Tip Buat Cempedak Goreng Yang Rangup Walaupun Dah Sejuk

Share

Sekarang musim buah cempedak, kalau digoreng memang enak. Lagi best dapat yang rangup krup krap. Tapi nak hasilkan gorengan begini bancuhan tepung kena sediakan ikut caranya.

Tuan Adriana Arissa

berkongsi cara bancuhan ini yang menurutnya akan kekal rangup walaupun dah sejuk. Ini juga katanya bancuhan yang digunakan untuk berjualan, pisang goreng, ubi, seafood dan juga tauhu bergedil untuk hasil yang rangup.

Cempedak goreng rangup, tetap krup krap walaupun dah sejuk

Cempedak goreng rangup. Resipi bancuhan tepung rangup seperti di bawah. Rangup krup krap walaupun dan sejuk.

Selain cempedak, boleh buat untuk seafood, pisang, ubi dan lain. Tauhu bergedil jualan saya pun guna bancuhan tepung ini.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 sudu kecik garam
Sedikit air kapur (hujung sudu kecil)
1 biji telur
Pewarna kuning telur
Ais (4-5 ketul) rahsia tepung rangup tahan lama
Air sejuk (jangan cair atau pekat sangat) nanti ais akan mencair.

Cara membuat

1. Bancuh semua bahan-bahan dalam mangkuk.

2. Masukkan cempedak dalam bancuhan, pastikan cempedak disaluti bancuhan.

3. Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng. Minyak kena panas ya.

4. Angkat bila nampak garing dan tos.

Tip pilih tepung beras

  • Boleh guna Tepung Beras Gajah Seekor. Tepung ini sesuai digunakan untuk salutan goreng-goreng seperti pisang goreng, ubi goreng, cempedak goreng.

Selamat mencuba.

Sumber: Tuan Adriana Arissa

IKLAN