan kereta dan periksa tayar kereta anda.
10. Bunyi bergeser bila tukar gear
Jika gear anda menghasilkan bunyi bergeser apabila tukar gear, ia mungkin bermakna klac kereta anda sudah haus atau batang klac perlu di adjust. Geseran gear juga boleh memberi makna transmisi kereta anda ada masalah yang lebih teruk lagi di bahagian dalam gearbox.
11. Bunyi dengung
Jika anda mendengar bunyi dengung datang daripada tayar kereta anda dan berubah apabila kereta anda semakin laju, ia bukan bermakna ada sesuatu tersangkut bawah kereta anda. Ia datang daripada axle atau bearing kereta anda. Ia tidak perlu berhenti tepi jalan, terus ke bengkel anda dan buat penukaran sebelum ia merosakkan tayar kereta anda.
Walaupun hati teringin nak memiliki kereta baru tapi dek kekangan bajet ramai yang memilih membeli kereta second hand atau kereta terpakai.
Kereta ini walau telah digunakan tapi ada sesetengahnya masih dalam keadaan baik. Sebab itu sangat penting jika berhajat membeli kereta second hand kita harus teliti dalam pelbagai aspek sebelum membelinya.
Bagi yang bercadang membeli kereta second hand, perkongsian daripada usahawan bengkel @serviskereta ini boleh dijadikan panduan. Beliau berkongsi lima perkara yang harus diperiksa sebelum membuat keputusan membelinya.
Tip untuk beli kereta second hand
Kereta second hand boleh dibeli dari car dealer atau end user (car owner). 5 perkara-perkara ini yang kena check sebelum beli.
1) Year manufactured
Kena tahu kereta dikeluarkan tahun bila. Boleh tengok dekat geran kereta tak pun tanya je lah owner dia.
2) Mileage kereta
Logiknya mileage rendah lebih bagus. Tapi tak semestinya, sebab kereta yang travel jauh but maintenance tiptop, so kira bagus jugak.
3) Status kemalangan/ accident status
Kena tahu sekiranya kereta tersebut accident free atau tak. Accident free bermaksud tak pernah accident ya. Accident free means kereta tu tak pernah accident teruk yang menyebabkan kerosakan casis. Kalau setakat calar-calar manja still consider accident free.
4) Keadaan kereta
Ada tiga perkara perlu periksa;
A – Enjin
Pastikan tiada kesan bocor pada oil seal. Kemudian check ada bunyi pelik atau tidak dekat enjin. Selalunya enjin yang dijaga baik bunyi senyap dan tiada bunyi tappet. Nak tau bunyi tappet camne boleh Google (kenderaan menghasilkan bunyi ketukan yang kuat daripada dalam enjin bilamana kita memandu & lebih jelas kedengaran bila kelajuan meningkat atau ketika memotong).
B – Undercarriage
U/c terdiri daripada absorber dan bushing. Ia penting sebab akan menentukan keselesaan memandu. Nak tau ok ke tak, test drive. U/C ni guna nya untuk serap hentakan, so kalau dah rosak atau pecah, kereta akan jadi keras bila lalu jalan tak rata.
C – Electronic parts
Sebelum pergi tengok kereta, buat research apa barang standard electronic model kereta tersebut. Contoh macam power window, reverse sensor dan sebagainya. Lagi up model, lagi banyak electronic parts dia.
5) Perhati bahagian dalam dan luar kereta
Akhir sekali barulah tengok exterior dan interior kereta tersebut. Kalau bau lipas, faham-fahamlah ya. Bila dah tengok semua ni baru kita boleh determine berbaloi tak harga kereta tersebut.
Extra tip : Kalau owner kereta ada buku servis ataupun resit yang dia maintain kereta tersebut pun bagus. Ini sebagai rujukan kepada anda.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...